Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Friday, 30 June 2023

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan

 


JERAGAT 


Bila sebut tentang jeragat, ini salah satu perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Sebabnya ianya sedikit sebanyak mengganggu penampilan orang perempuan. Jeragat ni juga seolah-olah menandakan yang seseorang tu sudah meningkat usia. Maka, berlumba-lumbalah mereka ni cari produk yang boleh hilangkan jeragat dengan cepat tanpa fikirkan kesan jangka panjang.


Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu jeragat, punca dan cara untuk mengatasinya.



Apa itu jeragat?



Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata



PUNCA JERAGAT BERLAKU

Bagaimana jeragat boleh berlaku? Ini antara punca timbulnya jeragat.


  1.  TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 

Jika anda jenis banyak berjemur di bawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.

2.  PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA

Kulit anda juga akan mudah ditumbuhi jeragat jika tidak mengamalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Tak perlukan modal yang sangat besar. Tapi perlukan kerajinan. Apakah dia penjagaan asas kulit muka? 



Setiap hari pastikan anda:

  • * Mencuci muka

  • * Memakai penyegar ( toner )

  • * Memakai pelembab

Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar kulit sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan minyak yang boleh mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

3.  FAKTOR USIA

Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh di muka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kak ja ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.


4.  FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama.

  

5. PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah.  Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.

Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.

6.  PENGGUNAAN ALAT SOLEK DAN PRODUK KECANTIKAN

Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual di pasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat di wajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

7.  TEKANAN PERASAAN

Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan mengganggu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.

8. PERSEKITARAN YANG TERCEMAR

Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Pencemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.

Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.

Itulah dia antara punca jeragat yang ramai wanita tak perasan. 


Bagaimana cara atau petua untuk atasi jeragat?

Ada pelbagai cara dan petua yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah jeragat. Di antaranya ialah :


1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Antara petua hilangkan jeragat ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sekurang-kutangnya sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, dengan mencuci muka dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci muka yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.


2. ALOE VERA


Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-


- Mencerahkan wajah

- Melindungi dari sinar matahari

- Mengecut dan menghilangkan jeragat

- Mengatasi kulit kering dan berminyak.

- Menghilangkan jeragat.

- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya mudah. Campurkan lendir aloe vera dengan madu. Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan

3. LEMON


Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. Ia boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah:-

Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka). Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.


4. GUNAKAN SERBUK KUNYIT

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang berjeragat. Kemudian, tunggu sehingga ia kering. Amalkan tips ini seminggu sekali dan anda akan dapat lihat perubahannya.

5. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini bersifat antioksida yang juga boleh membantu menyelesaikan masalah jeragat.



Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.

Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.

6. DIET PEMAKANAN SIHAT

Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat. Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah. Malah mengganggu penampilan kita dan menyebabkan kita rasa rendah diri.


7. PENGAMBILAN SUPLEMEN



Dan akhir sekali, petua hilangkan jeragat ialah dengan pengambilan set jeragat Shaklee dan set Youth Shaklee untuk hasil yang lebih berkesan. Ini kerana sebenarnya jeragat ni perlu ‘dirawat’ dari peringkat dalaman.


Bagi anda yang nak dapatkan produk Shaklee, jangan segan silu contact kak ja ye.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




Tuesday, 14 February 2023

Set Kurus Shaklee Paling Laris

 Kalau sebut pasal kurus, inilah topik yang paling best. Pastinya semua individu suka. Mana ada orang yang tak suka kurus. Banyak kebaikan dan kelebihan bila kurus ni, nak cari saiz pakaian senang. Nak lakukan apa-apa aktiviti pun tiada masalah. Kurang masalah kesihatan. Dan yang penting cantik mata memandang. 

 

 

 




 

Jadi, apa yang mereka lakukan bila nak turunkan berat badan ni? Kaedah paling popular adalah dengan kaedah diet. Diet pun ada macam-macam jenis diet. Ada diet Intermittent Fasting. Ada diet keto. Ada diet suku-suku separuh. Ada diet detoks. Dan ada juga yang buat puasa sunat sahaja.

 

Namun begitu, lain individu lain pulak cara mereka untuk turunkan berat badan. Ada yang ambil suplemen dan ada juga yang mengambil pil kurus untuk dapatkan kesan yang cepat. Tetapi, pastikan suplemen yang diambil itu selamat dan tidak berbahaya pada tubuh badan. Tidak semestinya dapat hasil yang cepat dan berkesan, ianya selamat pada si pengguna. Semak dahulu kandungan yang terdapat dalam suplemen tu. 

 

Pengambilan suplemen semasa tempoh diet amat penting bagi memastikan nutrien cukup dalam badan. Maklumlah, bila kita diet ni ada sahaja makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dikurangkan kuantitinya. Jadi, kak ja nak cadangkan pada anda semua set kurus shaklee yang semakin popular sekarang ni.

 

 





Ini dia SET KURUS SHAKLEE.

Apa kebaikan setiap produk ni?

Jom teruskan membaca. Kak ja terangkan satu persatu.

 

1.             CINCH CHOCOLATE

 - Kaya dengan protein dan kalsium.

 - Mengandungi 24vitamin dan mineral yang perlu untuk badan

 - Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian.

  - Makanan tanpa kolesterol.

 - Rendah Indeks Glisemik (GI).

 - Rasanya yang lazat dan berkhasiat.

 - Tinggi leucine (bantu bina otot yang lebih tegap).

 



2.             OMEGA GUARD

- Membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega 3 tulen.

- Melalui penyulingan molekul berganda

- Meningkatkan kadar metabolisma.


 

3.             HERB-LAX

- Membantu proses penyingkiran lemak.

 

4.             LECITHIN

- Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi.

- Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga.

 

APA LAGI YANG BEST PASAL SET KURUS SHAKLEE NI?

      

Menguruskan berat badan dengan cara yang lebih sihat.

 

Dan untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kak ja sarankan untuk tambah VIVIX di dalam set kurus shaklee.

 

 



 

Ini kerana vivix mengandungi Polifenol yang membantu mengawal paras gula dan membantu mengurangkan ‘sugar craving’.

Dan sekiranya korang nak baca lebih lanjut lagi tentang set kurus shaklee boleh layari blog ni. 

 

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

 

 

 

Tuesday, 9 April 2019

Set Batu Karang Shaklee


Batu karang atau rennal stone yang terdapat dalam saluran kencing atau buah pinggang seseorang. Ia terbentuk hasil daripada mendakan mineral dalam air kencing.






Menurut utusan malaysia, dianggarkan 15-20% rakyat Malaysia menghidap penyakit batu karang..


Ramaikan?
Dan kebiasaannya kaum lelaki yang lebih cenderung terhadap penyakit ini berbanding wanita. Bagaimanapun terdapat juga wanita yang menghidap penyakit ini.


Gejala & Simptom Penyakit Batu Karang


Penyakit batu karang ni takde signal atau petanda. Sedar-sedar je dah rasa sakit sangat-sangat sampai tak mampu nak bergerak.


Walaupun penyakit batu karang ni tak beri amaran pada pengidapnya, namun masih terdapat gejala atau simptom-simptom yang boleh dilihat iaitu:


1) Sakit yang teruk di sebelah dan belakang, bawah tulang rusuk


2) Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha
3) Sakit semasa  membuang air kecil
4) Air kencing berwarna pekat ataupun coklat ataupun berbau busuk
5) Loya dan muntah-muntah
6) Dorongan berterusan untuk membuang air kecil
7) Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa
8) Demam dan seram sejuk jika jangkitan hadir


Faktor menyebabkan batu karang

1) Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.


2) Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.


3) Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.


4) Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.


5) Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kalenjar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kalenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).


6) Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)


7) Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.


8) Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.


9) Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.


Jenis Batu karang






Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:


1) Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.


2) Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.


3) Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.


4) Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.


Cegah Batu Karang Dengan Set Shaklee



1) Vivix
Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.


2) B Complex


Supplemen B Complex ini bersifat anti stress dan memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang


3) Vitamin C


Vitamin C untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid


4) Ostematrix


Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.


5) Alfalfa Complex


Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.


6) Performance Drink


Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang di samping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat.

Rawat segera masalah batu karang anda sebelum ianya menjadi lebih parah.

Order sekarang dengan kak ja.


Dapatkan set Shaklee dengan harga murah sekarang bila DAFTAR AHLI




Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit