Friday, 8 March 2019

Tips Kulit Cantik Dan Vitamin Yang Perlu Diambil


Kalau cerita bab kecantikan, memang kaum wanita lah yang paling obses.





Ini termasuklah kak ja sendiri.
Sapa yang tak nak cantikkan?

Tapi, tak semuanya bertuah memiliki kulit muka yang cantik, licin dan halus.
Beruntung lah pada mereka yang memang tak pernah ada masalah kulit langsung.

Oklah..
Harini kak ja nak kongsikan tentang punca masalah kulit berjerawat.



Punca dan penyebab kulit muka berjerawat.


Hormon


Biasanya remaja paling ramai mengalami masalah jerawat disebabkan oleh kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.
Tapi tak perlu risau sebab sebum ni akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia. Lagi satu bila perempuan nak datang bulan pun, jerawat akan mula timbul. Itu adalah masalah hormon juga.


Jangkitan Bakteria
Rupanya dalam sel kulit kita ni ada bakteria. Bakteria ini makan sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Sebab tu, tak boleh sentuh muka sesuka hati. Sebab dengan mudahnya bakteria akan merebak.


Makanan


Makanan yang berminyak dan pedas lebih mendorong jerawat untuk naik kerana ia boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seeloknya lebihkan makan buah dan juga sayuran yang banyak vitamin A.


Stress
Stress juga antara penyebab muka berjerawat. Ini disebabkan adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila stress dan jerawat pun berlumba-lumba jugalah kat kulit.


Penggunaan kosmetik dan alat solek


Muka yg tak dicuci dengan sempurna boleh meyumbat pori-pori dan menyumbang kepada masalah kulit. Perkongsian alat mekap juga boleh meyebarkan bakteria ke muka.


Cahaya matahari
Haba daripada cahaya matahari membuatkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus boleh menyumbat pori-pori.


Cara-Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka

Jika anda menghadapi masalah-masalah kulit tersebut. Jangan bimbang kerana setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Amalkan gaya hidup yang sihat dan ketahui cara-cara mengatasi masalah kulit muka


Minum Air Masak Secukupnya

Ini adalah cara paling asas untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Tahukah anda bahawa 90% dalam tubuh manusia adalah air. Dsiebabkan itu, air sangat diperlukan dalam tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Dengan pengambilan air masak secukupnya secara tidak lansung akan dapat mengatasi masalah kulit kering. Sekaligus juga dapat mengatasi masalah kulit berminyak kerana air secukupnya dapat menjaga metabolisme dan boleh mengurangkan kadar minyak dalam tubuh badan. Kurangkan pengambilan minuman air yang bergula.


Pemakanan Yang Sihat

Selain membekalkan air secukupnya dalam tubuh badan, pemakanan yang sihat juga perlu di ambil kira kerana ianya mempengaruhi kesihatan kulit juga. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai nutrisi untuk kulit anda.

Buah dan sayuran sangat membantu dalam mempercepatkan proses regenerasi kulit dan sebagai antioksidan dalam tubuh badan anda. Elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan makanan yang tidak sihat.


Bersenam

Ingin mendapatkan kulit yang sihat, kenalah rajin bersenam.
Dengan melakukan senaman dapat menghilangkan sel-sel kulit mati serta kotorannya dan tubuh badan juga akan menjadi lebih sihat.


Pemilihan Produk Yang Sesuai

Anda juga harus bijak dalam memilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Jangan beli sesuatu produk mengikut jenis kulit orang lain kerana kulit kita semua tak sama.
Paling penting, anda kena bijak memilih produk yang selamat digunakan. Jika tidak, ia akan lebih merosakkan kulit muka anda terutamanya jika produk tersebut mempunyai bahan-bahan terlarang dan membahayakan.


Suplemen



Ya. Pengambilan suplemen juga amat perlu bagi memastikan kulit muka kita mendapat keperluan nutrisi yang cukup.
Antara suplemen yang boleh diambil ialah :


Vitamin C
·      Membentuk kolagen
·      Mencantikkan dan menghaluskan kulit
·      Menganjalkan kulit
·      Mampu pulihkan wajah dari sunburn & mencerahkan kulit
·      Memperbaiki wajah kusam
·      Pulihkan kulit wajah yang kasar

Vitamin E
·      Melembabkan kulit
·      Menghilangkan kesan jerawat & jeragat
·      Anti oksidan & anti penuaan
·      Menghalang pertumbuhan jerawat
·      Memberikan tona wajah sekata
·      Mengurangkan kedut dan garis halus

B complex
·      Membantu awet muda 
·      Membantu mendapatkan kulit yang cantik, rambut dan mata yang sihat
·      Menghalang stress
·      Membantu melancarkan peredaran darah agar wajah tidak pucat
·      Menaikkan seri muka & menghilangkan kelesuan

ESP
·      Menjadikan kulit wajah halus, cantik dan berseri
·      Membaiki sel-sel dan tisu yang rosak
·      Menghilangkan kesan parut jerawat, jeragat, chicken pox dan strecth mark
·      Sebagai bonus tambahan, dapat menganjalkan payudara dan punggung

Dan untuk set penjagaan kulit, boleh ambil SET YOUTH SHAKLEE.

Kak ja nak kongsikan jugak TESTIMONI pengguna 









Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





No comments:

Post a Comment