Saturday 7 November 2015

Set Kurus Shaklee


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Apa aktiviti korang harini? T.L.D.M.  -> TIDUR, LEPAK DAN MAKAN??

Ehhh…jangan lah macam tu....tak takut gemuk ke? Tau tak, negara kita Malaysia merupakan Negara yang PERTAMA di ASEAN DAN YANG KE 6 di RANTAU ASIA PASIFIK yang mempunyai rakyat yang gemuk.






Mungkinkah kita salah seorang darinya? Ya atau tidak? Jawapan ada pada korang semua..krik..krik.. J

Kembali kurus adalah idaman ramai orang terutama wanita. Mereka nampak lebih cantik dan berkeyakinan tinggi apabila kurus. Tapi bagi saya, salah satu bonus bila kurus adalah sebab nak jadi lebih sihat.

Betul tak? Saya tak kata, gemuk tu tak sihat, tapi kebanyakan penyakit datang bila berat badan berlebihan. Kesuburan seseorang wanita juga berkurang. Menjadi kurus adalah langkah baik untuk lebih sihat.

Antara penyakit yang disebabkan gemuk/obesiti :

1. Athritis / sakit sendi
2. Kolestrol tinggi
3. Tulang cepat reput
4. Masalah jantung
5. Masalah pernafasan

Antara Sebab Manusia Menjadi Gemuk

Bagi orang gemuk mesti tertanya-tanya kan. KENAPA aku gemuk ye? Macam mana boleh gemuk? Ini adalah jawapannya.

1. Diet yang tidak seimbang
2. Penilaian Metabolisma Rendah
3. Kurang Bersenam
4. Label ‘Rendah Lemak’
5.. Ukuran Konsumsi Makanan (Portion Size)
6. Stress
7. Faktor Genetik
8. Menderita Penyakit Kronik
9. Pengambilan Ubat Anti-Depression

Jadi, harini saya nak perkenalkan pada korang semua SET KURUS SHAKLEE. Haha..dah macam buat jualan langsung pulak kan.

Ok. Jom teruskan bacaan anda J


Kenapa pilih Set Kurus Shaklee.


Set kurus Shaklee telah menjadi pilihan ribuan orang. Kenapa? Sudah pasti kerana ianya SELAMAT dan SEMULAJADI.

Tak perlu risau tentang kandungannya, sebab Set Kurus ni adalah HALAL dan mendapat KELULUSAN KKM. Inilah 2 perkara paling penting sebab banyak sangat produk untuk kurus dan kelangsingan yang merbahaya di pasaran. Ada yang takde kelulusan KKM, ada yang guna bahan terlarang.


3 Peringkat Fungsi Set Kurus



BAKAR  —>  BUANG  —>  BINA 


BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecithin dan Omega  berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan Lecithin dengan Omega, Lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi cepat  membakar lemak dalam badan.

BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan/dibuang. Oleh itu, Alfalfa dan Herblax diperlukan untuk mengangkut bahan toksin ini. Alfalfa dan Herblax juga berfungsi untuk detox usus.

BINA
ESP dan Cinch diperlukan untuk membina semula otot dan untuk mengelakkan kulit menggeleber. Cinch juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.

Jika Pengambilan ini diambildengan betul,berdisiplin dan konsisten, berat boleh dikurangkan dengan segera dan selamat.

Cara Makan Set Kurus Shaklee

Sarapan pagi : 3 scoop ESP
Minum pagi : 2 biji Omega dan 1 scoop Cinch
Lunch : 3 biji Alfalfa dan 3 biji Lecithin
Sebelum Dinner : 2 biji Omega Guard
Dinner : 3 biji Alfalfa, 3 biji Lecithin & 1 scoop Cinch
Sebelum Tidur : 2 biji Herblax

Penting untuk anda mengambil air setiap kali mengambil vitamin ini. Pastikan korang minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter sehari. Sebab pengambilan air yang cukup boleh membantu buang toksin dalam badan dengan cepat. Tapi ingat. Air masak tau. Bukan air manis.


Tips penting yang perlu dielakkan :

1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.

2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis.
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera atau junk food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. Kerap makan takpe. Tapi pastikan yang mengandungi rendah kalori. Makan dalam kuantiti yang sedikit.

 Jom kurus dan sihat.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Sunday 1 November 2015

Set Berpantang / Bersalin Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah sarapan semua? Ha..pada ibu2 yang sedang berpantang tu, jaga pemakanan. Jangan lewat makan. Nanti kembung pulak perut baby tu.

Ok. Harini saya nak share sikit tentang SET BERSALIN/BERPANTANG SHAKLEE.


Kenapa ibu bersalin perlu berpantang?

Ibu bersalin yang baru melahirkan bayi memerlukan Rawatan Pemulihan dan Penjagaan yang sempurna dari segi Jasmani, Rohani dan Mental serta Pemakanan yang seimbang ketika berpantang. Inilah waktu yang sesuai untuk ibu2 merehatkan badan dan minda yang penat.  


Apa Yang Terkandung Dalam Set Berpantang Shaklee?

Seperti yang telah dinyatakan Set Berpantang Shaklee ini terbahagi kepada DUA iaitu:

  1. Set Berpantang Shaklee Asas
  2. Set Berpantang Shaklee Optimum 
Nanti saya akan terangkan satu persatu tentang produk Shaklee yang terkandung dalam setiap set ini bagi memudahkan ibu2 di luar sana untuk membuat keputusan yang bijak dan terbaik mana satu set yang akan menjadi pilihan hati. 

Set Berpantang Shaklee Asas

Set asas terdiri daripada produk berikut:
1. Vitalea
2. B Complex
3. SR Vitamin C
4. Zinc Complex

Manakala bagi set berpantang Shaklee Optimum pula adalah dipertingkat sekali dengan persedian untuk ibu menyusukan bayi dan juga untuk mengekalkan kecergasan ibu yang berpantang.

Set Berpantang Shaklee Optimum

Set Optimum terdiri daripada produk berikut:
1. Vitalea
2. B Complex
3. SR Vitamin C
4. Zinc Complex
5. Ostematrix
6. Alfalfa
7. Energizing Soy Protein

Apa pula khasiat vitamin-vitamin yang dicadangkan?

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)

  • Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.
  • Mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.
·         Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
2.  Vitamin B-Complex
·         Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.
·         Berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan
·         Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.  
·         Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
·         Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.

3.  SR Vitamin C

  • Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
  • Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
  • Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
  • Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.

4. Zinc Complex

  • Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.
  • Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.
·         Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.

Kesemua suplemen di atas adalah dicadangkan kepada ibu-ibu semasa menjalani proses berpantang. Tapi, kalau ibu2 ada bajet yang lebih, ibu-ibu sangat digalakkan untuk mengambil ESP, Alfalfa dan Ostematrix sebagai suplemen tambahan dengan tujuan-tujuan seperti di bawah:

Ostematrix

  • Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit.
  • Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
  • Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.
  • Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.

Energizing Soy Protein

  • Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang. 

Alfalfa

  • Raja segala tumbuhan
  • Membantu meningkatkan imunisasi
  • Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
  • Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.


Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.


Anda berminat  untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee? Jangan segan untuk hubungi saya.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Blog : feizasihatcantik.blogspot.com
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Saturday 31 October 2015

Jom Jadi Peniaga Online Yang Bijak.


Berniaga Online sememangnya menjadi kegilaan @ trend masa kini. Dan jika anda menceburi bidang ini, pastinya ada cabaran dan persaingan yang kadangkala boleh buat diri kita rasa tergugat atau rasa seolah-olah tidak mahu meneruskan biz tersebut lagi.
Bagi anda yang sedang menjalankan atau baru ingin berjinak2 dalam biz Online ni, saya kongsikan di sini beberapa tip untuk anda agar mampu bertahan dan kekal success dalam biz online anda.







TIP 1 : KUMPUL DATABASE PROSPEK
Prospek ialah mereka yang mempunyai potensi untuk menjadi bakal pembeli produk anda samada produk lama atau produk baru yang bakal anda lancarkan.
Sebagai contoh, untuk mengumpul ramai prospek, anda boleh menawarkan pemberian percuma kepada para pelawat laman web jualan anda. Jika anda menjual produk ubat kurus, anda boleh menawarkan laporan atau promosi semasa secara percuma kepada prospek melalui nama dan email yang mereka tinggalkan.
Lebih ramai prospek yang anda berjaya kumpul, lebih besar ruang untuk berlaku pembelian. Jika ditanya kepada usahawan-usahawan internet yang berjaya, mereka selalunya mempunyai lebih dari 20,000 senarai database di dalam mailing list mereka.


TIP 2 : MENDAHULUKAN PERKONGSIAN
Penjual yang bijak tidak akan terus menerpa seseorang dan terus menawarkan kepada orang tersebut produk-produk jualan mereka. Kebiasannya mereka akan memulakan perbualan terlebih dahulu atau bertanya beberapa perkara kepada pelanggan.
Anda digalakkan untuk menghantar email atau sms berbentuk informasi dan tip secara percuma  terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk membina perhubungan dan kepercayaan antara prospek dengan anda.


TIP 3 : FOKUS UNTUK MEMBANTU
Apa sekalipun tujuan anda membina empayar perniagaan internet, usahakan mempunyai niat untuk membantu orang ramai. Jika anda hanya melihat tujuan utama adalah untuk mengaut keuntungan, maka ia tidak akan berpanjangan.


TIP 4 : MEMBINA JARINGAN NETWORK
Ini adalah tip yang terpenting jika mahu perniagaan anda terus kekal lama. Cuba jalinkan kerjasama dengan mereka yang sudah berpengalaman dan mempunyai tapak yang kukuh dalam perniagaan online. Dengan mengadakan ikatan networking dengan mereka seperti ini, anda mampi menaikkan bisnes anda ke peringkat yang lebih tinggi.


TIP 5 : SENTIASA TAMBAH ILMU
Teknik pemasaran yang 2.. 3.. tahun lalu yang sangat berkesan, kini mungkin tidak lagi efektif. Jika dulu untuk mendapatkan kedudukan TOP 10 di Google adalah sangat mudah. Tetapi hari ini dengan kewujudan beribu-ribu pesaing, ia menjadi semakin sukar. Macam tu juga dengan Facebook. Kalau dulu, dengan mengumpul beribu-ribu ‘LIKE’ pada fanpage, anda dah boleh dapat ribuan ringgit. Tapi, sekarang ni belum tentu lagi.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa kemas kini ilmu tentang produk dan ilmu dalam menjalankan biz online.


TIP 6 : KEKALKAN MOMENTUM MOTIVASI
Ada masanya motivasi akan kekal menegak dan adakalanya akan merudum. Jika motivasi dah mula tenggelam timbul, cari sedikit kelainan dengan berehat, membaca buku, melakukan hobi dan menikmati percutian. Tapi ingat, jangan berehat terlalu lama (lebih dari 3 hari), takut nanti hilang terus motivasi diri.
Setelah segalanya pulih, teruskan berusaha untuk memastikan kejayaan menjadi milik anda


TIP 7 : BEKERJA SEPENUH JIWA
Apabila bekerja dengan sepenuh jiwa raga, anda tidak akan berkira dengan jumlah jam kerja. Jadikan pejabat di rumah sebagai satu tempat terapi minda yang menyeronokkan. Apabila anda rasa seronok di tempat kerja, secara tidak langsung ada mampu focus dan kekal konsisten bekerja.


TIP 8 : SOKONGAN & KRITIKAN KEKALKAN MOTIVASI
Jangan mudah marah atau kecil hati apabila mendapat kritikan atau teguran yang adakalanya tidak munasabah. Cuba buat analisa kepada setiap kritikan yang diterima. Lakukan perubahan jika terima kritikan yang bernas. Jangan sesekali patah semangat apabila menerima teguran yang menyakitkan hati.

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita semua untuk lebih success dalam perniagaan kita.

Selamat beramal!





Saturday 24 October 2015

Antara Punca Tekanan

Anda pernah mengalami tekanan yang melampau??







Pernah cuba melakukan perkara di luar dugaan akibat stress???

Hati-hati. Kerana tekanan yang melampau bukan saja boleh memberi kesan kepada diri sendiri. Malah pada orang sekeliling. Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah ini, ia mungkin berpunca dari 'overthinking'.

Sebenarnya teknik berfikir secara mendalam ni ada bagusnya. Tetapi jika tidak dikawal, perkara negatif pulak yang akan timbul.

Tau tak? Apabila terlalu banyak berfikir, kita sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga di minda, dan sekiranya kesudahannya tidak menepati, ia akan mengakibatkan seseorang itu merasa tertekan. Dan apabila tekanan melanda..maka banyaklah panadol yang akan menjadi korban. Huhuhu...

'Overthinking' yang berterusan boleh memberikan banyak tanggapan negatif jika kita selalu berbuat demikian. Selain itu, kita mudah berasa rimas dan sentiasa risau dengan apa juga keputusan yang dibuat.

Hiduplah dalam suasana yang ceria. Elakkan 'overthinking'


Info : Untuk hilang stress atau sakit kepala, saya ambil B Complex. Tak nak telan Panadol lagi.

Khasiat Lemon

Siapa yang tak kenal dengan buah yang berukuran kecil, berwarna kuning dan mempunyai rasa masam...tetapi mempunyai khasiat yang banyak?



Sering kali lemon dikatakan mampu membuang toksin dan mengurangkan berat badan bagi individu yang sangat2 mementingkan berat badan yang ideal. Caranya? Ambil beberapa hirisan lemon (biasanya saya ambil 2 hirisan). Rendam dalam air suam lebih kurang 5 minit. Amalkan minum setiap pagi sebelum ambil sebarang makanan. InsyaAllah, dalam masa 2 minggu berat badan akan turun sedikit demi sedikit.

Bukan itu saja. Lemon juga boleh digunakan untuk merawat kecantikan rambut, kulit wajah serta tubuh secara keseluruhan. Kandungan VITAMIN C yang sangat tinggi dalam lemon membolehkan buah ini merawat diri dari rambut hingga hujung kaki dengan sempurna.

Dengan lemon, masalah kerosakan pada akar rambut dapat diatasi dengan cara meramas airnya pada rambut selama 5 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Hasilnya, rambut anda sentiasa segar dan harum. Cubalah!

Info : Pengambilan VITAMIN C yang cukup mampu merangsang pembentukan collagen.




Thursday 22 October 2015

Set Hamil Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee.

Terlebih dahulu TAHIAH kerana anda sedang hamil. Ini adalah masa yang sangat menyeronokkan untuk pasangan suami isteri terutamanya yang telah lama menanti kehadiran cahayamata..





Anak itu adalah anugerah yang tidak ternilai, hadiah yang tidak boleh didapati dari mana-mana. Sebab itu, ibu-ibu perlu membelai dan menjaga mereka sejak dari dalam kandungan lagi.

Namun begitu, ibu hamil sering berasa lesu dan kurang bertenaga kesan daripada selera makan yang kurang dan sering loya di awal kehamilan. Pembentukan janin pada awal kehamilan amat penting untuk menentukan tahap kesihatan dan survival janin tersebut di akhir kehamilan. Ibu yang kurang bertenaga dan makan yang tidak terjaga akan mendapat nutrien yang kurang, dan ini boleh menjejaskan kesihatan janin dalam tubuh. Walaupun ibu kurang berselera sekalipun, ibu harus memastikan makan secukupnya supaya nutrien dapat disalurkan kepada janin. Namun, bukanlah mudah untuk melepasi fasa pertama kehamilan ini terutama ibu yang mengalami alahan yang teruk. Dan Alhamdulillah bagi mereka yang langsung tidak mengalami sebarang alahan.

Ibu yang bijak semestinya ingin memastikan diri terus kekal bertenaga dan berselera untuk kebaikan anak di dalam perut. Sebab itulah SET KEHAMILAN atau SET MENGANDUNG SHAKLEE didatangkan lengkap untuk memenuhi keprluan ibu dan anak dari kehamilan trimester 1 hingga 3.


Apakah Masalah Utama dihadapi Ibu Mengandung?

Walaupun tanda- tanda dan masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung tidak sama, simptom paling biasa ialah


1.                  Rasa mual dan pening luarbiasa di waktu pagi (Morning Sickness)
2.                  Alahan teruk seperti gatal gatal (pernah berlaku pada saya)
3.                  Kurang selera makan 
4.                  Kerap muntah dan loya menyebabkan badan tidak bermaya
5.                  Kekurangan sel darah merah atau Anemia. 
6.                  Kelihatan pucat lesi. Lebih diburukkan lagi dengan ketiadaan selera
7.                  Mudah rasa letih dan rasa malas
8.                  Cepat marah dan mudah menangis

Kenapa Ramai Ibu Jatuh Cinta Kali Kedua Dengan Set Mengandung ni?

Berkesan ke set mengandung shaklee
 ni?
Orang kata tak kenal  maka tak cinta kan? Aku dah makan banyak buah dan sayur. Tak perlulah vitamin ni semua. Buang duit je kan.

Ha…salah tu, vitamin dari sayur dan buah sebenarnya tak tahan lama. Sayur yang dimasak mudah kehilangan zatnya disebabkan api dan bahang. Buah yang dikupas kehilangan vitamin c hanya kerana terdedah dengan udara.


Lebih lebih lagi masa hamil, kita perlukan banyak vitamin dan nutrien yang penting untuk diri dan janin kita.


Makanan Terbaik Amalan Ibu Mengandung Untuk Bayi dalam Kandungan

Semasa mengandung, diet amalan ibu mengandung sangat-sangat penting.
Sekiranya kurang mengambil berat soal ini, akan timbul banyak komplikasi lain semasa tempoh kehamilan.

Malah lebih teruk lagi, ia akan berlarutan di luar fasa mengandung.


Apa Kebaikan Dan Kelebihan Set Mengandung Shaklee Amalan Ibu Mengandung ?

Semasa mengandung, perubahan hormon berlaku di dalam tubuh. Jadi antara kesannya ialah rasa loya yang menyebabkan morning sickness.


Jadi, pengambilan set mengandung shaklee semasa trimester 1,2 dan 3 akan membantu kita menikmati detik indah semasa mengandung.




Set mengandung shaklee ni adalah seperti dibawah

Bagi trimester 1 (Usia kandungan 1~3 bulan)

Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
B Complex (asid folik)
Vitamin C
Ostematrix (pil kalsium)

Bagi trimester 2 & 3 (Usia kandungan 4~9 bulan)
Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
B Complex (asid folik)
Vitamin C
Ostematrix (pil kalsium)
Omega Guard

Nak lagi best makan ESP sekali sebab membantu penyerapan semua zat dari vitamin ni.


Semua produk shaklee ini dalam bentuk yang mudah dimakan dan dihadam.

Namun begitu, ibu hamil perlu diingatkan bahawa perlu BERHENTI AMBIL OMEGA GUARD pada 2 minggu terakhir sebelum melahirkan anak. Ini kerana omega guard membantu mencairkan darah dan risiko tumpah darah boleh berlaku jika diambil 2 minggu sebelum tarikh due. 

Manfaat Setiap Item Dalam Set Hamil Shaklee

ESP Shaklee


1.                  Membekalkan protein untuk membina sel, tisum enzim dan otot ibu dan baby dalam kandungan.
2.                  Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan
3.                  Mengurangkan risiko janin menjadi cacat
4.                  Membantu penghasilan susu badan


Vitalea with iron (multivitamin) 120 biji

1.                  Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. Elakkan pitam dan anemia (kekurangan sel darah merah)
2.                  Wajah tidak kelihatan pucat 


Vitamin B Complex 120 biji

1.                  Membantu mengawal tekanan
2.                  Mengelakkan pigmentasi pada kulit
3.                  Membantu kelembapan kulit.
4.                  Membantu pembebasan tenaga dari makanan 
5.                  Penting untuk pembentukan darah dan hormon


Vitamin C 90 biji

1.                  Membantu bekalkan keperluan vitamin c harian tubuh
2.                  Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser
3.                  Tiada pengawet dan pewarna. 


Omega Guard 90biji

1.                  Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi
2.                  Membantu mengawal stress pada ibu
3.                  Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak.


Ostematrik 120 biji

1.                  Membekalkan kalsium untuk membina tulang dan sel bayi
2.                  Mengelakkan kekejangan otot dan  sakit badan
3.                  Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas
4.                  Menstabilkan denyutan jantung

Sekiranya ada keperluan khas, mungkin nak cuba beberapa supplement sahaja..boleh berbincang dengan saya mengikut budget anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.