Wednesday 24 July 2019

Port Baik Beli Durian

Assalamualaikum.

Hi uolls.

Sekarang ni memang tengah musim durian kan.
Sana sini orang dok share pasal durian.
Menu berasaskan durian lah.
Dusun durian lah.
Jenis2 durian lah.

Kali ni kak ja nak share port durian yang torrrbaikk yang kak ja jumpa.
Tapi ni yang kat area kak ja lah.
Area korang, kak ja tak tau lah plak.




Tempat ni tak jauh pun dari tempat kak ja.
Tau kat mana? Dekat Sg Layang, Kg Batu Rembau.

Durian kat sini semuanya durian kampung.
Memang tak jumpa durian D24 ke, mustang King ke, IOI ke.
Durian kampung je yang ada.
Sebab yang nak makan pun orang kampung 😜.

Harga memang murah sangat2.
Sebab apa kak ja cakap murah?

Sebelum terjumpa kedai ni, kak ja dah beli durian kat tempat lain.
Harga yang sama, tapi kualiti yang berbeza 😄.

Memang menyesal lah.
Tapi nak buat macam mana.
Benda dah beli kan? Kita makan je lah 😆.

Yang kat Kg Batu ni, rate durian antara rm3-rm8.



Buahnya pun besar2.
Isinya memang sedap.

Kak ja pilih buah yang harga RM5.
Ambil 4 biji baru 16 hengget.
Puas hati sangat lah.

Ni antara buah2an yang kak beli. Yang kecik tu durian tempat lain. Binjai dan dragon fruit pun ada, tapi tak jual kat kedai tu. 


Memang tak rugi beli.

Next weeknya tu, kak ja dan suami repeat beli lagi 9 biji.
Ha.. Puas makan.

Korang yang area berdekatan, nak cari durian kampung sedap...pegi lah kat Sg Layang.
InsyaAllah, tak mengecewakan.