Sunday 11 June 2017

Set Anemia Shaklee

Ok, entry yang lepas kak ja dah share secara details tentang penyakit anemia kan?

So, harini kak ja nak cerita plak suplemen Shaklee yang boleh diambil untuk mengatasi masalah HB low ni.


Selain ambil makanan yang boleh tingkatkan hemoglobin seperti daging, telur, keju, yogurt, mentega dan susu, korang boleh juga ambil set di bawah ni.



Vitalea iron formula:
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel .

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Jadi, pada ibu2 hamil atau korang yang ada masalah Hb low, boleh dapatkan set ni dari kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday 9 June 2017

Wanita Berisiko Menghidap Anemia


Assalamualaikum uolss…

Lama bebenor kak ja tak update blog kan. Hanyut betul dibuatnya. Hahaha…

Ha..ni dah timbul ni, kak ja nak share tentang anemia. Sebut je tentang anemia, mesti ramai ibu2 mengandung yang alami masalah ni kan? So, meh kita pahamkan apa itu anemia, bagaimana ia boleh berlaku, dan apa rawatan yang boleh diambil.



Apa itu anemia?
Penyakit anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah aras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantar ke seluruh bahagian tubuh.

Tapi, bila kita menghidap anemia, tubuh badan kita tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Maka dengan itu, kita tak dapat bekalan oksigen yang cukup dan akibatnya kita akan berasa penat.

Seseorang individu dikenal pasti menghidap anemia apabila bacaan hemoglobin (Hb) tak sampai 13.5 G/DL (lelaki), manakala bagi perempuan, bacaan hemoglobin kurang 11.5 G/DL.



Apa Punca Anemia?

Punca utama anemia disebabkan kekurangan zat besi.

Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan (hemolisis) atau pembentukan sel darah merah yang tak berkesan (hematopoiesis), pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS.
Selain itu, penyakit kurang darah juga dipengaruhi oleh :
1.      Faktor keturunan
2.      Kekurangan pengambilan suplemen kesihatan.
3.      Penyakit dan gangguan usus serta operasi yang berkaitan dengan usus kecil.
4.      Pendarahan haid yang berlebihan.
5.      Kehamilan.
6.      Penyakit kronik seperti kanser dan kegagalan buah pinggang.

Penghidap anemia biasanya mudah berasa penat bila melakukan aktiviti walaupun dalam tempoh yang singkat. Ini sebab badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Namun begitu, bila anemia bertambah nuruk, badan boleh mengalami perubahan fizikal ketara seperti kulit pucat, kuku rapuh, dan luka pendarahan ambil masa lama untuk berhenti.

Gejala lain yang berkaitan anemia termasuk :
·         Sesak nafas.
·         Mudah marah.
·         Lesu.
·         Pening.
·         Tangan dan kaki sejuk.
·         Denyutan jantung cepat atau tak teratur.
·         Tak berupaya tumpukan perhatian atau berfikir dengan jelas.
·         Sakit dada.
·         Lemah tenaga batin.
                                                                                         
Tau tak. Wanita lebih berisiko menghidap anemia.

Wanita yang berada dalam umur reproduktif berisiko tinggi kekurangan zat besi kerana kehilangan darah sewaktu tempoh haid mereka. Kira-kira 1 daripada 5 wanita dalam usia boleh hamil menghidap anemia.

Wanita hamil juga berisiko tinggi kerana mereka memerlukan 2 kali leb anda.
banyak zat besi daripada biasa. Zat besi tambahan diperlukan untuk meningkatkan jumlah darah dan pertumbuhan janin.

Kira-kira separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko wanita hamil melahirkan bayi pra-matang atau berat badan bayi rendah.

Rawatan Untuk Anemia Ketika Hamil

Biasanya doctor akan nasihatkan supaya ambil khasiat tambahan zat besi atau asid folik bagi menampung kekurangan vitamin prenatal.

Doktor juga akan menyarankan anda menambah pengambilan makanan yang tinggi kandungan zat besi dan asid folik dalam diet harian anda.

Penghidap juga akan diminta menjalani ujian darah dalam tempoh masa tertentu bagi memeriksa tahap hemoglobin dan hematokrit dalam badan.

Selain itu, penghidap anemia juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan hemoglobin dalam badan.

Shaklee juga ada menyediakan suplemen yang sesuai untuk membantu mereka yang menghidap masalah anemia.

InsyaAllah. Kak ja akan share suplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Stay tuned.

Salam Sayang,

Kak Ja

PengedarShaklee Anda

Tuesday 6 June 2017

Apa Itu Eczema Dan Cara Merawatnya Dengan Set Shaklee

Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah Eczema. 

Penyakit kulit Eczema ni biasa dihidapi masyarakat hari ini, yang mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah. 

Eczema boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Samada lelaki, wanita, tua atau muda. Malah 15 hingga 20% kanak-kanak menghidapi Eczema.

Tapi, tak perlu gundah gulana. Sebab Shaklee pun ada menyediakan set untuk penyakit Eczema.
Sebelum tu kita kenal-kenal dulu apa dia penyakit Eczema ni.

APA ITU ECZEMA?


Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.

Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah.

Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman.

PUNCA ECZEMA


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda atau keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).


CARA MENCEGAH ECZEMA
  
·         -  Kutu hama atau habuk rumah (dust mites) dikatakan mencetuskan setengah kes eczema.
·         -   Elak menggunakan karpet.
·         -  Basuh pakaian, cadar, selimut, dan soft toy setiap minggu pada suhu yang tinggi (50º C atau lebih)  dikatakan boleh membantu.
·          - Mengudarakan bilik anda sehari sekali dan vakum tilam seminggu sekali.
·          - Pastikan anda berada di persekitaran yang nyaman dan tidak kering, kerana bilik yang panas boleh    membuat eczema lebih teruk
·          - Pakaian jenis kain benang (cotton) boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat  keadaan lebih teruk.
·          - Pastikan kuku pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru terutamanya bayi.
·          - Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
·          - Elakkan apa juga yang boleh ‘trigger eczema’. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan  sintetik.

Produk Shaklee Sebagai Rawatan Alternatif Untuk Mengatasi Eczema

Produk Shaklee membantu memperkuatkan sistem dalaman penghidap eczema, seterusnya membantu mencegah eczema kronik. Bahan semulajadi dalam Produk Shaklee dapat mengawal kegatalan dan keradangan. Juga merawat luka-luka disebabkan eczema.

Meal Shakes dan ESP



Baik untuk pemulihan luka dan proses penggantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

Omega Guard Shaklee


Bersifat semulajadi anti radang, memperbaiki simptom alergi kulit. Juga memulihkan dan mengawal eczema dari dari dalam, dengan mengintergrasi sistem imunisasi. Pengambilan yang konsisten akan elakkan eczema dari menyerang.

NutriFeron  


Pengambilan NutriFeron Shaklee setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan, yang merupakan pengaktif kritikal sistem imunisasi badan.

Basic H

Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.


Herbal Blend Cream


Bagus disapu kepada kulit yang ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.

Bagaimana nak dapatkan Set Eczema Shaklee? 

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Monday 5 June 2017

Rawat Penyakit HFMD dengan Shaklee



Testimoni sembuh HFMD Tanpa Ubat

Penyakit HFMD, Hand, Foot and Mouth Disease atau dalam bahasa melayunya lebih dikenali sebagai Penyakit Kaki,Tangan dan Mulut pernah satu ketika menyerang dan menghantui seluruh negara!!...

Ikuti kisah bagaimana Pn. Sharifah Nurul Kamariah berjaya menangani masalah serangan penyakit HFMD ini yang telah menyerang anak nya tanpa menggunakan ubat, sebaliknya dengan menggunakan produk Shaklee.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Sunday 4 June 2017

Ikhtiar Dengan Set Tekanan darah Rendah Shaklee

Sebenarnya, setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI.

Tak salahkan kalau kita ikhtiar untuk kesihatan?

Oleh itu, Shaklee juga menawarkan set tekanan darah rendah khusus buat mereka yang menghidap masalah tekanan darah rendah. Jom kita lihat bagaimana set ini berfungsi untuk mereka.


B-Complex
·         berperanan meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin
·         lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B-12 & folat

Vita-Lea Iron Formula
·         zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat
·         struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu/sel

·         bantu penyerapan vitamin B-12 dan zat besi
·         bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

Jadi, kepada mereka yang mengalami masalah tekanan darah rendah, boleh cuba set ni. Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan, boleh terus hubungi kak ja seperti di nombor yang tertera.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Saturday 3 June 2017

Gejala dan Tips Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum.

Dalam entri yang lepas, kak ja dah kongsikan secara terperinci tentang penyakit tekanan darah tinggi. Ok. Kali ini nak share pula tentang tekanan darah  rendah. Sebelum itu, mari kita rujuk kembali Carta Tekanan Darah di  bawah:-





“Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.

Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.”


Ketahui Faktor dan Penyebab Tekanan Darah Rendah

Apakah faktor yg menyebabkan tekanan darah rendah?



1.      Emosi
2.      Tahap tekanan
3.      Aktiviti fizikal
4.      Keadaan semasa (cth: demam)
5.      Saiz badan
6.      Posisi badan
7.      Makanan yang diambil
8.      Suhu persekitaran

Antara penyebab tekanan darah rendah adalah:-

Ø  kurang kuantiti darah: cecair yang mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh dikawal
Ø  dehidrasi: kandungan cecair dalam badan berkurang kerana muntah atau cirit-birit yang teruk
Ø  masalah jantung: denyutan jantung yang agak cepat/lambat dan keadaan otot yang lemah
Ø  keadaan semasa hamil: ibu yang mengalami tekanan darah rendah mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang
Ø  paras gula yang rendah
Ø  penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid
Ø  kesan sampingan daripada ubat-ubatan
Ø  faktor genetik

Tekanan darah rendah juga berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti:-

·         penyakit jantung koronari
·         lemah jantung
·         masalah injap jantung
·         penyakit buah pinggang
·         kencing manis yang tidak terkawal
·         paras gula rendah
·         penyakit berkaitan sistem endokrin seperti tiroid



Pesakit Darah Rendah Boleh Pitam atau Pengsan Sekiranya Bekalan Darah Ke Otak Tidak Mencukupi

“Tekanan darah rendah boleh menyebabkan organ-organ badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi.  Sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak, pesakit boleh pitam atau pengsan apabila otak tidak menerima bekalan darah yang diperlukan.

Apakah cara mengatasi/mengawal tekanan rendah?


ü  bangun dari duduk/baring secara perlahan
ü  tidak berdiri terlalu lama (terutamanya di bawah matahari)
ü  diet yang rendah karbohidrat
ü  banyakkan minum air masak
ü  elakkan minum beralkohol
ü  jika perlu, tambahkan pengambilan garam secara tidak berlebihan
ü  senaman secara teratur

Pernah ke korang terasa hendak pitam selepas duduk terlalu lama atau tundukkan kepala? Selain itu, pernah tak korang mengalami gejala seperti ini?

·         cepat lelah
·         pening kepala ketika posisi badan berubah
·         sukar untuk berkonsentrasi
·         mata berkunang-kunang
·         mual
·         kulit terasa dingin
·         pucat dan lembap
·         pernafasan cepat dan pendek
·         berpeluh sejuk
·         cepat haus

Kalau jawapannya adalah YA ini bermakna korang seorang penghidap hipotensi atau tekanan darah rendah.

Selain itu, Shaklee juga menawarkan set tekanan darah rendah khusus buat mereka yang menghidap masalah tekanan darah rendah.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh terus whatsapp kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang