Thursday 21 March 2019

GLA COMPLEX UNTUK LELAKI .




Boleh ke orang lelaki ambil Gla Complex?




Ni antara soalan paling kerap ditanya oleh customer kak ja

“KAK, LELAKI BOLEH AMBIL GLA COMPLEX TAK ??


Apa plak tak bolehnya.


Gla Complex ni lelaki…wanita… boleh amalkan. Tak ada masalah.


MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX :


Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya dipercayai mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron
GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus
Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Menentang Kanser
GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur



 Dapatkan set Shaklee dengan harga murah sekarang bila DAFTAR AHLI



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday 8 March 2019

Tips Kulit Cantik Dan Vitamin Yang Perlu Diambil


Kalau cerita bab kecantikan, memang kaum wanita lah yang paling obses.





Ini termasuklah kak ja sendiri.
Sapa yang tak nak cantikkan?

Tapi, tak semuanya bertuah memiliki kulit muka yang cantik, licin dan halus.
Beruntung lah pada mereka yang memang tak pernah ada masalah kulit langsung.

Oklah..
Harini kak ja nak kongsikan tentang punca masalah kulit berjerawat.



Punca dan penyebab kulit muka berjerawat.


Hormon


Biasanya remaja paling ramai mengalami masalah jerawat disebabkan oleh kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.
Tapi tak perlu risau sebab sebum ni akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia. Lagi satu bila perempuan nak datang bulan pun, jerawat akan mula timbul. Itu adalah masalah hormon juga.


Jangkitan Bakteria
Rupanya dalam sel kulit kita ni ada bakteria. Bakteria ini makan sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Sebab tu, tak boleh sentuh muka sesuka hati. Sebab dengan mudahnya bakteria akan merebak.


Makanan


Makanan yang berminyak dan pedas lebih mendorong jerawat untuk naik kerana ia boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seeloknya lebihkan makan buah dan juga sayuran yang banyak vitamin A.


Stress
Stress juga antara penyebab muka berjerawat. Ini disebabkan adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila stress dan jerawat pun berlumba-lumba jugalah kat kulit.


Penggunaan kosmetik dan alat solek


Muka yg tak dicuci dengan sempurna boleh meyumbat pori-pori dan menyumbang kepada masalah kulit. Perkongsian alat mekap juga boleh meyebarkan bakteria ke muka.


Cahaya matahari
Haba daripada cahaya matahari membuatkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus boleh menyumbat pori-pori.


Cara-Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka

Jika anda menghadapi masalah-masalah kulit tersebut. Jangan bimbang kerana setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Amalkan gaya hidup yang sihat dan ketahui cara-cara mengatasi masalah kulit muka


Minum Air Masak Secukupnya

Ini adalah cara paling asas untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Tahukah anda bahawa 90% dalam tubuh manusia adalah air. Dsiebabkan itu, air sangat diperlukan dalam tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Dengan pengambilan air masak secukupnya secara tidak lansung akan dapat mengatasi masalah kulit kering. Sekaligus juga dapat mengatasi masalah kulit berminyak kerana air secukupnya dapat menjaga metabolisme dan boleh mengurangkan kadar minyak dalam tubuh badan. Kurangkan pengambilan minuman air yang bergula.


Pemakanan Yang Sihat

Selain membekalkan air secukupnya dalam tubuh badan, pemakanan yang sihat juga perlu di ambil kira kerana ianya mempengaruhi kesihatan kulit juga. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai nutrisi untuk kulit anda.

Buah dan sayuran sangat membantu dalam mempercepatkan proses regenerasi kulit dan sebagai antioksidan dalam tubuh badan anda. Elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan makanan yang tidak sihat.


Bersenam

Ingin mendapatkan kulit yang sihat, kenalah rajin bersenam.
Dengan melakukan senaman dapat menghilangkan sel-sel kulit mati serta kotorannya dan tubuh badan juga akan menjadi lebih sihat.


Pemilihan Produk Yang Sesuai

Anda juga harus bijak dalam memilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Jangan beli sesuatu produk mengikut jenis kulit orang lain kerana kulit kita semua tak sama.
Paling penting, anda kena bijak memilih produk yang selamat digunakan. Jika tidak, ia akan lebih merosakkan kulit muka anda terutamanya jika produk tersebut mempunyai bahan-bahan terlarang dan membahayakan.


Suplemen



Ya. Pengambilan suplemen juga amat perlu bagi memastikan kulit muka kita mendapat keperluan nutrisi yang cukup.
Antara suplemen yang boleh diambil ialah :


Vitamin C
·      Membentuk kolagen
·      Mencantikkan dan menghaluskan kulit
·      Menganjalkan kulit
·      Mampu pulihkan wajah dari sunburn & mencerahkan kulit
·      Memperbaiki wajah kusam
·      Pulihkan kulit wajah yang kasar

Vitamin E
·      Melembabkan kulit
·      Menghilangkan kesan jerawat & jeragat
·      Anti oksidan & anti penuaan
·      Menghalang pertumbuhan jerawat
·      Memberikan tona wajah sekata
·      Mengurangkan kedut dan garis halus

B complex
·      Membantu awet muda 
·      Membantu mendapatkan kulit yang cantik, rambut dan mata yang sihat
·      Menghalang stress
·      Membantu melancarkan peredaran darah agar wajah tidak pucat
·      Menaikkan seri muka & menghilangkan kelesuan

ESP
·      Menjadikan kulit wajah halus, cantik dan berseri
·      Membaiki sel-sel dan tisu yang rosak
·      Menghilangkan kesan parut jerawat, jeragat, chicken pox dan strecth mark
·      Sebagai bonus tambahan, dapat menganjalkan payudara dan punggung

Dan untuk set penjagaan kulit, boleh ambil SET YOUTH SHAKLEE.

Kak ja nak kongsikan jugak TESTIMONI pengguna 









Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





Thursday 7 March 2019

Tips Hamil Dan Set Subur Yang Sesuai


Semua pasangan yang dah berumahtangga, dah tentulah mahukan zuriat sendiri. Masing-masing dah rancang berapa orang anak yang mereka mahu. Berapa orang lelaki, berapa orang perempuan. Tapi, tak semua pasangan melaluinya dengan mudah.



Ada yang sebulan kahwin, dah disahkan hamil. Ada yang setahun kahwin, baru dikurniakan cahayamata. Malah, ada yang dah bertahun-tahun kahwin pun masih lagi belum dikurniakan rezeki anak.

Ini semua dah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Jangan lah mengeluh, jangan berputus asa. Kerana Dia lebih mengetahui bila masa yang sebaiknya untuk diberikan rezeki anak ni.

Kita sebagai hambaNya, kena lah terus berusaha, jangan berhenti berdoa. InsyaAllah, pasti ada REZEKI nya tu nanti. Janji Allah itu PASTI.

Namun begitu, kita perlu juga ambil berat dan ambil tau tentang kesihatan sendiri. Terutamanya orang perempuan. Kadang-kadang kita ni lambat hamil disebabkan masalah ketidaksuburan.

ANTARA PUNCA KETIDAKSUBURAN :
*Masalah hormon
*Masalah Sperma dan Ovum
*Masalah persekitaran rahim yang tidak bekerjasama
*Masalah kesihatan

So, entry kali ni kak ja nak kongsikan TIPS kesuburan untuk kaum wanita di luar sana.

1. Jaga pemakanan dan diet
Ini adalah ikhtiar cepat hamil yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Lebihkan makan buahan dan sayuran serta kurangkan gula, kafein dan makanan berlemak. Apabila badan sihat, fungsi-fungsi anggota kehamilan akan bertindak dengan baik.

2. Kawal berat badan




Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (overweight), mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Selain itu, wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan mudah mengalami PCOS atau Endometriosis. Jika semasa mengandung mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis banyak pula nanti komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau BMI anda kerana berat badan yang ideal adalah dengan mengukur BMI (normal).

3. Jangan stress
Kepada wanita yang berkerjaya, cuba elakkan stress. Stress ni salah satu punca hormon kita jadi tak stabil. Walaupun stress itu sudah jadi kebiasaan dalam bekerja, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Janganlah bawak balik sampai ke rumah.  Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk bersama?

4. Catat jadual period



Sekarang terdapat banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat jadual period. Apps ni mempunyai fungsi untuk mengira waktu subur anda. Setiap kali datang waktu period, catatkan di dalam apps anda. Anda boleh merancang waktu untuk intercourse bersama suami apabila anda mengetahui waktu subur anda. Macam kak ja, kak ja install Apps FLO. Senang nak rekod bila datang period dan tahu waktu subur kita.

5. Lakukan hubungan intim sekerap mungkin sewaktu ovulasi
Waktu ovulasi adalah waktu yang paling penting untuk melakukan hubungan intim. Ovum hanya bertahan selama 1 hari sahaja dan jika tidak berjaya disenyawakan bersama sperma, ovum akan disingkirkan semasa period. Oleh sebab sperma mampu hidup selama 3 hari, cuba untuk rancang waktu hubungan intim yang sesuai dan lakukan sekerap mungkin.

6. Jumpa doktor pakar untuk check kesuburan
Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil ataupun sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan. Biasanya doktor akan melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami pun kenalah buat checkup juga. Insha Allah, setiap usaha akan membawa hasil.

7. Berurut
Kalau sudah membuat rawatan moden, apa kata kita cuba rawatan tradisional pula. Cuba la berurut dengan pakar urut. Kadang-kadang, sukar hamil mungkin berpunca daripada rahim terlalu tinggi. Berurut boleh membantu sistem peranakan kita supaya teratur.

8. Ambil makanan dan minuman sunnah
Makanan dan minuman sunnah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara ikhtiar untuk hamil. Contoh makanan sunnah adalah susu kambing, kurma, madu, dan buah delima. Makanan sunnah ini banyak khasiat yang diperlukan untuk badan kita. Kurma memberikan banyak tenaga dalam masa yang singkat selain mempunyai kandungan asid folid yang bagus untuk ibu mengandung.

9. Suplemen
Ya, ini juga membantu. Shaklee adalah supplemen yang membekalkan nutrien penting seperti vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin sihat badan, semakin senang nak hamil.

Apa yang kak ja boleh cadangkan ialah ambil SET KESUBURAN WANITA.

GLA Complex
Diamalkan oleh wanita yang haidnya tidak teratur. Gamma Linolenic Asid (GLA) ni dapat membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti atau dikenali sebagai 'egg white servical mucus'. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan memang sangat membantu sperma berenang terus ke uterus ke tiub fallopio dan seterusnya ke ovum ( telur ).
Cecair serviks yang sangat subur ini juga dapat membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita untuk membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur dan senggugut atau sakit yang melampau ketika haid ( Digalakkan makan Alfalfa bersama Kalsium ). Alfalfa Complex juga turut membantu dalam hubungan suami isteri kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah.

Alfalfa juga dikaitkan dapat membantu dalam masalah PCOS iaitu Polycystic Ovarian Syndrome ( Masalah berkaitan ketidaksuburan wanita ) 


ESP-Energizing Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat dapat memudahkan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu penghasilan sel2 ovum dan sperma yang sihat juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.


B Complex  
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Dan akhir sekali

10. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT
Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah SWT. Amalkan doa untuk cepat mengandung dan sentiasa lah meminta kepada-Nya. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah SWT kerana Dia adalah Yang Maha Pencipta.

Jom ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday 6 March 2019

Punca Dan Cara Merawat Sakit Sendi Dan Otot


Sakit sendi selalunya berpunca dari aktiviti harian kita dan juga faktor umur. Sakit sendi ni memang sinonim di kalangan warga emas. Tetapi pada zaman sekarang orang muda juga tidak terlepas daripada sakit sendi seperti wanita hamil, orang yang bekerja kuat dan sebagainya.


Di seluruh dunia, berjuta-juta orang mengalami masalah tulang dan sendi. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua. Perkataan “arthritis” bermaksud “radang sendi” iaitu sendi yang sakit, terasa bisa bila disentuh, mungkin kemerahan, membengkak yang dikaitkan dengan kehilangan fungsi.

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan.

Apa yang menyebabkan berlakunya sakit sendi?


Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

·           Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
·           Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki.
·           Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya).
·           Penyakit sendi seperti arthritis.
·           Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit).
·           Penyakit tulang.
·           Ketumbuhan.
·           Jangkitan kuman.
·           Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya.
·           Penyakit kronik.
·           Ubat-ubatan.
·           Berat badan berlebihan.

SIAPA YANG BERISIKO SAKIT SENDI?

Disebabkan penyakit ini melibatkan pergerakan sendi, punca sakit sendi biasanya dialami oleh pesakit yang berisiko mengalami sakit tulang rawan iaitu :

·           Atlet sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi.
·           Individu yang mengalami obesiti.
·           Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil.
·           Individu yang sudah berusia.
·           Individu yang sering mengangkat barang-barang berat.
·           Individu yang sering menghadap computer (postur duduk yang tak betul)

Bagaimana nak hilangkan sakit sendi/otot?

Cara atau kaedah yang sering dilakukan ialah dengan mengambil suntikan atau ubat. Tapi biasanya kaedah ni cuma beri kelegaan untuk sementara waktu je.
Ada juga yang sampai terpaksa buat pembedahan. Tapi kosnya memang mahal dan pesakit terpaksa ambil masa yang agak lama untuk bergerak semula.

Namun begitu, kaedah yang paling mudah dan selamat ialah dengan pengambilan SUPLEMEN.

Ada 3 suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk masalah sakit lutut iaitu:
OsteMatrix
Omega Guard
Collagen Powder

Fungsi OsteMatrix
·         Menguatkan tulang – kalsium menguatkan tulang, gigi dan kuku.
·         Menggalakkan komposisi tulang dan rawan – mengandungi Magnesium, iaitu ion nombor 2 terpenting dalam badan manusia.
·         Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

Fungsi Omega Guard
·         Suplemen Omega Guard kaya dengan khasiat Omega 3 yang memelihara fungsi-fungsi sendi dengan melarut dalam tisu rawan.
·         Ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
·         Ia mencegah arthritis dan memelihara fungsi-fungsi sendi dengan efektif.
·         Bersifat anti radang.

Fungsi Collagen Powder
·       Kolagen adalah sama penting kepada tulang seperti juga tulang perlukan kalsium.
·       Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
·       Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.



Antara TESTIMONI pengguna.












Jom ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit