Thursday 6 September 2018

Kesan Anemia Pada Ibu Hamil



Bila mengandung, kebanyakan ibu hamil mengalami hb rendah atau anemia. Hb yang rendah boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi untuk memastikan bilangan sel darah merah kita berada pada paras yang mencukupi, adalah penting untuk kita ketahui apakah punca, simptom, kesan dan rawatan anemia ini. Dengan ini kita boleh mengambil langkah pencegahan agar tidak terjadi anemia semasa mengandung.



Masa mengandung dulu pun, kak ja pernah alami bacaan Hb  rendah. Puas lah jugak kena bebel dengan nurse. Nurse siap pesan makan kerang, bayam, hati ayam dan jangan lupa tinggikan kaki masa duduk. Ikut lah segala nasihat nurse sebab masa tu memang tak kenal Shaklee lagi. Alhamdulillah, bacaan HB kembali naik lepas puas berusaha. Lega. Kalau tak letih jugak kena bebel je kan.

Jom baca sikit apa punca anemia semasa hamil, simptom, kesan dan cara mengatasi yang paling selamat.

Apakah Anemia?


Anemia adalah keadaan di mana darah dalam badan ibu hamil tidak mengandungi sel darah merah yang sihat dan mencukupi untuk mengangkut oksigen kepada sel tisu dalam badan dan bayi dalam kandungan. Semasa mengandung, badan ibu menghasilkan lebih banyak darah tambahan untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim. Jika ibu tidak mendapat zat besi ataupun nutrien penting tertentu yang secukupnya, badan ibu tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk darah tambahan ini.

Memang biasa kalau ibu hamil alami anemia ringan semasa mengandung. Tapi ibu juga boleh mengalami anemia serius akibat kekurangan zat besi, kekurangan vitamin, ataupun atas sebab yang lain. Anemia menyebabkan ibu berasa letih dan lemah. Kalau tidak dirawat terutamanya bagi kes anemia serius, mungkin boleh menyebabkan komplikasi serius kepada bayi dalam kandungan contohnya kelahiran pra matang.

Faktor-Faktor Penyebab Anemia

Semua ibu hamil berisiko mengalami anemia kerana masa mengandung mereka memerlukan lebih Asid Folik dan zat besi berbanding sebelum mengandung. Tapi ada ibu hamil yang lebih berisiko mengalami anemia disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

ü Mengandung anak kembar (lebih daripada seorang)
ü Mengandung pada jarak terlalu rapat antara anak-anak sebelumnya
ü Muntah dengan banyak atau terlalu kerap disebabkan morning sickness
ü Mengandung pada usia remaja
ü Tak mengambil makanan yang kaya zat besi
ü Telah mengalami anemia sejak sebelum mengandung

Sebab-sebab kenapa terjadinya anemia.

1.                  Anemia kerana kekurangan zat besi. Anemia ini berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jika kekurangan zat besi maka darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan.

Kekurangan zat besi adalah punca anemia yang paling biasa semasa kehamilan.

2.                  Anemia kerana kekurangan folat. Folat, juga dikenali sebagai asid folik, adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.

Ketika mengandung, wanita perlu folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak boleh menghasilkan cukup sel-sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan. Sebab tu kalau kita pregnant, doktor akan suruh kita amik asid folik.

Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti kecacatan tiub neural (spina bifida) dan baby yang kurang berat.

3.                  Anemia kerana kekurangan vitamin B12. Badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Wanita mengandung jika tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanan, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu, telur dan mempunyai risiko yang lebih besar untuk membangunkan kekurangan vitamin B12, yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang.


Simptom-Simptom Anemia Semasa Mengandung

Antara simptom-simptom anemia yang biasa dan kerap dialami ibu hamil ialah:

·                     Kulit, bibir, kuku yang pucat
·                     Berasa penat dan lemah
·                     Rasa pening-pening
·                     Rasa tak cukup nafas atau nafas pendek
·                     Degupan jantung yang laju
·                     Terlalu fokus

Oleh itu, adalah penting untuk menjalani ujian darah sepanjang tempoh kehamilan untuk pastikan tak terlepas pandang sekiranya ibu mengalami anemia dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.


Cadangan Supplement Untuk Membantu Mencegah Anemia Pada Ibu Mengandung

Untuk membantu mencegah anemia, ada beberapa supplement semulajadi dan selamat yang bagus diambil oleh ibu mengandung untuk mengekalkan paras hemoglobin pada tahap normal. Antaranya ialah:


1.    Vita-Lea Iron Formula – Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi dan membekalkan jumlah Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung setiap hari. Juga bertindak sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga segera.  Menggalakkan pemulihan sel tubuh. Membantu melancarkan fungsi sistem dalaman badan. Menguatkan sistem imun dll.

2.    B-Complex – Membekalkan kumpulan lengkap Vitamin B iaitu 8 jenis Vitamin B yang diperlukan untuk kerja penyelenggaraan dan pemulihan badan. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid Folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.

3. Sustained Release Vitamin C – Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan yang diperlukan tubuh. Ia membantu menyokong kesihatan tulang, gigi, gusi, darah, jantung dan sebagainya.


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



No comments:

Post a Comment