Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Friday, 10 March 2023

Set Puasa Shaklee

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita dah nak sambut bulan Ramadhan. Kak ja rasa ada lebih kurang 14 hari lagi kita nak berpuasa.





Kalau cerita bab puasa ni, macam-macam karenah yang mak-mak terpaksa hadap. Terutamanya waktu bersahur. Mana taknya, dengan kelam kabutnya nak sediakan makanan untuk sahur, nak kejutkan suami dan anak-anak lagi. Belum lagi nak mengadap anak-anak yang liat nak bangun sahur. Kak ja sendiri tak terlepas dengan insiden yang adakalanya menguji kesabaran. 

Kalau nak tau, kak ja ni memang sejenis yang tak lalu nak jamah nasi semasa sahur. Lagi satu, pernah kak ja cuba sahur dengan nasi, belum tengahari perut dah rasa lapar. Pelik kan? Tapi itulah kenyataannya.

Tapi...sejak kak ja kenal Shaklee, kak ja rasa bersyukur dan beruntung sangat. Pagi-pagi dah tak perlu nak kelam kabut lagi. Suami kak ja memang dah ada makanannya sendiri. Tapi kak ja lebih suka bancuh ESP dan performance drink masa sahur. Lepastu makan lah kurma 3 biji. Settle sahur kak ja. 





Untuk anak kak ja pulak yang jenis tak suka makan sahur ni, kak ja bancuhkan mealshake je untuk dia. Dia minumlah mealshake dan makan kurma sambil pejam mata. Haha...

Esp dan cinch yang terdapat dalam set puasa Shaklee ni sangat-sangat membantu perut rasa kenyang dan bertenaga. Individu yang ada gastrik memang digalakkan sangat untuk ambil. 
Performance drink pula kurangkan rasa dahaga lebih-lebih pada cuaca yang sangat panas sekarang ni. Maklumlah, bila berpuasa memang kita susah sangat nak minum air yang cukup. Performance drink inilah yang bantu elakkan dehidrasi dalam badan.





Jadi, kak ja nak cadangkan pada korang yang memang susah nak bangun sahur, yang susah nak telan nasi awal pagi tu...ambillah Set Puasa Shaklee.

Best ke Set Puasa Shaklee ni?
Jawapannya memang BEST sangat. Kak ja memang dah terbiasa dengan set puasa Shaklee ni. Bersahur dan berbuka dengan set puasa Shaklee ni buatkan kita rasa lebih bertenaga sepanjang berpuasa.

Semasa berbuka pun, kak ja memang jarang sangat ambil nasi. Lebih suka shake cinch cafe latte, 3 biji kurma dan sedikit kuih. Lepastu bawa performance drink semasa solat terawih. Alhamdulillah. Tak rasa lapar. Tak mengantuk. 

Kena pulak kak ja dan suami memang berniaga sendiri. Dan masa kami memang banyak habis atas jalan sahaja ke sana sini. Dah tentunya kami perlukan tenaga lebih dan mudah rasa dahaga. Tapi, set puasa Shaklee ni banyak sangat bantu kak ja jalani ibadah puasa dengan selesa.

Jadi, kak ja cadangkan kepada korang yang belum pernah ambil set puasa Shaklee ni, WAJIB cuba.

Insyaallah, ibadah puasa kita lebih tenang dan lebih bertenaga.

Kak ja share kan juga testimoni Set Puasa Shaklee ni.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

 

Tuesday, 9 April 2019

Set Batu Karang Shaklee


Batu karang atau rennal stone yang terdapat dalam saluran kencing atau buah pinggang seseorang. Ia terbentuk hasil daripada mendakan mineral dalam air kencing.






Menurut utusan malaysia, dianggarkan 15-20% rakyat Malaysia menghidap penyakit batu karang..


Ramaikan?
Dan kebiasaannya kaum lelaki yang lebih cenderung terhadap penyakit ini berbanding wanita. Bagaimanapun terdapat juga wanita yang menghidap penyakit ini.


Gejala & Simptom Penyakit Batu Karang


Penyakit batu karang ni takde signal atau petanda. Sedar-sedar je dah rasa sakit sangat-sangat sampai tak mampu nak bergerak.


Walaupun penyakit batu karang ni tak beri amaran pada pengidapnya, namun masih terdapat gejala atau simptom-simptom yang boleh dilihat iaitu:


1) Sakit yang teruk di sebelah dan belakang, bawah tulang rusuk


2) Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha
3) Sakit semasa  membuang air kecil
4) Air kencing berwarna pekat ataupun coklat ataupun berbau busuk
5) Loya dan muntah-muntah
6) Dorongan berterusan untuk membuang air kecil
7) Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa
8) Demam dan seram sejuk jika jangkitan hadir


Faktor menyebabkan batu karang

1) Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.


2) Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.


3) Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.


4) Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.


5) Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kalenjar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kalenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).


6) Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)


7) Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.


8) Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.


9) Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.


Jenis Batu karang






Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:


1) Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.


2) Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.


3) Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.


4) Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.


Cegah Batu Karang Dengan Set Shaklee



1) Vivix
Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.


2) B Complex


Supplemen B Complex ini bersifat anti stress dan memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang


3) Vitamin C


Vitamin C untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid


4) Ostematrix


Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.


5) Alfalfa Complex


Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.


6) Performance Drink


Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang di samping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat.

Rawat segera masalah batu karang anda sebelum ianya menjadi lebih parah.

Order sekarang dengan kak ja.


Dapatkan set Shaklee dengan harga murah sekarang bila DAFTAR AHLI




Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




Friday, 7 September 2018

Tips Atasi Rasa Letih


Lesu dan letih serta merasa lemah badan memang biasa terjadi kepada golongan dewasa terutama kaum ibu. Kelesuan yang berpanjangan semestinya mengundang rasa yang tidak selesa dan mungkin akan menganggu prestasi dan fokus seseorang.

Sebagai wanita, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga dan berkerjaya pasti rasa kelesuan dan letih ini sangat-sangat menganggu tugasan harian. Maklumlah, kena bahagikan masa dan terkejar-kejar untuk sediakan keperluan suami, anak-anak dan diri sendiri.

Bagaimana nak hilangkan rasa penat melampau ni? Dah cuba macam-macam tapi masih belum berkesan juga. Kak ja cuba kongsikan cara yang mudah untuk hilangkan letih dan lesu demi keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Cara Hilangkan Letih Dan Lesu Badan

1. Ambil Sarapan Pagi


Rasanya semua orang pun tahu kan? Sarapan ni sangat penting untuk memulakan awal pagi kita. Jangan tinggalkan sarapan kerana sarapan membantu kita kekal cergas sepanjang hari. Bak kata Mat Salleh, ‘Breakfast Like A King’. Jadi, sarapan lah untuk dapatkan tenaga awal pagi.

2. Tidur Yang Cukup


Kalau kita kurang tidur atau ada masalah tidur, memang boleh mengganggu jadual seharian kita. Kepala terasa melayang-layang dan pening, badan pula terlalu lemah dan lesu. Memang tak mampu nak buat apa kalau kurang tidur. Apatah lagi jika ada masalah Insomnia. Bertambah-tambahlah masalah penat kita.

Sebaik-baiknya, cuba tidur sebentar waktu tengahari sebelum masuk waktu Zuhur. Ini dipanggil “Qailullah”. Tidur pada waktu ni memang sangat-sangat membantu mengatasi masalah mengantuk, letih dan lesu. Tak percaya..cubalah. Dapat lelepa sekejap pun dah cukup. Tapi jangan terlajak tidur bagi yang bekerja tu.

3. Minum Air Yang Cukup


Badan yang kekurangan air memang membuatkan kita rasa tidak bermaya sepanjang hari. Minum air secukupnya untuk pastikan badan kita sentiasa terhidrat.

4. Elakkan Obesiti


Kegemukan atau obesiti membuatkan kita rasa lemah badan. Badan terasa berat untuk melakukan sebarang aktiviti. Senang cakap..rasa malas je.

Jadi cuba sedaya upaya untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Ambil pemakanan yang berkhasiat dan buat detoks untuk memulakan perjalanan menurunkan berat badan.

Jika perlukan jurulatih untuk menurunkan berat badan, cari jurulatih yang benar-benar memahami konsep menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Sekarang ni ramai yang boleh bantu turunkan berat badan dan mudah nak cari di media sosial sama ada Facebook atau Instagram.

5. Ambil Suplemen Berkesan


Amalkan suplemen yang boleh berikan tenaga segera dan juga kekal bertenaga sepanjang hari. Pastikan juga kalian cek kandungan gula di dalam suplemen yang memberi tenaga ni. Jika kandungan gula tinggi, ia memang memberi tenaga segera tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan pula di kemudian hari.

Bertenaga Dengan Shaklee
Sekiranya ingin mencuba makanan tambahan yang semulajadi, sangat disyorkan mengambil Cinch Energy Tea, Performance Drink atau ESP yang dalam bentuk serbuk atau VitaLea dalam bentuk tablet.

Cinch Tea


Cinch Tea merupakan gabungan bahan-bahan ekslusif Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh Merah (Teh Hitam), ekstrak Teh Putih (Teh Hijau Muda), ekstrak Teh Merah Rooibos dan Taurina.
Cinch Tea ni sangat tinggi dengan anti-oksidan dan sangat membantu meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 4x ganda. Sekaligus ia sebagai pembekal tenaga dan juga pembakar kalori yang membantu untuk kurus.

Performance Drink


Performance Drink merupakan minuman yang kaya ion yang membantu mengekalkan elektrolit dalam tubuh. Ini sekaligus mengekalkan cecair dalam tubuh, mengelakkan kehilangan cecair dan mengelakkan terjadinya hidrasi dalam tubuh yang menjadi punca keletihan.

ESP (Energizing Soy Protein)


ESP memang terkenal sebagai serbuk soya non-GMO yang menjadi pembekal tenaga kerana mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Selain itu, ia turut berfungsi memberi rasa kenyang berpanjangan.

VitaLea


VitaLea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitaminyang diperlukan oleh tubuh. Kaya dengan Zat Besi bagi mencegah anemia dan sangat terkenal sebagai energy booster.

Oleh itu, kalau memang badan terasa sangat letih dan lesu, jangan biarkan ia terus membelenggu diri kita. Usahakan pelbagai cara yang mana bersesuaian dengan tubuh kita untuk terus kekal cergas bertenaga.


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




Thursday, 9 August 2018

Punca cirit-birit




Korang pernah kena cirit birit tak? Masa tu memang sibuk ulang alik ke tandas je lah.
Kak ja pernah kena masa tengah kerja. Ya Allah, sakitnya Tuhan je yang tahu. Sebelum nak melepaskan hajat tu..memang akan datang rasa sakit perut yang teramat sangat. Datangnya tu plak on off. Time dia datang menyerang tu..memang berguling dibuatnya.

Tanda-tanda anda diserang cirit birit :
Najis yang cair
Sakit perut secara memulas
Demam
Loya
Muntah
Perut rasa kembung
Tiba-tiba rasa nak buang air besar

Punca cirit birit

Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menjadi penyebab kepada masalah ini.
Punca tersebut adalah:
·      Kemasukan virus, bakteria atau parasit
·      Kemasukan air yang tidak elok  atau makanan rosak
·      Alergi
·      Gangguan emosi
·      Terlalu banyak ubat laksatif
·      Ubat-ubatan tertentu (antibiotik seperti tetrasiklin, Klindamisin dan Ampisilin boleh  menyebabkan anda mengalami cirit birit)
·      Divertikulitis (penyakit usus)
·      Penyakit radang usus, biasanya ulser kolitis atau Penyakit Crohn

Komplikasi cirit-birit

Cirit birit boleh menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi (kekeringan). Dehidrasi ni sebenarnya berbahaya terutamanya bagi kanak-kanak.
Jika anda atau anak anda mengalami tanda tanda dehidrasi (kekeringan), sila berjumpa doktor dengan segera

Bagaimana Cara Mencegah Cirit-Birit?

1) Amalkan kebersihan yang baik
Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama sekali selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menyediakan dan mengambil makanan.

2) Air minuman yang selamat
Air yang tercemar adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan penyakit berjangkit.
Jangan benarkan sesiapa menyentuh air atau minum dari bekas, dan kerap kali bilas bekas selepas digunakan. Jika anda tidak pasti tentang kualiti air, rawat ia sebelum minum.

3) Kebersihan tandas
Menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar adalah kaedah penting untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit.
Sentiasa gunakan tandas yang dilengkapi sistem kumbahan atau sistem sanitari serta-merta (cth: tangki septik atau lubang peresapan) dan buangkan kertas tandas ke dalam tandas atau menanamkannya.

4) Kebersihan makanan
Kebersihan makanan yang baik dapat membantu mencegah gastroenteritis dan cirit-birit akibat keracunan makanan.
Bersihkan dan basmi kuman permukaan penyediaan makanan: Selepas menyediakan makanan (terutama sekali daging mentah, ikan atau telur), bersihkan dan basmi kuman permukaan dapur yang telah anda gunakan. Alat memasak yang kotor, kutleri dan pinggan mangkuk boleh dibersihkan dengan bahan pencuci dan air panas.
Simpan makanan yang mentah dan dimasak secara berasingan.
Masak makanan anda dengan rata.
Simpankan makanan dalam peti sejuk untuk menghalang pertumbuhan bakteria.


Jika terkena Cirit Birit, bolehlah mengambil Suplemen Shaklee untuk mengurangkan cirit birit.

1. Performance Drink


Untuk memastikan badan sentiasa terhidrat dan memberi tenaga segera

2. Nutriferon

Untuk meningkatkan sistem imunisasi untuk melawan virus yang masuk di dalam badan yang menyebabkan cirit birit tersebut

3. Peppermint Ginger Plus


Untuk melegakan angin dalam perut di sebabkan cirit birit.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit