Saturday 25 March 2023

Bestnya Fun Day Shaklee

Bila sebut Fun Day, pastinya terbayang aktiviti yang menyeronokkan terutamanya untuk kanak-kanak.

Shaklee juga tak terlepas mengadakan Shaklee Fun Day pada 18 Mac yang lepas. Ada beberapa branch Shaklee yang terpilih untuk mengadakan Fun Day ini iaitu di Head Office, branch Shaklee Kuala Lumpur, branch Shaklee Kota Bharu dan branch Shaklee Johor Bahru.



Ada yang datang bawa anak-anak, ada yang datang dengan ahli baru, ada yang datang dengan team masing-masing.Yang bestnya masa inilah banyak sangat penjimatan untuk produk terpilih. Diskaun yang Shaklee bagi memang giler-giler lah. 

Walaupun kak ja tak dapat join program pada hari tersebut kerana perlu menghadiri kelas Dr Redza, tapi kak ja tak lepaskan peluang untuk grab produk Youth.



Harganya memang murah. Rugi lah kalau tak grab. Siap dapat free pouch dan ceramic mug lagi. Walaupun kat rumah masih ada stok, kak ja tetap beli jugak. Rasa rugi kalau tak beli. Terima kasih lah pada sideline kak ja yang sudi bantu belikan produk untuk kak ja.

Kalau tengok kat sini, anak-anak pun happy je dengan aktiviti mereka. Tak mengganggu pun ibu ayah yang tengah sibuk shopping.



Mana yang datang dengan membawa ahli baru, pastinya teruja. Sebab satu kelainan bila masuk branch Shaklee ni. Ambil bakul dan shopping lah sepuas-puasnya. Produk semua dipamerkan depan mata. Sudah tentulah excitednya tu lain macam.

Korang tengoklah sendiri gambar-gambar ni. Semuanya ceria je dapat jumpa sideline dan team masing-masing. 



Kak ja bersyukur sangat sebab dapat join bisnes Shaklee ni. Inilah bisnes yang paling best dan paling lumayan. 
Korang yang nak cuba buat bisnes Shaklee, jangan segan silu tau contact kak ja.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday 22 March 2023

Keburukan intermittent fasting

Intermittent fasting merupakan salah satu diet yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan individu yang mengamalkan diet IF mendapat kesan yang cepat apabila dilakukan secara berdisiplin. 

Namun begitu, kita hanya mengetahui tentang kebaikan intermittent fasting tanpa mengetahui tentang keburukannya.





Sebelum saya kongsi tentang keburukan intermittent fasting saya kongsikan dahulu sedikit info yang saya dapat semasa mengikuti kelas Prof Dr Redza baru baru ini.

Ini antara apa yang berlaku sepanjang kita melakukan intermittent fasting.




Jika dilihat pada time line, autophagy hanya bermula selepas IF selama 20jam dan kemuncaknya selepas IF selama 72jam iaitu 3 hari (tanpa makanan hanya minum sahaja).
Jadi bukan mudah untuk mencapai autophagy ye. Cara yang paling mudah untuk mencapai manfaat autophagy adalah dengan berpuasa.


Apa itu autophagy?

Autophagy adalah satu proses penting di mana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan lapar. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10jam. 
Apabila sedang berpuasa proses autophagy akan memecahkan protein dan kompenen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.
Bukan itu sahaja sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh badan dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat penting untuk
✅ Mencegah pembentukan sel kanser
✅ Mencegah penyakit berjangkit
✅ Mencegah penyakit imunologi 
✅ Mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson


Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyokong autophagy.


Di antaranya:
✔️ Mengambil produk suplemen seperti set kurus shaklee sepanjang kita berpuasa 
✔️ Elakkan pengambilan gula secara berlebihan
✔️ Dapatkan tidur yang berkualiti 
✔️ Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
✔️ Ambil lemak sihat seperti omega 3 dan minyak zaitun 
✔️ Pilih karbohidrat yang berkualiti 

Pastinya korang nak tau apa pula keburukan intermittent fasting. Di antaranya ialah:

➡️Tiada Panduan Khusus Untuk Kaedah Pemakanan Yang Betul

Intermittent Fasting ini adalah satu plan pola makanan dan tempoh waktu makan. Andai kata korang tidak ditunjuk cara yang betul untuk melakukan Intermittent Fasting dengan cara berkesan, pastinya kita akan kecewa bila mana kita tidak mencapai target yang diidamkan.

Bayangkan korang telah berusaha tapi hanya 2kg sahaja turun dalam masa 4 bulan.

Tambahan lagi cara makan semasa eating window juga memainkan peranan. Amalan suku-suku separuh semasa eating window juga digalakkan. Dan kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kalori.


➡️ Collagen Berkurang 90%



Menurut kajian Dr Berg, Intermittent Fasting akan menyebabkan penuaan kulit di mana kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan kekurangan collagen sebanyak 90%.

Ramai antara mereka yang menjalani Intermittent Fasting, bila mereka berjaya turunkan berat badan tetapi kulit mereka kendur dan nampak tua.

Ini terjadi kerana apabila kolagen berkurang dalam badan, kulit menjadi kurang elastik. Bila berat dah turun secara tak langsung akan mengubah juga penghasilan collagen dalam badan menyebabkan kulit kendur dan berkedut.


➡️ Sakit Badan, Sakit Kepala dan Sengal Otot

Ini adalah kesan buruk yang biasa dialami kepada pengamal Intermittent Fasting dan malah yang berpuasa juga. Dalam waktu tertentu badan kita akan terhidrasi kerana kekurangan bendalir dalam badan.

Simptom kekurangan bendalir mengakibatkan badan terasa sakit-sakit, sakit kepala, kejang otot, mual dan keletihan.

Namun begitu isu ini boleh diatasi dengan mengambil minuman berelektrolit supaya badan kekal terhidarat sepanjang Intermittent Fasting dan puasa.


➡️
 Kegatalan Kulit
 
Kadang-kadang akibat tempoh 12-14 jam berpuasa atau Intermittent Fasting yang dibuat mengakibatkan gejala kegatalan kulit akibat kurang bendalir dalam badan. Isu ini disebabkan kita tidak minum dalam jangka masa tertentu. Jadi badan kita dehidrasi.
 

➡️ Gangguan Tidur atau Insomnia
 
Biasanya dalam Intermittent Fasting, eating window hanya dibenarkan sebelum pukul 8 malam. Jadi, malam hari tidak dibenarkan menjamah sebarang makanan kecuali minum air.
 
Lantaran itu, ramai orang juga akan mengalami rasa lapar pada waktu malamnya.
Bahaya juga sekiranya lapar keterlaluan pada waktu malam. Diri akan rasa tertekan dan tidak boleh tidur. Bila ini berlanjutan untuk beberapa malam mengakibatkan mereka kurang tidur, stress, lemak tidak berkurangan, tenaga berkurang dan mood juga tidak menentu.

Prof Redza sendiri menyarankan untuk kita gunakan nutrien resveratrol sebagai suplemen terbaik. Dan semestinya bahan itu terdapat di dalam produk shaklee.

Dua produk shaklee yang boleh kita dapat manfaat autophagy iaitu Vivix & CoQ- Trol Plus. 

Resveratrol adalah sumber natural yang mengaktifkan autophagy selain sumber Astaxantin, Berberine, Citrus Bergamot & Tumeric.

Kombinasi jumlah sumber resveratrol dari vivix dan Coq ini menguatkan lagi keaktifan autophagy ini sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting.

Sebenarnya, kita sangat-sangat beruntung kerana suplemen terbaik shaklee sudah cukup lengkap dengan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan semasa kita berpuasa atau melakukan IF.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday 17 March 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia

Ramai yang tertanya-tanya. Ramai yang masih ragu-ragu dengan produk Shaklee. Selamat ke produk Shaklee ni? Berkesan ke?

Contohnya macam Set Kurus Shaklee yang sibuk diperkatakan tu. Betul-betul beri kesan baik ke? Selamat ke untuk pengguna?

Jom kak ja sampaikan sedikit info tentang produk Shaklee supaya tiada lagi rasa ragu pada anda semua.

Antara 7 SEBAB KENAPA SUPLEMEN SHAKLEE TERBAIK DI MALAYSIA ialah :

1. INOVASI 100TAHUN

Ye. Shaklee sudah bertapak lebih 100 tahun di dunia. Produk Shaklee yang pertama dihasilkan ialah multivitamin yang dicipta sendiri oleh Dr. Forrest C. Shaklee pengasas Shaklee Corporation. Dan sekarang ini, ianya dikenali sebagai Vitalea.


2. KAJIAN LANDMARK

Kajian landmark yang diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.



3. KAJIAN TELOMERE

Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah pemenang Hadiah Nobel dalam perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. Pihak Shaklee telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa mengambil makanan tambahan Shaklee untuk jangka masa panjang menyebabkan kadar penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


4. DIIKTIRAF SEBAGAI TRUSTED BRAND VITAMIN

Shaklee telah dinobatkan sebagai salah satu Trusted Brand Malaysia selama 2 tahun berturut-turut berdasarkan tinjauan tahunan oleh Reader's Digest Malaysia.



5. MEMPUNYAI KELULUSAN KKM DAN SIJIL HALAL

Sudah terbukti produk Shaklee adalah dijamin halal dan diiktiraf halal oleh JAKIM melalui badan badan islam luar negara yang diiktiraf. Produk Shaklee juga mempunyai kelulusan KKM. Di mana produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL#xxxxxx dan label keselamatan hologram pada pembungkusannya




6. TESTIMONI PENGGUNA

Banyak testimoni dari pengguna produk Shaklee dan testimoni ini adalah perkongsian sebenar mereka dan bukan rekaan.

7. SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI

Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya dan juga bebas gluten. Pihak Shaklee juga tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiyaan.

Kesimpulannya produk Shaklee adalah produk yang terbaik untuk semua pengguna dan suplemen terbaik di Malaysia.
Jadi, jangan rasa ragu-ragu untuk dapatkan produk Shaklee dari Kak Ja, Pengedar Shaklee anda.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Hello New You

Antara azam tahun baru yang selalu masuk list ialah target nak turunkan berat badan. Setiap bulan kita cuba letak target. Tapi seringkali gagal. Biasanya kita salahkan makanan yang sedap-sedap di Malaysia ni. Tapi tak pernah pulak kita nak salahkan diri sendiri yang tak boleh tahan nafsu makan. Hahaha...



Pelbagai kaedah dan ikhtiar yang dibuat untuk kurus. Ada yang ambil pil kurus, ada yang amalkan diet sihat, ada yang ambil suplemen dan ada juga yang bersenam. Apa cara sekalipun yang anda lakukan kena pastikan ianya selamat dan berkesan untuk jangka masa panjang.

Bagi kak ja, bulan puasa adalah bulan yang sesuai untuk kita turunkan berat badan. Kerana pada bulan ini lah kita dapat kawal pemakanan kita. 

Sebelum ni, kak ja pernah kongsi tentang SET PUASA SHAKLEE. Apa yang terkandung dalam set puasa Shaklee? Iaitu Energising Soy Protein, Cinch Shake dan Performance Drink. Jadi untuk bantu proses penurunan berat badan dengan cepat dan selamat, kak ja nak cadangkan korang ambil SET KURUS SHAKLEE.



Set kurus Shaklee ni terdiri daripada LECITHIN, HERBLAX, CINCH SHAKE dan OMEGA GUARD. Apa kebaikan setiap produk ni?

LECITHIN
 Pengemulsi daripada sumber semulajadi kacang soya.
✅ Mempercepatkan proses pemecahan lemak.
✅ Mengurangkan nafsu makan.
✅ Mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati dan menyingkirkan toksin dari hati.

HERBLAX
✅ Dipertingkatkan dengan campuran proprietari termasuk daun Senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.
✅ Menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan.
✅ Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

CINCH SHAKE
✅ Minuman yang lazat dan berkhasiat.
✅ Mengandungi leusina untuk pengurusan berat badan secara sihat dan membakar lemak tanpa kesan yo-yo.
✅ Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting.
✅ Membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing.
✅ Mengekalkan rasa kenyang.

OMEGA GUARD
✅ Membekalkan asid lemak penting omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas.
✅ Dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat.
✅ Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.


Kenapa kak ja cadangkan korang ambil SET KURUS SHAKLEE ni? 

✅ Membantu kurus dan kekal berat badan dengan cara yang lebih sihat.
✅ Membentuk tubuh badan yang menawan.
✅ Meningkatkan tenaga dan kecergasan badan.
✅ Menambah baik sistem pencernaan.
✅ Mengembalikan keyakinan diri.

Kak ja kongsikan juga TESTIMONI SEBENAR individu yang telah berjaya turunkan berat badan dengan set kurus Shaklee.





Dan yang bestnya, bulan ini Shaklee ada promosi untuk set kurus Shaklee. Tapi jangan bertangguh lagi. Promosi ini akan berakhir hujung bulan Mac 2023. 

Namun begitu, jangan lupa bersenam dan jaga pemakanan harian kita.

Jadi, kepada korang yang masih belum pernah cuba set kurus Shaklee ni, WAJIB sangat grab promosi bulan ni. Ada yang istimewa menanti korang tau.

Jom kita turunkan berat badan dengan cara yang lebih selamat dan berkesan.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit







Sunday 12 March 2023

Bestnya Dapat Duit Raya Awal

Setiap kali nak sambut raya, peranan ketua keluarga semakin mencabar. Tahun ni, InsyaAllah kita akan sambut raya dalam bulan 4.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar, memang agak sulit sedikit. Dengan anak-anak yang baru naik sekolah, dengan nak sambut Ramadhan, lepastu pulak raya. Haih.... memang pening dibuatnya. Besar belanjanya tu.




Pastinya ramai yang sudah mula mencari income tambahan. Yelah...permintaan keluarga seboleh-bolehnya cuba untuk dipenuhi. Raya pun disambut setahun sekali. Kesian pula pada ahli keluarga kalau tak dapat apa yang diingini. 

Tapi...kak ja bersyukur sangat. Sebab kak ja bakal dapat duit raya awal nanti. Bukan kak ja seorang sahaja. Tapi semua pengedar Shaklee yang layak. Tapi bukan duit raya dari kerajaan tau. Ni duit raya dari Shaklee (bonus) yang akan dibayar pada setiap 14hb setiap bulan. Syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kak ja ada duit tambahan. Dapat ringankan beban suami. 





Seronok kan dapat duit raya awal ni? Siapa yang tak suka. Semua orang suka. Duit raya awal ni sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan kita. Dan yang bestnya, duit raya ni kita boleh tetapkan berapa yang kita nak. Setiap hari pulak tu kita boleh tengok berapa jumlah bonus yang kita bakal dapat. 

Sebenarnya setiap kali nak sambut raya, kak ja memang dah buat perancangan rapi. Almaklumlah kita ni bekerja sendiri. Jadi memang perlu sangat 'financial planning' tu. Kalau tak, sesak juga dibuatnya.

Kak ja lebih suka buat persiapan awal. Senang nak budget kewangan nanti. Baju raya memang dah beli awal. Tinggal nak sediakan duit raya dan kuih raya je nanti. Duit raya awal yang Shaklee bagi tu nanti, boleh lah kak ja gunakan untuk perbelanjaan yang lain.





Sebenarnya dalam hidup ni memang kita perlukan perancangan. Jangan lah suka sangat buat kerja last minute. Ini untuk mengelakkan kita dari terbeban oleh masalah kewangan.

Korang tak berminat ke nak dapatkan duit raya awal dari Shaklee ni? Kalau nak tau caranya bagaimana, jangan segan silu hubungi kak ja ye.

KORANG TETAPKAN BERAPA DUIT RAYA YANG KORANG NAK.
KITA BUAT SAMPAI JADI.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday 10 March 2023

Set Puasa Shaklee

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita dah nak sambut bulan Ramadhan. Kak ja rasa ada lebih kurang 14 hari lagi kita nak berpuasa.





Kalau cerita bab puasa ni, macam-macam karenah yang mak-mak terpaksa hadap. Terutamanya waktu bersahur. Mana taknya, dengan kelam kabutnya nak sediakan makanan untuk sahur, nak kejutkan suami dan anak-anak lagi. Belum lagi nak mengadap anak-anak yang liat nak bangun sahur. Kak ja sendiri tak terlepas dengan insiden yang adakalanya menguji kesabaran. 

Kalau nak tau, kak ja ni memang sejenis yang tak lalu nak jamah nasi semasa sahur. Lagi satu, pernah kak ja cuba sahur dengan nasi, belum tengahari perut dah rasa lapar. Pelik kan? Tapi itulah kenyataannya.

Tapi...sejak kak ja kenal Shaklee, kak ja rasa bersyukur dan beruntung sangat. Pagi-pagi dah tak perlu nak kelam kabut lagi. Suami kak ja memang dah ada makanannya sendiri. Tapi kak ja lebih suka bancuh ESP dan performance drink masa sahur. Lepastu makan lah kurma 3 biji. Settle sahur kak ja. 





Untuk anak kak ja pulak yang jenis tak suka makan sahur ni, kak ja bancuhkan mealshake je untuk dia. Dia minumlah mealshake dan makan kurma sambil pejam mata. Haha...

Esp dan cinch yang terdapat dalam set puasa Shaklee ni sangat-sangat membantu perut rasa kenyang dan bertenaga. Individu yang ada gastrik memang digalakkan sangat untuk ambil. 
Performance drink pula kurangkan rasa dahaga lebih-lebih pada cuaca yang sangat panas sekarang ni. Maklumlah, bila berpuasa memang kita susah sangat nak minum air yang cukup. Performance drink inilah yang bantu elakkan dehidrasi dalam badan.





Jadi, kak ja nak cadangkan pada korang yang memang susah nak bangun sahur, yang susah nak telan nasi awal pagi tu...ambillah Set Puasa Shaklee.

Best ke Set Puasa Shaklee ni?
Jawapannya memang BEST sangat. Kak ja memang dah terbiasa dengan set puasa Shaklee ni. Bersahur dan berbuka dengan set puasa Shaklee ni buatkan kita rasa lebih bertenaga sepanjang berpuasa.

Semasa berbuka pun, kak ja memang jarang sangat ambil nasi. Lebih suka shake cinch cafe latte, 3 biji kurma dan sedikit kuih. Lepastu bawa performance drink semasa solat terawih. Alhamdulillah. Tak rasa lapar. Tak mengantuk. 

Kena pulak kak ja dan suami memang berniaga sendiri. Dan masa kami memang banyak habis atas jalan sahaja ke sana sini. Dah tentunya kami perlukan tenaga lebih dan mudah rasa dahaga. Tapi, set puasa Shaklee ni banyak sangat bantu kak ja jalani ibadah puasa dengan selesa.

Jadi, kak ja cadangkan kepada korang yang belum pernah ambil set puasa Shaklee ni, WAJIB cuba.

Insyaallah, ibadah puasa kita lebih tenang dan lebih bertenaga.

Kak ja share kan juga testimoni Set Puasa Shaklee ni.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit