Tuesday 31 July 2018

Atasi Masalah Gastrik Dengan ESP Shaklee


Assalamualaikum.

Sapa kalangan pembaca blog kak ja yang ada penyakit gastrik? Agak sengsara jugak kan bila gastrik melanda. Pantang lewat makan atau tersalah makan, mesti gastrik datang melanda. Sakitnya, hanya Tuhan je yang tau kan.


Tapi, setiap penyakit tu kan ada penawarnya…ada ubatnya. Kenalah ikhtiar.

Nah, ni salah satu testimoni penghidap gastrik yang berjaya atasi masalah gastrik yang menyerang sejak tahun 2011 lagi selepas amalkan ESP Shaklee. Ikut kisah beliau…

MASALAH GASTRIK DAPAT DI ATASI SELEPAS AMALKAN ESP SHAKLEE

Hai semua. Nama saya Sharon Jane. Berasal dari Bintulu, Sarawak. Saya merupakan suri rumah sepenuh masa.


Sejak beberapa tahun yang lalu saya sering mengalami sakit gastrik yang teramat sangat. Setiap kali gastrik datang menyerang saya terpaksa dikejarkan ke hospital atau klinik bagi mendapatkan suntikan bagi mengurangkan sakit gastrik berkenaan.

Sehinggalah saya melahirkan anak pertama pada tahun 2011 sakit gastrik masih menyerang setiap kali saya makan makanan pedas atau masam. 

Saya masih ingat lagi masa tahun 2015 saya kena serangan gastrik yang teruk sehingga kena tahan di wad kecemasan Hospital Bintulu. Saya mengalamai sesak nafas dan sakit dada. Hanya Tuhan saja tahu bagaimana rasa sakit masa itu.

Saya mengetahui tentang ESP Shaklee melalui laman satu blog bahawa ESP dapat membantu untuk diet. Memandangkan saya mengalami masalah berat badan berlebihan maka saya cuba ikhtiar dengan ESP. 

Setelah mengamalkan ESP saya perasan perubahan pada selera makan. Malah sejak amalkan ESP sakit gastrik saya tidak menyerang lagi. Saya sudah boleh makan buah kegemaran saya iaitu limau dan lemon tanpa kena serangan gastrik. 

Malah ayah saya yang juga mengalami sakit gastrik teruk pun saya perkenalkan dengan ESP. Sekarang ayah juga semakin kurang diserang gastrik dan sentiasa amalkan ESP. 

Harapan saya agar ayah turut pulih dari sakit gastrik sepenuhnya seperti saya. 

Terima kasih ESP.
Terima kasih Shaklee.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Monday 30 July 2018

Produk Youth


Dulunya muka macam pecah rumah (katanya). Tak boleh makan terung sebab boleh akibatkan kulit muka jadi lebih teruk.

Tapi, lepas mencuba produk Youth, Alhamdulillah…segala-galanya berubah. Jom baca pengalaman Che Yan yang happy bila kulit muka kembali flawless.

MUKA PECAH RUMAH

Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.


Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai. 

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni". 

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang. 

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. 

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan. 

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. 

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.

Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.

Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka. 

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Saturday 28 July 2018

Mudahnya Berpantang Sendiri Dengan Set Shaklee



Assalamualaikum..


Ada ke antara ibu-ibu yang sedang berpantang? Atau bakal berpantang selepas melahirkan. Pastinya berpantang ni menguji sedikit emosi ibu-ibu sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Lagi tertekan bila sepanjang tempoh berpantang, terpaksa lakukan semuanya sendiri.

Tapi, InsyaAllah..dengan Set Berpantang Shaklee ibu-ibu akan rasa lebih sihat dan cergas bertenaga. Malah susu badan pun meriah. Jom baca kisah Puan Sue yang mengamalkan set pantang Shaklee semasa hamil sehingga beliau berpantang.

PENGALAMAN MANIS BERPANTANG ANAK KETIGA DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum. Saya Nurul Suwana Bt Abu Bakar berumur 31 tahun seorang ibu dan mempunyai 3 orang anak. 


Sue ingin kongsikan pengalaman berpantang anak ketiga dengan set berpantang shaklee..bermulanya tahu diri hamil sue dah ambil set hamil setiap hari sehingga la bersalin..

kalau dulu bila tahu mengandung sue hanya ambil ubat yang klinik bekalkan. Bila makan jadi pening nak muntah mungkin tak sesuai dgn sue dan bila tak makan tekanan darah rendah..asyik kena marah dengan nurse sebab hb low nanti effect kepada baby. Sue juga ada masalah sembelit yg teruk dan selalu kejang kaki semasa kehamilan sebelum.

Tetapi berbeza dengan kehamilan ketiga ini..Sue amalkan set hamil shaklee, Pernah juga ada masalah hb low diawal kehamilan..itu pun disebabkan alahan tak boleh bau makanan..makan muntah, tapi tak lama kandungan masuk ke usia 4 bulan semuanya kembali normal.

Sepanjang kehamilan ke 3 kurangnya kejang kaki kurang masalah sembelit dan hb kembali cantik..yang best nya hamil kali ni sue bebas kena kencing manis..anak yang dulu sue kena kencing manis sehingga terpaksa cucuk insulin..

sepanjang tempoh bersalin alhamdulillah tidak mengalami kontraksi yang lama, tiada koyakan bersalin, dan cepat discaj..sebelum masuk ke labour room sue mengambil 6 biji pil ostematrix untuk mengurangkan kontraksi.

selepas dibenarkan discaj sepanjang tempoh rawatan susulan jaundis anak di klinik tiada masalah dan kali ini tiada lg episod berkampung di dalam wad seperti abang-abang yang lain.

Berpantang sendiri bersama dengan 2 orang hero sangat mencabar, nasib la sue ambil set pantang yg ada b complex membantu sue daripada stress dan meroyan dan lecithin mengurangkan bengkak susu.

Selain daripada kekal bertenaga dengan set berpantang bonus yang sue dapat alhamdulillah susu meriah, sehingga kini awliya sudah berumur 1 tahun 2 bulan masih lagi menyusu badan berbanding abang-abang nya sebelum ini hanya sampai usia empat bulan sahaja.

Tiada lagi mimpi ngeri sembelit ketika berpantang. Set berpantang yang sue ambil ialah vitalea, vitamin c, b complex, ostematrix, esp dan alfafa....Alhamdulillah sue yakin dgn pilihan sue kerana produk shaklee ini dijamin selamat , semulajadi dan berkesan.

Jika ibu-ibu tercari-cari set berpantang sue syorkan ibu-ibu mencuba set berpantang shaklee kerana sue sendiri dapat kesan positif yang sangat berbeza ketika berpantang sebelum ini..
ini lah shaklee effect Sue.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Monday 23 July 2018

Produk Kecantikan Youth


Assalamualaikum semua.

Kalau sebut pasal kecantikan, kaum wanita lah yang paling teruja sangat. Mula lah masing-masing sibuk berkempen bagitau produk kecantikan yang digunakan tu lah yang paling bagus, yang paling berkesan.

Tapi, pernah tak korang check dulu kandungan bahan yang terdapat dalam produk tersebut? Adakah ianya selamat untuk digunakan?

Shaklee juga ada mengeluarkan produk penjagaan dan kecantikan kulit yang dihasilkan 100% semulajadi, iaitu YOUTH. Nak hasilkan produk ni je, Shaklee ambil masa 8 tahun untuk jalankan kajian terlebih dahulu. Ni bukan produk timbang kilo. Bukan produk yang dibuat belakang rumah ye. Tapi produk Youth ni dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia.

Ok. Kali ni kak ja nak share sikit TESTIMONI pengguna produk YOUTH ni. Jom baca kisah beliau.


KESAN MEMBERANGSANGKAN SEAWAL 14 HARI PENGGUNAAN YOUTH SHAKLEE



Assalamualaikum .... saya Royanty Baruddin. Ummi kepada 3 orang cahaya mata, seorang anak lelaki berumur 12 tahun dan kembar perempuan 6 tahun. Saya berumur 41 tahun.

Saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai kulit wajah yang berminyak di kawan zone T, Pori-pori terbuka dan selalu naik jerawat pasir.

Kulit muka saya sensitif tak berani dan mencuba sebarang skincare. Masa tengok shaklee mengeluarkan YOUTH Skincare, saya tergoda nak mencuba. Itu pun setelah tengok banyak testimoni yang positif walau pun guna dalam waktu yang singkat.

Alhamdulillah setelah menggunakan selama 14 hari, saya dah nampak effect yang memberangsangkan. Muka saya dah tak berminyak lagi, pori-pori semakin mengecil dan kulit muka terasa lembut dan segar je.

Kini tak perlu nak filter-filter bila nak upload gambar. Keyakinan itu datang sendiri dan tak perlu untuk menipu diri sendiri. Tampil yakin di hadapan tapa ragu-ragu.

Terima kasih shaklee. Ini la cerita shaklee effect saya.

Nak dapatkan produk kecantikan YOUTH? Hubungi kak ja sekarang.



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Saturday 7 July 2018

Cara Rawat HFMD Dengan Mudah


Assalamualaikum.


Harini kak ja nak share sikit lah pengalaman kak ja menjaga anak yang dijangkiti penyakit HFMD. Ni memang cara yang paling mudah nak rawat HFMD.

Mulanya kak ja memang tak sedar pun yang Maira (5 tahun) boleh terkena penyakit ni. Antara tanda-tanda awalnya, Maira mula demam (27/6). Tapi demamnya tak berapa tinggi dan on off. Jadi, esok harinya (28/6)  kak ja dah suruh dia bersekolah macam biasa.



Balik sekolah, dia tunjuk tapak kakinya yang merah-merah, kak ja sangkakan dia kena gigit nyamuk atau chicken pox. Tapi check kat tapak tangan dan seluruh badan, takde pulak bintik-bintik merah tu. Tapi dia mengadu sakit kepala, sakit perut dan sakit dalam mulut.


Bintik-bintik di kaki


Ada sehari tu Maira muntah sampai 3 kali. Tapi dia OK je. Tak lemah pun. Cuma kak ja risau bila dia mengadu sakit kepala. Terdetik juga dalam hati, apa pulak penyakit dia ni sampai sakit kepala. Time ni, kak ja sapukan je baby oil Shaklee kat perut dan kepala Maira. Alhamdulillah, dia rasa lega sikit.



Sabtu (30/6) kitorang ada jemputan kahwin kat Pagoh. Boleh sempat lagi pegi jemputan tu. Haha..Lagipun Maira nampak sihat je. Tak mengadu sakit pun. Ha..masa tu lah baru kak ja tau yang Maira kena HFMD. Itupun sebab anak buah husband yang bagitau. Sebab anak-anak dia semua kena. La…rupa-rupanya Maira ‘dapat’ penyakit tu masa balik kenduri kahwin kat Palong. Huhuhu…Terus hilang ceria haritu. Sikit-sikit kak ja check seluruh badan Maira. Risau cepat melaratnya.

Balik rumah, kak ja sapukan Maira dengan Herbal Blend Cream. Nasib baik Chew C masih ada stok kat rumah. So, bagi dia 2 biji sehari. Mandikan Maira dengan air campuran Basic H. Alhamdulillah, bintik-bintik tu tak naik banyak kat badan Maira. Cuma ulser kat tekak dia je yang lambat sikit nak baik. Pegi klinik untuk dapatkan MC. Nah..duduk lah bertapa kat rumah seminggu.

Surat MC

Basic H & Herbal Blend Cream

Chewable Vita C Plus


Syukur sangat2. Jumaat (6/7) Maira dah pegi sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Boring duduk rumah katanya.

Jadi,  bagi ibubapa yang ada bayi dan anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD Shaklee ini di rumah anda ye. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan utk merawat bayi dan anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat.




Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288

COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



Thursday 5 July 2018

Omega Guard Legakan Hidung Berdarah


Pernah tak anak-anak mak semua sering selsema? Selalu batuk? Sukar bernafas?
Mungkin keadaan persekitaran yang menjadi faktor kepada masalah-masalah ni. Kali ni kak ja nak share testimoni seorang ibu yang mengamalkan Omega Guard untuk anak nya. Alhamdulillah, tiada lagi masalah lendir dan hidung berdarah.

[ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG DAN LENDIR BERDARAH]


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera.



Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan.

Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin.

Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu.

Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu berdarah. Kadang kala darah keluar dari hidung pada waktu malam ketika sedang tidur lena. Saya hanya perasan darah kering di pipi Adam dan cadar penuh dengan darah pada sebelah pagi. Pernah darah keluar banyak dan terdapat ketulan darah yang membimbangkan saya. Perkara ini berlarutan sehingga umur Adam 2 tahun 7 bulan.

Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, saya beritahu masalah hidung berdarah kepada doktor. Doktor maklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku apabila anak-anak selesema dan ketika suhu badan panas.
Pertengahan tahun 2017, Adam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan batuk selesema yang berpanjangan. Doktor mengesahkan Adam mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah.., betapa sedihnya saya ketika itu. Anak sekecil Adam terpaksa duduk dalam wad, menahan sakit jarum suntikan dan setiap kali perlu ambil darah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya setiap kali mendengar Adam meronta-ronta minta dilepaskan. 5 hari berkampung di hospital dan akhirnya Adam dibenarkan untuk pulang.

Doktor memberi temujanji untuk berjumpa pakar ENT di hospital berikutan masalah hidung Adam yang kerap berdarah. Pada hari temujanji, doktor pakar mengesahkan tiada apa-apa yang serius pada Adam. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Namun dalam hati bertekad untuk mencari alternatif lain untuk mencegah masalah batuk, selesema punca hidung Adam selalu berdarah daripada berulang.

2 bulan lepas setelah sekian lama saya menyepi daripada team Shaklee, Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati saya untuk aktif semula bersama team OMS. Saya kembali dengan semangat baru dan berazam untuk maju dalam kerjaya SID saya. 

Melalui kelas dan bimbingan yang saya perolehi daripada mentor-mentor group OMS, saya mencuba berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee. Untuk kanak-kanak sekecil Adam yang tidak boleh menelan kapsul vitamin, saya pecahkan sebiji Omega dan masukkan dalam bancuhan susu Adam dan bagi Adam minum setiap malam sebelum tidur.

Dan hasilnya.., Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan penyelesaian untuk segala ikhtiar saya selama ini. Hidung Adam dah tak berdarah lagi. Selesema yang menjadi rakan baik Adam sebelum ini dah pergi jauh-jauh. Batuk juga semakin berkurang. Tiada lagi insiden baju dan kusyen kereta kotor dengan muntah akibat batuk berpanjangan. Adam semakin ceria, membesar dengan sihat dan aktif.

Semoga Adam sentiasa sihat walafiat dan bebas dari batuk, kahak dan selesema penyebab hidung berdarah. Alhamdulillah, syukur sebab saya dipertemukan dengan Omega Guard.

Saya juga bersyukur kerana bukan setakat Adam semakin sihat, malah saya juga dapat menjana pendapatan dengan Shaklee. Alhamdulillah.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit