Tuesday 11 September 2018

Set Menyusu Shaklee






Ibu-ibu yang melahirkan pastinya teruja untuk menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun. Ini memang impian besar seorang ibu.

Tapi, adakalanya impian ni tak dapat dipenuhi sebaiknya kerana tak semua ibu dikurniakan susu badan yang banyak. Ada yang selepas melahirkan, susu badan masih juga tak keluar walau puas dihisap oleh baby. Ada yang hanya mampu menyusukan anak selama 6 bulan..setahun. Dan ada yang berjaya menyusukan anak lebih dari 2 tahun. Tahniah kepada ibu-ibu semua kerana anda tetap ibu yang hebat kerana berusaha mencari jalan untuk menambah susu badan anda.

Jom jenguk sikit apa suplemen yang sesuai untuk tambah susu ibu ni.

         
                    
Vita-Lea 
Adalah yang terpenting untuk anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan. 

B-Complex 
Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, di samping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi. Selain itu, ia membantu penghasilan tenaga dan darah. 

Sustained Release Vitamin C 
Penting untuk mengoptimumkan imun sistem anda dan bayi, di samping itu ia membantu dlm penghasilan kolagen. Bagus untuk kulit yang cantik dan sihat.

Energizing Soy Protein
Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dlm meningkatkan penghasilan susu. Di sampiong itu Isoflavone melambatkan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Di samping itu soya mengandungi protein yang tinggi utk bayi anda. 

Alfalfa Complex 
Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu Alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol. 

Ostematrix
Ianya sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang anda kuat dan sihat. Susu yang anda berikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi, jika para ibu tidak mengambil kalsium yang cukup, kalsium dari tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak ramai, tulang anda akan rapuh, gigi rongak, belakang membongkok (osteoporosis). Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.

Namun begitu, set menyusu ni boleh diambil mengikut keperluan dan budget anda. Nak tau yang mana satu suplemen yang sesuai untuk ibu-ibu? Hubungi kak ja sekarang.



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




Sunday 9 September 2018

Tips Atasi Masalah Bau Badan




Bau ketiak dan badan berbau akan menyebabkan kita rasa malu dan kurang keyakinan diri. Macam-macam petua dilakukan untuk menghilangkan bau ketiak dan bau badan tetapi masih tidak jalan. Ada juga sesetengah orang tidak perasan yang mempunyai bau ketiak atau bau badan yang kurang menyenangkan kerana dah terbiasa dengan bau tersebut. Hehehe…Kawan-kawan nak tegur pun serba salah. Takut terasa hati.

Meh sini kak ja share tips hilangkan bau ketiak dan badan yang masam tu.

1 . Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan
Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktiviti harian. Gunakan sabun antiseptik untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan
  
2. Memakai Deodorant


Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana ia bantu menghalang ketiak kita daripada berbau peluh apabila kita melakukan sebarang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

3. Pemakanan
Minuman berkafein dan makanan tinggi choline seperti bawang putih, bawang merah, rempah, daging dan kekacang perpotensi menyebabkan bau yang kurang enak. Makanan yang tinggi choline tidak mudah dihadam melalui proses metabolisme dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan. 

4. Memakai Pakaian Yang Sesuai
Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai bagi mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabrik atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Dan jangan lupa selalulah mengganti dan membasuh pakaian korang.

5. Berhenti Merokok!


Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, tapi ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang berbau.

Pengambilan Supplement Untuk Kawal Bau Badan Secara Semulajadi
Korang juga boleh mengambil supplement untuk mengatasi masalah bau badan ni. Apa yang boleh kak ja cadangkan?




Alfalfa Complex
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Complex
Walaupun bawang putih dikatakan merupakan salah satu penyebab badan berbau, namun Garlic Complex adalah terkecuali. Ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary yang sangat membantu dalam mengawal bau dengan sangat berkesan.  Garlic Complex Shaklee tidak akan dicernakan sehinggalah ia tiba ke dalam usus kecil.

Herblax
Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, mengatasi masalah jerawat, melegakan sembelit, mengatasi gas perut dan menormalkan proses usus. Ia bertindak secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus dan seterusnya membantu menyingkirkan sisa-sisa yang terperangkap di dalam usus dengan segera bagi mengelakkan penyerapan toksik daripada sisa-sisa makanan ke dalam tubuh.

Jangan bertangguh untuk dapatkan set mujarab ni bagi mengatasi masalah bau badan anda.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia






Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Saturday 8 September 2018

Kepentingan Vitamin C Dalam Badan



Vitamin C menjadi permintaan hangat di kalangan kaum wanita jika dibandingkan dengan vitamin-vitamin yang lain. Kak ja sendiri sangat sukakan vitamin C. Tak tau kenapa. Mungkin sebab ianya banyak dikaitkan dengan kecantikan kot.

Tapi tau tak korang, Vitamin C adalah salah satu vitamin yang penting dalam kesemua aspek kesihatan badan kita.

Keperluan dan Kebaikan Vitamin C Dalam Badan

1.      Penting untuk membina kolagen, tisu-tisu badan, ligamen dan pembuluh darah
2.      Berperanan sebagai anti-oksida yang melindungi badan dari radikal bebas
3.      Berperanan mencegah penyakit sawan, iaitu penyakit yang berpunca daripada badan yang mempunyai kurang daya tahanan yang rendah. 
4.      Dapat mencegah serta menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam, selsema
5.      Mengekalkan sistem imunisasi, ketahanan badan untuk melawan penyakit agar badan kekal sihat
6.      Membantu pembentukan gigi, tulang, tisu badan dan tulang rawan 
7.      Salah satu vitamin yang penting untuk bantu turunkan berat badan
8.      Membantu sembuhkan luka dengan cepat

Badan Perlu Vitamin C Setiap Hari?



Ye. Pertanyaan ni tak dapat disangkal lagi. Sebab banyak kebaikan Vitamin C kepada sistem badan kita kerana Vitamin C membantu badan berfungsi dengan normal. Badan kita tidak mampu menghasilkan sendiri Vitamin C. Sebab itu kita memerlukan Vitamin C dari sumber lain seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran.

                      
Apa akan jadi kalau badan kekurangan Vitamin C?

·         Gusi sentiasa berdarah (kekurangan pembentukan kolagen)
·         Tanda lebam pada badan
·         Luka lambat sembuh


·         Sering letih dan lemah
·         Anemia
·         Rambut kerapkali gugur
·         Sakit sendi
·         Darah dalam mata
·         Kulit kering dan gatal
·         Mengalami depression


·         Ekzema
·         Kurang selera makan
·         Masalah pencernaan
·         Kekurangan berat badan

Bagaimana nak dapatkan vitamin C yang cukup?

Selain ambil buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, kak ja pastikan ambil vitamin C Shaklee (Sustained Release Vita C Plus) setiap hari. 


Sebiji vitamin C ni mengandungi 500mg vitamin c = 7 1/2 biji buah oren. Dan yang bestnya, vitamin C ni dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan. Maknanya setiap 1 jam, 100mg vitamin c dilepaskan dalam badan kita.

Nak dapatkan vitamin C murah dari kak ja? Jom daftar ahli sekarang.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia






Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





Friday 7 September 2018

Tips Atasi Rasa Letih


Lesu dan letih serta merasa lemah badan memang biasa terjadi kepada golongan dewasa terutama kaum ibu. Kelesuan yang berpanjangan semestinya mengundang rasa yang tidak selesa dan mungkin akan menganggu prestasi dan fokus seseorang.

Sebagai wanita, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga dan berkerjaya pasti rasa kelesuan dan letih ini sangat-sangat menganggu tugasan harian. Maklumlah, kena bahagikan masa dan terkejar-kejar untuk sediakan keperluan suami, anak-anak dan diri sendiri.

Bagaimana nak hilangkan rasa penat melampau ni? Dah cuba macam-macam tapi masih belum berkesan juga. Kak ja cuba kongsikan cara yang mudah untuk hilangkan letih dan lesu demi keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Cara Hilangkan Letih Dan Lesu Badan

1. Ambil Sarapan Pagi


Rasanya semua orang pun tahu kan? Sarapan ni sangat penting untuk memulakan awal pagi kita. Jangan tinggalkan sarapan kerana sarapan membantu kita kekal cergas sepanjang hari. Bak kata Mat Salleh, ‘Breakfast Like A King’. Jadi, sarapan lah untuk dapatkan tenaga awal pagi.

2. Tidur Yang Cukup


Kalau kita kurang tidur atau ada masalah tidur, memang boleh mengganggu jadual seharian kita. Kepala terasa melayang-layang dan pening, badan pula terlalu lemah dan lesu. Memang tak mampu nak buat apa kalau kurang tidur. Apatah lagi jika ada masalah Insomnia. Bertambah-tambahlah masalah penat kita.

Sebaik-baiknya, cuba tidur sebentar waktu tengahari sebelum masuk waktu Zuhur. Ini dipanggil “Qailullah”. Tidur pada waktu ni memang sangat-sangat membantu mengatasi masalah mengantuk, letih dan lesu. Tak percaya..cubalah. Dapat lelepa sekejap pun dah cukup. Tapi jangan terlajak tidur bagi yang bekerja tu.

3. Minum Air Yang Cukup


Badan yang kekurangan air memang membuatkan kita rasa tidak bermaya sepanjang hari. Minum air secukupnya untuk pastikan badan kita sentiasa terhidrat.

4. Elakkan Obesiti


Kegemukan atau obesiti membuatkan kita rasa lemah badan. Badan terasa berat untuk melakukan sebarang aktiviti. Senang cakap..rasa malas je.

Jadi cuba sedaya upaya untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Ambil pemakanan yang berkhasiat dan buat detoks untuk memulakan perjalanan menurunkan berat badan.

Jika perlukan jurulatih untuk menurunkan berat badan, cari jurulatih yang benar-benar memahami konsep menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Sekarang ni ramai yang boleh bantu turunkan berat badan dan mudah nak cari di media sosial sama ada Facebook atau Instagram.

5. Ambil Suplemen Berkesan


Amalkan suplemen yang boleh berikan tenaga segera dan juga kekal bertenaga sepanjang hari. Pastikan juga kalian cek kandungan gula di dalam suplemen yang memberi tenaga ni. Jika kandungan gula tinggi, ia memang memberi tenaga segera tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan pula di kemudian hari.

Bertenaga Dengan Shaklee
Sekiranya ingin mencuba makanan tambahan yang semulajadi, sangat disyorkan mengambil Cinch Energy Tea, Performance Drink atau ESP yang dalam bentuk serbuk atau VitaLea dalam bentuk tablet.

Cinch Tea


Cinch Tea merupakan gabungan bahan-bahan ekslusif Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh Merah (Teh Hitam), ekstrak Teh Putih (Teh Hijau Muda), ekstrak Teh Merah Rooibos dan Taurina.
Cinch Tea ni sangat tinggi dengan anti-oksidan dan sangat membantu meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 4x ganda. Sekaligus ia sebagai pembekal tenaga dan juga pembakar kalori yang membantu untuk kurus.

Performance Drink


Performance Drink merupakan minuman yang kaya ion yang membantu mengekalkan elektrolit dalam tubuh. Ini sekaligus mengekalkan cecair dalam tubuh, mengelakkan kehilangan cecair dan mengelakkan terjadinya hidrasi dalam tubuh yang menjadi punca keletihan.

ESP (Energizing Soy Protein)


ESP memang terkenal sebagai serbuk soya non-GMO yang menjadi pembekal tenaga kerana mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Selain itu, ia turut berfungsi memberi rasa kenyang berpanjangan.

VitaLea


VitaLea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitaminyang diperlukan oleh tubuh. Kaya dengan Zat Besi bagi mencegah anemia dan sangat terkenal sebagai energy booster.

Oleh itu, kalau memang badan terasa sangat letih dan lesu, jangan biarkan ia terus membelenggu diri kita. Usahakan pelbagai cara yang mana bersesuaian dengan tubuh kita untuk terus kekal cergas bertenaga.


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit