JERAGAT
Bila sebut tentang jeragat, ini salah satu perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Sebabnya ianya sedikit sebanyak mengganggu penampilan orang perempuan. Jeragat ni juga seolah-olah menandakan yang seseorang tu sudah meningkat usia. Maka, berlumba-lumbalah mereka ni cari produk yang boleh hilangkan jeragat dengan cepat tanpa fikirkan kesan jangka panjang.
Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu jeragat, punca dan cara untuk mengatasinya.
Apa itu jeragat?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata
PUNCA JERAGAT BERLAKU
Bagaimana jeragat boleh berlaku? Ini antara punca timbulnya jeragat.
TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI
Jika anda jenis banyak berjemur di bawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.
2. PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA
Kulit anda juga akan mudah ditumbuhi jeragat jika tidak mengamalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Tak perlukan modal yang sangat besar. Tapi perlukan kerajinan. Apakah dia penjagaan asas kulit muka?
Setiap hari pastikan anda:
* Mencuci muka
* Memakai penyegar ( toner )
* Memakai pelembab
Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar kulit sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan minyak yang boleh mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.
3. FAKTOR USIA
Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh di muka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kak ja ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.
4. FAKTOR KETURUNAN
Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama.
5. PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah. Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.
Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.
6. PENGGUNAAN ALAT SOLEK DAN PRODUK KECANTIKAN
Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual di pasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat di wajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.
7. TEKANAN PERASAAN
Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan mengganggu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.
8. PERSEKITARAN YANG TERCEMAR
Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Pencemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.
Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.
Itulah dia antara punca jeragat yang ramai wanita tak perasan.
Bagaimana cara atau petua untuk atasi jeragat?
Ada pelbagai cara dan petua yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah jeragat. Di antaranya ialah :
1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH
Antara petua hilangkan jeragat ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sekurang-kutangnya sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, dengan mencuci muka dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci muka yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.
2. ALOE VERA
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-
- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Menghilangkan jeragat.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah. Campurkan lendir aloe vera dengan madu. Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
3. LEMON
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. Ia boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.
Caranya ialah:-
Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka). Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.
4. GUNAKAN SERBUK KUNYIT
Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang berjeragat. Kemudian, tunggu sehingga ia kering. Amalkan tips ini seminggu sekali dan anda akan dapat lihat perubahannya.
5. TEH HIJAU
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini bersifat antioksida yang juga boleh membantu menyelesaikan masalah jeragat.
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.
6. DIET PEMAKANAN SIHAT
Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.
Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat. Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah. Malah mengganggu penampilan kita dan menyebabkan kita rasa rendah diri.
7. PENGAMBILAN SUPLEMEN
Dan akhir sekali, petua hilangkan jeragat ialah dengan pengambilan set jeragat Shaklee dan set Youth Shaklee untuk hasil yang lebih berkesan. Ini kerana sebenarnya jeragat ni perlu ‘dirawat’ dari peringkat dalaman.
Bagi anda yang nak dapatkan produk Shaklee, jangan segan silu contact kak ja ye.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.