Showing posts with label Rawat Rambut. Show all posts
Showing posts with label Rawat Rambut. Show all posts

Wednesday, 3 April 2019

Cara Atasi Rambut Gugur



Rambut gugur setiap hari adalah normal. Namun perlu diketahui tahap mana keguguran rambut setiap orang? Secara purata, manusia keguguran kira-kira 70-100 helai rambut setiap hari. Itu normal. Masalah akan bermula apabila rambut yang gugur dan mulai tumbuh semula terlalu lambat atau sedikit, dan seterusnya langsung tiada.




Pelbagai cara digunakan untuk memulihkan kembali masalah ini, tidak kurang juga ada yang mencuba petua orang dulu-dulu .

"Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar sehingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu".

Petua ini bagus, sekiranya berkesan kepada individu yang mengalami masalah tersebut.

Tahukah anda struktur rambut yang sihat terdiri dari protein dan karbohidrat dan ia disuburkan oleh liang rambut. Jika liang rambut dibebankan dengan terlalu banyak tugas, rambut akan menjadi lemah dan mudah gugur. Wanita yang mengalami keguguran rambut dengan kehilangan rambut dari bahagian tepi garisan rambut manakala lelaki akan kehilangan rambut bermula dari bahagian tengah kepala.

Punca-punca rambut gugur

1. Genetik
2. Tekanan - emosi yang tidak menentu menyumbang kepada peningkatan sebum
3. Pemakanan
4. Diet yang tidak seimbang - diet yang tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi rambut
5. Faktor hormon - terutamanya kepada ibu-ibu selepas melahirkan 
6. Pengambilan ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan rambut
7. Putus haid
8. Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan ketidakseimbangan tiroid


Nutrisi yang diperlukan rambut

Zat besi adalah penguat rambut paling baik, di mana ia membantu membawa oksigen darah ke seluruh tubuh sehingga dapat menjaga rambut supaya kuat dan sihat.

Rambut yang nipis dan lemah adalah petanda yang seseorang itu tidak cukup zat besi. Di antara sumber terbaik zat besi adalah daging merah.

Antara lain juga disarankan mengambil asid lemak Omega-3 dan 6 untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala.

Kandungan makanan yang tinggi omega-3 boleh didapati dalam ikan salamon dan mackerel. 

Seterusnya pilihlah makanan dan diet yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur sayuran, lemak sihat dan protein supaya badan anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Antara Vitamin Shaklee yang dicadangkan adalah seperti :


Energizing Soy Protein
Mengandungi kadar protin yang cukup tinggi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa kita telah mengambil cukup protein agar rambut dapat tumbuh dengan lebih cepat dan sihat.

Revitalizing Shampoo
Salah satu shampoo dalam rangkaian Pro Sante Hair Care Shaklee. Mengandungi sistem pembersihan berpatent. Formula shampoo ini menggunakan pelembap dan protein semulajadi yang berasaskan sayuran termasuklah kelapa dan jagung untuk kutikel rambut yang lebih licin.

Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Sangat berkesan memperbaiki rambut yang rosak dan kering. Hasilnya rambut kekal dalam pH semulajadi, lebih kuat, bersinar, seimbang antara minyak dan lembapan.

Zinc Plus
Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan.

Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. Zink juga sumber mineral untuk mempercepatkan pertumbuhan sel baru & pembinaan tisu yang rosak.

B-Complex membantu rambut dengan 4 cara : -

§  terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.


§  melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata
§  B-Complex yang cukup akan menguatkan rambut agar tidak mudah retak.
§  membantu mengekalkan warna rambut, penting mencegah rambut beruban.  

MENCEGAH ITU KAN LEBIH BAIK DARI MERAWAT 

Sebelum rambut kita jadi makin nipis dan botak, cepat-cepatlah dapatkan set rambut gugur ni sekarang.

Rambut kan mahkota setiap insan. Jadi haruslah dijaga dengan baik dan teliti.


Dapatkan set Shaklee dengan harga murah sekarang bila DAFTAR AHLI



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Saturday, 2 March 2019

Punca Rambut Gugur Dan Cara Merawat


Rambut adalah mahkota bagi wanita. Malah seseorang lelaki juga akan kelihatan lebih kacak jika mempunyai rambut yang hitam dan lebat.



Menurut doktor, keguguran rambut adalah perkara biasa yang selalu berlaku. Akan tetapi, bila jumlah rambut yang gugur setiap hari melebihi 100 - 120 helai, maka itu boleh mendatangkan petaka terhadap kesihatan rambut Anda.

Rambut yang terus gugur lama kelamaan boleh menyebabkan keguguran. Ketika anda botak, pasti kepercayaan diri akan menurun. Untuk itu, penting sekali menjaga kesihatan rambut dari luar maupun dalam. Langkah mudah untuk merawat rambut gugur adalah dengan mengambil makanan sihat serta melaksanakan pola hidup sihat setiap hari.


APA PUNCA RAMBUT GUGUR?

1. Pengaruh Pengambilan Makanan
Pengambilan pemakanan yang tidak memenuhi standard juga menjadi punca rambut gugur dan tipis. Sekiranya anda sedang menjalankan program diet, jangan sampai ia menyebabkan keguguran rambut. Tetapkan pengambilan makanan tinggi gizi seperti zinc yang dapat menguatkan akar rambut.

2. Kesan Kemoterapi
Terapi kemo biasa ditujukan untuk pesakit kanser. Ada kesan dari kemoterapi iaitu rambut mudah gugur dan bahkan hingga mengalami keguguran. Sesungguhnya kesan daripada kemoterapi ini tidak hanya memberi kesan pada rambut di kulit kepala, tetapi juga pada wajah dan tubuh. Rambut baru akan tumbuh setelah beberapa bulan berhenti menjalani kemoterapi.

3. Kesan Ubat-ubatan
Ubat yang anda ambil juga mampu memberi kesan terhadap kesihatan rambut. Sebagai contoh ubat yang memberi reaksi positif terhadap jerawat, kemurungan, serta rasa sakit, akan tetapi kesan yang tak baik untuk rambut dan kulit kepala. Laporan ini telah dikeluarkan oleh para saintis di University of Melbourne.


4. Tekanan 
Tekanan psikologi boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan. Pada keadaan seperti ini biasanya pesakit akan mengalami penipisan rambut kepala tetapi tidak sampai menyebabkan keguguran. Elakkan tekanan psikologi dan fizikal dengan terus berfikir positif.

5. Melahirkan Anak
Adapun punca masalah rambut gugur yang pasti dialami kebanyakan perempuan adalah selepas menjalani proses bersalin. Biasanya rambut akan mengalami keguguran yang teruk pada masa enam bulan pertama selepas melahirkan anak. Masalah ini akan beransur pulih apabila kadar estrogen di dalam tubuhnya menjadi normal.

6. Kulit Kepala Tidak Sihat
Kulit kepala yang kotor dan tidak sihat, dengan mudah dijangkiti kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut. Oleh kerana itu, pastikan rambut dicuci dengan bersih selepas pemakaian.

7. Jarang Keramas
Rambut yang jarang dicuci akan berbau dan mudah gugur. Selain itu, jarang mencuci juga membuat rambut menjadi lembap dan berminyak. Keadaan rambut macam ini apabila terkena sinar matahari maka membuat rambut dalam keadaan berminyak sekaligus berpeluh. Peluh pada kulit kepala boleh diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan mengalami keguguran.

8. Hair Dryer
Sebaiknya elakkan pemakaian hair dryer (pengering rambut) setiap kali habis mandi. Alat ini akan memberi kesan rambut kering dan mudah patah. Sekaligus menyebabkan masalah rambut gugur.

9. Ikatan Rambut yang Terlalu Kuat


Rambut yang tidak memperoleh makanan seimbang boleh menjadi punca rambut gugur paling utama. Apabila akar rambut tidak cukup kuat, maka masalah remeh seperti mengikat rambut sedikit kuat sahaja boleh dengan mudah membuat rambut tertarik dan gugur.

10. Keturunan (Genetik)
Biasanya terjadi kepada kaum lelaki atau lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia. Rambut menjadi nipis dan berbentuk M. Lama kelamaan rambut akan menjadi semakin nipis dan mula menjadi botak.

11. Radikal Bebas
Punca rambut gugur terakhir yang perlu anda ketahui adalah disebabkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya penuaan awal. Biasanya radikal bebas dihadirkan oleh pencemaran udara dan bahan-bahan kimia. Radikal bebas juga memberi kesan terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.

12. Pemilihan Shampoo Yang Salah
Pemilihan shampoo yang salah akan menyebabkan rambut anda mudah gugur. Ini mungkin disebabkan bahan-bahan yang terkandung dalam shampoo. Jadi pemilihan shampoo yang betul dan sesuai perlu dititikberatkan.

13. Ketidakseimbangan Hormon
Ketidakseimbangan hormon estrogen di kalangan kaum wanita juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
Wanita yang menopaus juga kerap mengalami masalah keguguran rambut kerana hormon estrogen berkurangan.

14. Kekurangan Vitamin dan Zat Besi
Rambut yang kurang vitamin dan zat besi akan mudah dan cepat gugur. Zat besi sangat penting untuk peredaran oksigen ke folikel-folikel rambut. Kurangan protein akan menyebabkan akar rambut mudah rapuh manakala kekurangan zinc pula menyebabkan sel-sel rambut mudah rosak.

Jadi untuk menjaga dan
mengatasi masalah rambut gugur ini , boleh cuba ambil vitamin bagi lengkapkan keperluan rambut



·     Energizing Soy Protein
Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Ini kerana protein sangat penting dalam pembentukan dan penghasilan sel-sel baru dalam badan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 

·     B-complex
Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B-complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamin B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. Kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 

·     Zinc Complex
Diet yang mengandungi kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan shampoo untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.

Jom jaga dan rawat rambut sebelum terus BOTAK!



KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit