Sunday, 9 September 2018

Tips Atasi Masalah Bau Badan




Bau ketiak dan badan berbau akan menyebabkan kita rasa malu dan kurang keyakinan diri. Macam-macam petua dilakukan untuk menghilangkan bau ketiak dan bau badan tetapi masih tidak jalan. Ada juga sesetengah orang tidak perasan yang mempunyai bau ketiak atau bau badan yang kurang menyenangkan kerana dah terbiasa dengan bau tersebut. Hehehe…Kawan-kawan nak tegur pun serba salah. Takut terasa hati.

Meh sini kak ja share tips hilangkan bau ketiak dan badan yang masam tu.

1 . Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan
Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktiviti harian. Gunakan sabun antiseptik untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan
  
2. Memakai Deodorant


Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana ia bantu menghalang ketiak kita daripada berbau peluh apabila kita melakukan sebarang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

3. Pemakanan
Minuman berkafein dan makanan tinggi choline seperti bawang putih, bawang merah, rempah, daging dan kekacang perpotensi menyebabkan bau yang kurang enak. Makanan yang tinggi choline tidak mudah dihadam melalui proses metabolisme dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan. 

4. Memakai Pakaian Yang Sesuai
Anda hendaklah bijak memilih pakaian yang sesuai bagi mengelakkan bau badan. Elakkan daripada memakai pakaian fabrik atau menyerap peluh kerana ia akan mengakibatkan peluh yang melekat pada badan itu menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Dan jangan lupa selalulah mengganti dan membasuh pakaian korang.

5. Berhenti Merokok!


Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan atau membazirkan duit si perokok, tapi ia adalah antara punca masalah bau badan. Tembakau di dalam rokok juga akan menghasilkan peluh yang berbau.

Pengambilan Supplement Untuk Kawal Bau Badan Secara Semulajadi
Korang juga boleh mengambil supplement untuk mengatasi masalah bau badan ni. Apa yang boleh kak ja cadangkan?




Alfalfa Complex
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Complex
Walaupun bawang putih dikatakan merupakan salah satu penyebab badan berbau, namun Garlic Complex adalah terkecuali. Ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary yang sangat membantu dalam mengawal bau dengan sangat berkesan.  Garlic Complex Shaklee tidak akan dicernakan sehinggalah ia tiba ke dalam usus kecil.

Herblax
Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, mengatasi masalah jerawat, melegakan sembelit, mengatasi gas perut dan menormalkan proses usus. Ia bertindak secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus dan seterusnya membantu menyingkirkan sisa-sisa yang terperangkap di dalam usus dengan segera bagi mengelakkan penyerapan toksik daripada sisa-sisa makanan ke dalam tubuh.

Jangan bertangguh untuk dapatkan set mujarab ni bagi mengatasi masalah bau badan anda.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia






Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

Post a Comment