Friday 26 May 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

"Kak, kalau daftar ahli mahal tak?"
"Kak, keahlian ni kena renew ke setiap tahun?"
"Sis, macam mana nak renew membership?"

Ni antara soalan-soalan favourite yang kami selalu dapat. Tapi bagi kami SID Shaklee, ini soalan biasa je. Small matter bak kata orang kampung kak ja 😁.

Biasanya expired date satu² keahlian mesti ikut tarikh pendaftaran kan? Tapi biasanya, kita memang selalu lupa tarikh expired. Tau² je bila nak gunakan keahlian tu, dah expired. Masa tu lah baru terhegeh-hegeh nak renew. Kalau nak renew tu caranya mudah, takpelah jugak. Ni yang memang tak pernah ambil tau, memang haru jugak dibuatnya.

Tapi kan, Shaklee ni bagus sangat. Expired date bagi semua keahlian SID Shaklee sama dengan tarikh lahir masing-masing. Ha...senang kan? 
Ingat tarikh lahir, ingatlah nak renew road tax, ingatlah nak renew membership Shaklee.

Tapi yang bestnya, tak perlu nak tunggu sampai tarikh lahir. Kalau SID ada buat belian secara terus melalui website Shaklee sekurang²nya 3 bulan sebelum tarikh lahir, automatik keahlian diperbaharui. Mudah kan? 

Kadang-kadang Shaklee buat promosi yang membolehkan SID terus renew keahlian masing2 secara automatik bila cukup syarat yang ditetapkan. Sebagai contoh : belian produk dengan UV melebihi 30, automatik keahlian diperbaharui.


Ataupun kalau tak nak buat apa2 belian, boleh je terus buat bayaran sebanyak RM35 untuk renewal Shaklee. 

Semuanya boleh dilakukan sendiri di website Shaklee. Kalau ada di kalangan SID yang tak tau cara nak renew keahlian, biasanya mereka akan rujuk terus pada upline masing-masing.

Dan jangan lupa. Untuk bulan ni masih ada lagi promosi 'free membership'. 
Nak dapatkan info lebih lanjut, jangan lupa hubungi kak ja.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday 24 May 2023

Cara Nak Dapatkan Vitamin Percuma

Zaman sekarang ni zaman orang sibuk cari duit. Segala-galanya perlukan duit. Petrol nak kena isi, barang dapur nak kena beli, utiliti bil nak kena bayar. Tu belum lagi kira komitmen bulanan yang lain. Pecah kepala dibuatnya. Sebab tu ramai yang cari income tambahan.



Kadang-kadang tu terpaksa 'cut' perbelanjaan yang lain sebab tak nak belum sampai hujung bulan, duit gaji dah habis. Tapi kak ja pelik jugak dengan sikap sesetengah individu ni. Sanggup berhabis duit beli barang yang tak perlu. Tapi bila kita ajak invest untuk kesihatan...tup tup katanya takde duit lah. Tak perlulah. Tak makan lah. Takut rosak buah pinggang lah. Alahai....Korang tau tak? Kak ja ni dah banyak kali dapat makan vitamin percuma.


Ha...mesti korang teruja nak tau kan dari mana pulak datangnya percuma tu? Siapa pulak lah yang baik hati nak bagi tu kan. Ke kak ja yang pandai-pandai buat cerita je ni. 

Korang kalau nak tau, teruskan lah membaca ye.

Setiap bulan kak ja tak pernah missed order vitamin Shaklee ni. Samada untuk makan sendiri atau untuk consumer lain. Ala..zaman sekarang ni serba canggih. Tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter. Segalanya bermula dan selesai di hujung jari anda. Ha...gitu tau. Harini order, esok sampai. Esok order, tulat sampai. Cepat dan mudah. 

Itu baru bab order. Sabarrrr....kak ja tau korang tak sabar nak tau macam mana dapat makan vitamin percuma kan?

Pergi pulak bab offer bulanan. 
Shaklee ni tiap-tiap bulan mesti buat offer untuk semua pengedar Shaklee. Ada jugak offer untuk yang belum daftar ahli. Contohnya set Hello New YOU. 


Beli Set Hello New You dapat PERCUMA 1 canister cinch shake. Dah dapat makan vitamin percuma.

Nanti....Ada lagi.
Bulan ni masih lagi dilanjutkan promosi Set Rahmah. Kalau ikutkan dengan harga RM99 tu, cuma dapat beli sebotol vitamin c sahaja.


Tapi bila ada offer macam ni, dapatlah sebotol vitamin c dan 1 canister ESP. Kiranya ESP tu dapat percuma.

Belum lagi bila Shaklee buat offer belian 2 botol dengan diskaun 50%. Atau beli 1 percuma 1. So, nampak kan cara macam mana nak dapat vitamin percuma?

Tapi yang paling best, setiap bulan kak ja terima cash bonus dari Shaklee. Tapi tulah...Shaklee janji masuk bonus 15hb setiap bulan. Tapi 14hb dah dapat bonus. Kadang-kadang tu 13hb tau-tau je dah masuk. Lagi surprise bila 12hb tengok bank akaun makin bertambah dengan bonus Shaklee. Seolah-olah macam kak ja tak keluarkan duit pun masa beli vitamin Shaklee tu kan? Sebab Shaklee 'bayar semula' dengan CASH REBATE.

BEST TAK?

Sudah tentulah best kan? Rugi sangat kalau korang tak bertindak sekarang.

Nak join team kak ja?
Jangan lupa contact kak ja tau.
Kita buat sampai jadi.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Tuesday 16 May 2023

Turun Berat Badan Dengan Mudah Dengan Set Hello New You

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera.
Terima kasih sebab korang sudi follow blog kak ja.

Entri yang lepas kak ja banyak share pasal open house, menu hari raya, makan-makan bagai. Fuh! Raya² ni memang puas lah asyik makan je kan. Macam-macam hidangan boleh kita jumpa. Tapi tulah, asyik makan je jangan sampai kesihatan pun terabai.

Sama²lah jaga kesihatan diri tu. Kang tak pasal² macam-macam penyakit pulak datang. Yang darah tinggi naik, kencing manis datang bertandang, kolesterol meningkat. Siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susah.

Nahhh, bulan ni ada promosi special untuk korang!



Jom try promo set Hello New You Shaklee ni. Sangat complete!! Sangat best!! Dan ianya berkesan!

Antara set yang PALINGGGG LARISSSS bulan ni, almaklumlah dah penghujung raya kan..

Mcm mana Set Hello New You ni akan membantu korang untuk diet? 

Apa yang ada dalam Set Hello New You ni?


✅Cinch Shake 
-membantu turun berat badan tanpa susut otot sebab mengandungi LEUCINE. Jadi badan takkan menggelebeh atau berat rebound. 

✅Lecithin
-Membantu EMULSI LEMAK aka memecahkan lemak supaya lemak lebih mudah terbakar.

✅Omega Guard 
-Membantu cepatkan proses pembakaran lemak.

✅Herblax
-Bantu detoks dan bersihkan usus, singkirkan kotoran yang jadi sisa atau kerak najis di dinding usus yang merupakan salah satu punca perut buncit.

Bila konsisten amalkan, lepas exercise pun badan tak rasa cepat letih, tak rasa lemau. Malah korang akan rasa lebih fit & cergas berbanding masa dulu.

Ni antara testimoni yang dah berjaya dengan SET HELLO NEW YOU.

Testimoni #1

Testimoni #2
Ok jom saya guide sampai korang dapat berat ideal  😊😊.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023












Monday 15 May 2023

Menu Open House Hari Raya

Pejam celik...pejam celik...dah nak sampai kita ke penghujung Syawal. Seronok betul berhari raya sampai tak sedar masa yang kian pantas berlalu.

Mana taknya. Ini lah masanya kita nak ziarah sanak saudara, berkunjung ke rumah kawan-kawan, buat open house, terima undangan open house. Fuh! Meriah betul raya kali ni ye.


Kak ja macam biasa, setiap kali raya akan balik ke rumah mak abah. Tapi tahun ni mak abah tak buat pun open house Hari Raya. Sebab setiap kali raya memang rumah kami selalu terbuka untuk tetamu. Raya kedua dan ketiga memang tak berhenti rumah mak abah dikunjungi saudara mara. 


Biasanya kami hidangkan Mi Bandung. Tapi tahun ni kami hidangkan ketupat, masak lodeh, kuah kacang, rendang daging, kway teow goreng basah, dan kuih raya. Tapi menu pun biasanya berubah-ubah ikut situasi dan keadaan.

Seronok tau bila tengok makanan habis dimakan. Puas hati sangat bila tetamu pulang dengan perut kenyang 😂.

Kitorang pun tak lepaskan peluang untuk ziarah sanak saudara yang lain. Dapatlah kitorang konvoi ke Muar dan Melaka pergi beraya rumah makcik dan pakcik. Rumah pertama kami dihidangkan dengan nasi putih, kari ayam, ikan goreng, sambal belacan dan air sirap. Masa ni memang masing-masing berselera makan. Maklumlah rumah pertama dan kebetulan pulak kami sampai pada waktu tengahari. Memang ngam lah untuk isi perut 🤭.

Pergi rumah kedua masih lagi dengan hidangan yang berat. Laksa dan mi kari. Tapi kak ja cuma jamah sikit laksa yang dikongsi dengan anak dara kak ja.

Masuk rumah ketiga, kak ja surrender dah. Tak larat dah nak makan. Lebih banyak minum air je sebab cuaca pun panas sangat. Tapi bila pergi rumah keempat, kak ja jamah juga nasi impit dan kuah lontong. Kira macam makan malam lah.

Alhamdulillah, yang penting dapat berjumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Semoga dengan sambutan raya tahun ni, menjadikan kita insan yang lebih baik dalam menyantuni tetamu tak kira usia.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Monday 1 May 2023

Bestnya Berhari Raya Dengan Shaklee

Seronok tak raya tahun ni?


Mesti Khamis malam Jumaat tu masing-masing berdebar duduk depan tv sambil tunggu pengumuman raya. Almaklumlah. Tahun lepas masing-masing raya terkejut. Kelam kabut semua dibuatnya.
Tapi yang penting, raya tetap raya.

Alhamdulillah. Tahun ni macam biasa dapat lagi kita beraya bersama-sama dengan ahli keluarga. Puas lah dapat makan ketupat, rendang, kuah kacang dan masak lodeh. Bergambar bersama ahli keluarga. Seronok sangat.

Kak ja setiap tahun macam biasa akan balik kampung belah suami dulu. Lepastu barulah balik kampung kak ja.

Dan macam biasa bila balik kampung, kenalah pulak time raya kan. Apa lagi memang kerja makan je lah. Belum lagi masuk air manis yang bermacam-macam jenis. Kalau tak makan rasa rugi pulak kan. Tapi nasib baik kak ja dah prepare awal-awal. Suplemen Shaklee memang kak ja bawak ke mana-mana sahaja. Biasalah, kak ja tetap beraya dengan Shaklee.

Nak tau apa yang kak ja bawak masa raya?


Ni antara suplemen yang kak ja angkut bawak balik kampung.

Vitamin C

Vitamin c ni memang wajib bawa ke mana-mana. Bantu mantapkan imun badan. Maklumlah, musim perayaan ni memang mudah sangat nak jatuh sakit.

Lecithin

Ini pun wajib bawak bila raya dan ada kenduri. Lecithin ni bagus untuk bantu uraikan lemak dalam badan. Jadinya, takde lah lemak tu 'sangkut' je dalam badan kita. Esok pagi tu, pembuangan pun lancar je. 

Ostenutrix

Yang ni bagus untuk korang yang penat sediakan juadah raya dan layan tetamu. Ambil waktu malam sebelum tidur. Insyaallah dapat tidur yang berkualiti. Esoknya, nak membuang pun senang. Tak payah nak meneran bagai.

Vivix

Vivix ni kak ja ambil waktu pagi lepas sarapan. Buat tambah tenaga. Maklumlah, seharian penat layan tetamu yang datang beraya kan.

Walau apa pun, tak kira lah time raya ke, kenduri kendara ke, makan tetap kena jaga. 

Ni dah pulun makan banyak-banyak jangan lupa ambil suplemen. Yang belum pernah ambil produk Shaklee, meh contact kak ja. Pastikan korang juga beraya dengan Shaklee.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit