Tuesday, 4 September 2018

Cara Mencegah dan Merawat Bartholin Cyst


Pernah dengar tentang Bartholin Cyst?

Kak ja sendiri pun baru tahu tentang Bartholin Cyst ni bila ada customer yang wasap kak ja tanya tentang suplemen yang sesuai untuk penyakit ni. Mula-mula tu macam pelik juga. Penyakit apa pulak ni ye. Maka rajinkan lah diri google sana sini. Masuk web kesihatan untuk cari lebih info tentang penyakit ni.

Gambar sebelah kiri menunjukkan kelenjar bartholin yang dah jadi cyst.  

Pembengkakan kelenjar bartholin atau lebih dikenali sebagai bartholin cyst ini kerap berlaku kepada wanita yang berada dalam lingkungan umur yang sedang subur iaitu 20-an. Pembengkakan yang berlaku ini biasanya berhampiran dengan permukaan vagina.

Kelenjar bartholin (bartholin gland duct) berperanan dalam membekalkan mukus dan kelembapan kepada kawasan vagina. Duktus yang menyambungkan kelenjar bartholin dengan bukaan vagina wanita berukuran 1 inci panjang dan jika ia tersumbat ia boleh menyebabkan pembengkakan pada kelenjar bartholin.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari mereka ada Bartholin Cyst sehingga mereka berasa sakit dan tidak selesa. Rupa-rupanya penyakit ini bukan sesuatu yang remeh, tapi perlu diberi perhatian serius jika kita mengalaminya.

Tanda-Tanda Bartholin Cyst.

1. Tanda-tanda jangkitan dan pembengkakan kelenjar bartholin dapat dirasai apabila pesakit merasakan kesakitan pada bahagian vagina dan kebiasaannya penghidap bartholin cyst yang bernanah ini hanya boleh duduk di atas sebelah punggung sahaja.

2. Pesakit akan mengalami demam, bahagian vagina yang membengkak, kemerahan dan berasa sakit. Macam kita kena bisul. Bila semakin membengkak dan bernanah kita akan rasa sangat sakit dan tidak selesa. Biasanya ramai yang tidak perasan dengan kehadiran cyst ini kecuali setelah membuat pemeriksaan dengan doktor.

Cyst yang membesar lebih daripada 1 inci diameter akan membuatkan pesakit tidak selesa, terutamanya ketika duduk, berjalan dan ketika melakukan hubungan seksual. Ini kerana kelenjar bartholin lah yang menyediakan cecair untuk peliciran semasa hubungan seksual, dan jika salur ini tersumbat, maka ia akan membesar dan dipenuhi lendir.

Dan itulah yang dikenali sebagai cyst. Cyst itu boleh membesar daripada saiz kacang ke saiz bola golf malah lebih besar dari itu. Itu sebab penting untuk segera mendapatkan rawatan bartholin cyst.

Punca Berlaku Bartholin Cyst 

1. Jangkitan bakteria
Jangkitan disebabkan oleh faktor kebersihan yang tidak dititik beratkan. Antara penyebabnya ialah bakteria E.Coli

2. Penyakit kelamin
Penyakit kelamin disebabkan selalu bertukar pasangan. Adalah dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan penyakit kelamin seperti Gonorhea dan sifilis yang sememangnya mendatangkan kemudaratan.

3. Faktor umur
Bertambahnya umur seseorang wanita, semakin bertambah risiko untuk mendapat Bartholin cyst ini.

4. Keputihan
Keputihan yang kronik menjadi punca kepada penyakit ini. Ramai wanita memandang remeh tentang keputhan yang dialami. Sedangkan ia menjadi tempat bakteria membiak.


Suplemen Untuk Mereka Yang Mengalami Bartholin Cyst
1.    GLA COMPLEX


ü membantu mengecutkan cyst / fibroid dengan cepat
ü membantu penghasilan prostaglandin
ü mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan
ü menghalang salur darah tersumbat
ü menstabilkan hormon wanita

2 : SR VITA C PLUS


ü mempercepatkan penyembuhan cyst / fibroid
ü meningkatkan daya imun tubuh melawan penyakit
ü memusnahkan sel yang tidak normal ( cyst / fibroid )

3. VIVIX



Resveratrol membantu memperbaiki sel yang tidak normal. Diketahui vivix mempunyai antioksidan yang tinggi. Boleh membantu sel sihat daripada terus rosak.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





No comments:

Post a Comment