Wednesday 22 March 2023

Keburukan intermittent fasting

Intermittent fasting merupakan salah satu diet yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan individu yang mengamalkan diet IF mendapat kesan yang cepat apabila dilakukan secara berdisiplin. 

Namun begitu, kita hanya mengetahui tentang kebaikan intermittent fasting tanpa mengetahui tentang keburukannya.





Sebelum saya kongsi tentang keburukan intermittent fasting saya kongsikan dahulu sedikit info yang saya dapat semasa mengikuti kelas Prof Dr Redza baru baru ini.

Ini antara apa yang berlaku sepanjang kita melakukan intermittent fasting.




Jika dilihat pada time line, autophagy hanya bermula selepas IF selama 20jam dan kemuncaknya selepas IF selama 72jam iaitu 3 hari (tanpa makanan hanya minum sahaja).
Jadi bukan mudah untuk mencapai autophagy ye. Cara yang paling mudah untuk mencapai manfaat autophagy adalah dengan berpuasa.


Apa itu autophagy?

Autophagy adalah satu proses penting di mana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan lapar. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10jam. 
Apabila sedang berpuasa proses autophagy akan memecahkan protein dan kompenen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.
Bukan itu sahaja sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh badan dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat penting untuk
✅ Mencegah pembentukan sel kanser
✅ Mencegah penyakit berjangkit
✅ Mencegah penyakit imunologi 
✅ Mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson


Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyokong autophagy.


Di antaranya:
✔️ Mengambil produk suplemen seperti set kurus shaklee sepanjang kita berpuasa 
✔️ Elakkan pengambilan gula secara berlebihan
✔️ Dapatkan tidur yang berkualiti 
✔️ Bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
✔️ Ambil lemak sihat seperti omega 3 dan minyak zaitun 
✔️ Pilih karbohidrat yang berkualiti 

Pastinya korang nak tau apa pula keburukan intermittent fasting. Di antaranya ialah:

➡️Tiada Panduan Khusus Untuk Kaedah Pemakanan Yang Betul

Intermittent Fasting ini adalah satu plan pola makanan dan tempoh waktu makan. Andai kata korang tidak ditunjuk cara yang betul untuk melakukan Intermittent Fasting dengan cara berkesan, pastinya kita akan kecewa bila mana kita tidak mencapai target yang diidamkan.

Bayangkan korang telah berusaha tapi hanya 2kg sahaja turun dalam masa 4 bulan.

Tambahan lagi cara makan semasa eating window juga memainkan peranan. Amalan suku-suku separuh semasa eating window juga digalakkan. Dan kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kalori.


➡️ Collagen Berkurang 90%



Menurut kajian Dr Berg, Intermittent Fasting akan menyebabkan penuaan kulit di mana kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan kekurangan collagen sebanyak 90%.

Ramai antara mereka yang menjalani Intermittent Fasting, bila mereka berjaya turunkan berat badan tetapi kulit mereka kendur dan nampak tua.

Ini terjadi kerana apabila kolagen berkurang dalam badan, kulit menjadi kurang elastik. Bila berat dah turun secara tak langsung akan mengubah juga penghasilan collagen dalam badan menyebabkan kulit kendur dan berkedut.


➡️ Sakit Badan, Sakit Kepala dan Sengal Otot

Ini adalah kesan buruk yang biasa dialami kepada pengamal Intermittent Fasting dan malah yang berpuasa juga. Dalam waktu tertentu badan kita akan terhidrasi kerana kekurangan bendalir dalam badan.

Simptom kekurangan bendalir mengakibatkan badan terasa sakit-sakit, sakit kepala, kejang otot, mual dan keletihan.

Namun begitu isu ini boleh diatasi dengan mengambil minuman berelektrolit supaya badan kekal terhidarat sepanjang Intermittent Fasting dan puasa.


➡️
 Kegatalan Kulit
 
Kadang-kadang akibat tempoh 12-14 jam berpuasa atau Intermittent Fasting yang dibuat mengakibatkan gejala kegatalan kulit akibat kurang bendalir dalam badan. Isu ini disebabkan kita tidak minum dalam jangka masa tertentu. Jadi badan kita dehidrasi.
 

➡️ Gangguan Tidur atau Insomnia
 
Biasanya dalam Intermittent Fasting, eating window hanya dibenarkan sebelum pukul 8 malam. Jadi, malam hari tidak dibenarkan menjamah sebarang makanan kecuali minum air.
 
Lantaran itu, ramai orang juga akan mengalami rasa lapar pada waktu malamnya.
Bahaya juga sekiranya lapar keterlaluan pada waktu malam. Diri akan rasa tertekan dan tidak boleh tidur. Bila ini berlanjutan untuk beberapa malam mengakibatkan mereka kurang tidur, stress, lemak tidak berkurangan, tenaga berkurang dan mood juga tidak menentu.

Prof Redza sendiri menyarankan untuk kita gunakan nutrien resveratrol sebagai suplemen terbaik. Dan semestinya bahan itu terdapat di dalam produk shaklee.

Dua produk shaklee yang boleh kita dapat manfaat autophagy iaitu Vivix & CoQ- Trol Plus. 

Resveratrol adalah sumber natural yang mengaktifkan autophagy selain sumber Astaxantin, Berberine, Citrus Bergamot & Tumeric.

Kombinasi jumlah sumber resveratrol dari vivix dan Coq ini menguatkan lagi keaktifan autophagy ini sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting.

Sebenarnya, kita sangat-sangat beruntung kerana suplemen terbaik shaklee sudah cukup lengkap dengan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan semasa kita berpuasa atau melakukan IF.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment