Saturday 1 April 2023

Menu Sahur Sihat Yang Mudah

Masuk je bulan Ramadhan, ibu-ibu antara individu yang memainkan peranan penting. Manakan tidak, masing-masing sibuk memikirkan apa menu untuk berbuka dan bersahur. Mungkin untuk berbuka tidak menjadi masalah sangat sebab ada bazar Ramadhan. Tapi untuk sahur, menu yang nak disediakan tu agak mencabar.

Kak ja nak kongsikan beberapa menu ringkas dan sihat yang mungkin boleh jadi idea untuk mereka yang bujang dan berkeluarga.

1. Nasi goreng cina



Nasi goreng cina antara menu sahur yang mudah nak disediakan. Tak perlu banyak bahan pun. Simple sahaja.

- nasi putih
- 2 biji telur
- bawang putih
- bawang kecil
- sayur campur ( kak ja guna yang Frozen tu)
- sedikit minyak ikan
- sedikit minyak bijan
- sedikit garam


2. Scramble egg


Menu ini pun sangat ringkas dan mudah disediakan. Boleh makan begitu sahaja atau makan bersama dengan roti.

- 2 biji telur
- sedikit susu rendah lemak
- serbuk lada hitam

Telur yang kaya dengan protein ni memang mengenyangkan perut kita. Korang cubalah buat ye.


3. Roti bersama peanut butter.


Yang ni pun mudah sangat nak disediakan. 

- 2 keping roti wholemeal
- peanut butter

Kak ja suka sapu peanut butter banyak-banyak. Lepastu ambillah 3 biji buah kurma.


4. Oat.

Bancuh oat dengan secawan susu coklat. Kak ja suka bancuh oat dengan secawan air coklat Cadbury. Minum semasa panas. Memang sedap dan mengenyangkan.


5. Set Puasa Shaklee.



Yang ni lagi senang dan cepat. Kak ja ambil set puasa Shaklee je. Bancuh dan goncang-goncang je. Siap!
Insyaallah, kenyang sampai waktu berbuka nanti.

Jadi, dah tak perlu runsing lagi. Kak ja dah kongsikan ni, bolehlah cuba buat nanti ye.

Selamat berpuasa dan selamat bersahur semua.

Nak dapatkan produk Shaklee, jangan lupa cari kak ja ye.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





No comments:

Post a Comment