Monday 20 March 2017

Set Gout SHaklee



Ok. Harini kak ja nak sambung sikit lagi info tentang penyakit gout dan supplement yang sesuai untuk pesakit gout.

Gout terbahagi kepada 4 ;

1.  Asimptomatik
Tak rasa atau tak nampak symptom gout yang kronik.

2.  Akut Simptom gout
Gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba. Biasanya menyerang tisu lembut pada sendi.

3. Interkritikal
Merupakan gout kronik. Biasanya pesakit akan kena gout berulang-ulang, seminggu 2 kali. Pesakit berasa sangat sakit dan kaki menjadi bengkak. Pesakit juga akan demam dan merasa tidak sedap badan.

4. Tofus
Gout yang berlaku apabila terdapat pembentukan benjolan kecil pada kulit. Tofus apabila terlalu besar boleh pecah dan mengeluarkan serpihan pasir macam kristal.

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout.


1. Makanan laut – ikan, kerang, ikan bilis.
2. Makanan yang tinggi kandungan purine (ie :kangkung, daun ubi, kacang buncis, asparagus, cauliflower, bayam)
3. Organ dalam binatang
4. Makanan yang ada yis (ie : donut, roti)
5. Pisang
6. kekacang seperti soya, kacang tanah, kacang hijau, tauge, tempe, tauhu
7. Makanan diawet.

Siapa yang berisiko kena gout?

1. Lelaki atau perempuan yang berusia 40 – 50 tahun ke atas.
2. Keturunan ada gout.
3. Individu yang tak jaga pemakanan.
4. Wanita putus haid.
5. Individu yang ambil ubat diabetes, ubat tahan sakit, ubat sakit jantung.

Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat…. Anda boleh mencuba Suplemen Shaklee untuk membantu anda mengurangkan serangan gout yang berfokus kepada penyingkiran asid urik daripada badan anda. 

Vitamin Shaklee untuk penyakit gout :




Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.


Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.


Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan…Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


Membantu meningkatkan keselesaan sendi supaya kuat dan flexible serta menyokong pergerakan.


Ostematrix

Menjaga ketumpatan, kekuatan dan kesihatan tulang.



PERINGATAN
Pesakit gout boleh mengambil vitamin C, tetapi jangan berlebihan. Kerana Vitamin C adalah asid askorbik yang mana kalau diambil secara berlebihan, air kencing akan jadi lebih berasid dan peratus untuk pesakit hidap batu karang lebih tinggi.

  Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Saturday 18 March 2017

Gout Dan Kesannya


Apa itu penyakit Gout?

Sejenis penyakit sendi yang terhasil dari asid uric yang berlebihan. Asid uric terbentuk secara semulajadi dalam darah yang merupakan serpihan dari pelbagai proses kimia dalam badan.




Bagaimana Penyakit Gout Terjadi?

Asid uric yang tak berguna perlu dibuang melalui buah pinggang dan keluar dari badan melalui proses perkumuhan. Bila terlalu banyak asid uric dalam badan dan tidak dibuang dari badan, maka berlakunya pengumpulan asid uric pada sendi.

Asid uric boleh berkumpul di sendi kaki (biasanya ibu jari), atau sendi tangan, lutut dan tumit.

Asid uric yang telalu tinggi dalam badan lama kelamaan akan jadi tepu dan terhasil seakan-akan pasir kecil macam kristal dalam lendiran sendi. Apabila lendiran sendi tak boleh pergi ke sendi lain atau tersekat dengan asid uric, bahagian tersebut mula bengkak dan rasa sakit.



Mana datangnya asid urik ni?

Asid urik merupakan bahan kumuh dari protein jenis purina. Protein ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.

Gout mula menyerang dari sendi kaki bila rasa sakit dan membengkak. Ada juga yang rasa panas macam pijar. Dan keadaan lebih teruk bila kita bergerak atau orang tersentuh tempat yang kena gout.

Bagaimana Gout Dikesan?

Gout boleh dikesan melalui dua cara :
1. Mengambil cairan sendi dan kesan kehadiran Kristal dalam asid uric.
2. Buat ujian darah bagi memastikan tahap asid uric dalam badan tinggi atau tidak.


Jika anda merupakan pesakit gout, di sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu :

1) Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
2) Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
3) Kekalkan berat badan yang sihat.
4) Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
5) Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.

Takde ke supplement yang sesuai untuk pesakit gout? Ada. InsyaAllah, kak ja akan kongsikan dalam entry berikutnya.

Jangan lupa jaga kesihatan.

Salam sayang penuh tulus ikhlas,

FEIZA AZIZ
Your Trusted SID



Monday 13 March 2017

Set Diabetes Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harini kak ja nak share tentang penyakit kencing manis a.k.a DIABETES. Ini antara penyakit yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Malah, ada kanak-kanak seawal usia 7 tahun dah menghidap penyakit ni. Sungguh menakutkan bukan?



Apa itu Diabetes

DIABETES adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Bacaan normal gula dalam darah adalah kurang dari 5.5 mmol/L

Kencing manis ni ada 3 jenis secara amnya:-
TYPE 1 : kencing manis juvana yang bergantung kepada insulin
TYPE 2 : kencing manis yang tidak bergantung pada insulin
TYPE 3 : kencing manis semasa mengandung. (risiko untuk bayi menjadi lebih besar dan mendapat kencing manis)



Antara tanda-tanda atau gejala yang biasa dialami oleh pesakit kencing manis ialah :

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun, seseorang individu mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Gaya hidup yang tak aktif
* Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi, kurang pengambilan makanan berserat, kerap minum minuman bergas
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Rawatan terbaik untuk kencing manis?
Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui dengan lebih lanjut penyakit yang dihidapi. Kerana mungkin simptom di atas adalah tanda masalah lain.
Walaupun sudah ramai pesakit diabetes yang sembuh dari penyakitnya setelah meninggalkan ubat dan mengambil suplemen, namun anda harus sedar bahawa hakikat suplemen adalah untuk memberi sokongan nutrisi. Ia bukanlah sejenis perawatan.
Namun, mendapatkan nutrisi yang optimum adalah penting dalam menangani kencing manis.

Cadangan Supplement Untuk Pesakit Kencing Manis


GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


VITA-LEA - Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap

Sr VITA C PLUS - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP - membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA - menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX - menghalang penglihatan kabur

Dan sekiranya anda mempunyai budget lebih, boleh ambil VIVIX sebagai alternative terbaik.
 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

  




Friday 10 March 2017

Merawat Diabetes/Kencing Manis

Zaman sekarang ni, bilangan pesakit diabetes semakin bertambah. Khususnya kita di Malaysia di mana kadar obesiti adalah antara tertinggi, menyebabkan juga pesakit diabetes bertambah. Penyakit diabetes menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan buah pinggang.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mencegah penyakit ini.

Cara Mencegah dan Merawat Diabetes / Kencing Manis
1. Bersenam


Bersenam dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sebanyak 58%. Walaupun anda telah pun menghidap diabetes, adalah sangat baik untuk senaman ini dapat dibuat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Manfaat senaman juga sangat banyak.

2. Pemakanan Seimbang

Diet bagi pesakit diabetes haruslah pemakanan yang kaya dengan nutrien, rendah lemak dan sederhana dalam kalori. Ia adalah makanan yang sihat untuk sesiapa sahaja. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa anda perlu memberi perhatian yang lebih kepada beberapa makanan terutama berkaitan karbohidrat dan gula.
Pilih makanan rendah GI untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Makanan GI rendah adalah makanan yang tidak lebih dari 55. Contoh makanan tinggi GI adalah roti putih, nasi putih dan lain-lain. Makanan tinggi GI menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak. Selepas 30 minit hingga sejam akan mula rasa mengantuk. Contoh makanan rendah GI termasuk sayuran, roti gandum penuh, oren, kacang soya.

Kacang soya adalah GI rendah. Ia membantu memberikan tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Contohnya ESP dapat membantu mengawal paras gula dalam badan dan membekalkan tenaga berpanjangan. GI bagi ESP adalah 39 sahaja, sangat rendah berbanding tembikai, kentang dan nasi putih. Sebab itu anda takkan rasa cepat letih berbanding anda mengambil nasi putih. ESP akan melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan. Justeru ESP sangat sesuai kepada mereka yang ada masalah diabetes sebagai makanan gantian atau mereka yang ingin mencegah paras gula tinggi.

3. Pengambilan Asid Lemak Omega 3

Selalunya paras kolestrol dan tekanan darah naik akan meningkatkan serangan jantung. Disebabkan itu dengan pengambilan minyak ikan omega 3 akan dapat membantu meningkatkan tahap trigiles, iaitu sejenis lemak dalam darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

Minyak ikan kami iaitu Omega Guard mempunyai 2 keistimewaan:


a. Mempunyai ketulenan yang tinggi
Menjalankan proses penyulingan molekul berperingkat justeru dapat menapis bahan berbahaya contohnya bahan logam seperti lead, plumbum dan merkuri (boleh merosakkan sel otak). Dengan mengamalkan minyak ikan Shaklee, anda tidak perlu risau masalah kontaminasi jadi ia turut sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak.
Minyak ikan Omega Guard juga menapis lemak yang tidak sihat contohnya transfat (selalunya dijumpai dalam planta atau marjerin, planta menyebabkan kolestrol meningkat dan meningkatkan risiko serangan jantung).

b. Membekalkan lebih EPA dan DHA
Omega Guard membekalkan lebih EPA dan DHA berbanding jenama lain. Setiap hidangan omega (3), anda akan mendapat 90% EPA dan DHA. Berbanding jenama lain, hanya membekalkan 30-50% EPA dan DHA sahaja

4. Makanan Tinggi Kromium

Kromium adalah mineral yang membantu insulin supaya insulin bekerja lebih efektif dan membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. Dengan kromium ini dapat mengekalkan tahap gula yang sihat.
Kromium boleh didapati daripada gandum, sayuran, telur kuning. 

Supleman daripada Shaklee untuk menambahkan tahap kromium dalam badan iaitu Vitalea. Bukan sahaja kromium, Vitalea juga mengandungi vitamin lain yang diperlukan tubuh, sebab itu ia digelar multivitamin.

18mg zat besi dalam setiap sajian (2 biji), penting untuk ibu hamil untuk hb yang stabil. Dengan teknologi microasid folik berpaten, Vitalea akan larut dalam darah anda lebih cepat.

5. Diet Yang Tinggi Dengan Polifenol Tumbuhan

Polifenol boleh membantu rencatkan AGE protein. AGE protein adalah gabungan gula berlebihan dan protein. AGE mempercepatkan penuaan dan meningkatkan risiko penyakit berkaitan penuaan lain. Contohnya diabetes.
Polifenol tumbuhan adalah sejenis bahan kimia semulajadi dalam tumbuhan dan buah-buahan. Vivix dengan 1 sudu kecil anda akan dapat 15 jenis polifenol dan resveratrol. Resveratrol adalah sejenis polifenol tumbuhan.

Bahan utama Vivix adalah purple carrotanggur muscadineelderberry, polyganum cuspaditum. Kajian menunjukkan bahan polifenol dalam tumbuhan boleh menbantutkan sebanyak 90% pertumbuhan AGE protein dalam badan berbanding resveratrol biasa dalam pasaran. Resveratrol biasa hanya 30% AGE protein dibantutkan.
Kuasa dan fungsi Vivix lebih kuat berbanding resveratrol biasa.

6. Pengambilan Asid Lemak Omega 6

Pesakit diabetes memerlukan asid lemak sihat iaitu GLA (gamma-Linolenic acid). GLA sangat penting sebagai agen anti radang. Ia dapat mengurangkan simptom sakit saraf kepada pesakit diabetes. Bagi pesakit diabetes, GLA membantu
§  Mengurangkan kekebasan dan kesakitan tapak kaki dan tangan
§  Memelihara kesihatan sistem saraf
§  Mengurangkan risiko kaki dan betis

 GLA juga boleh diperolehi dari sumber lain contohnya
§  Blackcurrent oil (setitis hanya memberikan kepekatan sebanyak 15-20% sahaja)
§  Evening Primrose – memberikan 7-10% kepekatan sahaja


GLA Complex daripada Shaklee pula adalah daripada ekstrak bunga borage dan memberikan kepekatan GLA paling tinggi berbanding yang lain. Setiap titis memberikan 17 – 25% GLA.

7. Pengambilan Vitamin B6 dan B12

Vitamin B adalah makanan tambahan diperlukan pesakit diabetes untuk mengurangkan masalah sakit saraf di kalangan pesakit diabetes. 

Di Shaklee, kami mempunyai B Complex yang mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan. Selain itu ia ditambah sistem penyerapan bioaktif berpatent iaitu ia sangat mudah larut di dalam badan.
Selalunya vitamin B jenama lain dipasaran mempunyai kadar penyerapan yang sangat rendah. Penyerapan lemah menyebabkan badan tidak dapat menyerap vitamin B sebaiknya.

8. Pengambilan Vitamin C

Pengambilan vitamin C adalah untuk mengurangkan level sorbitol. Sorbitol adalah sejenis gula yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Sorbitol akan terkumpul di dalam sel, mengakibatkan ia menjejaskan sel anda contohnya sel mata, sel buah pinggang dll.
Pengambilan vitamin C dapat mencegah gula dalam darah daripada ditukarkan kepada sorbitol, sebaliknya ia akan ditukarkan kepada tenaga.

Vita C Shaklee adalah 500mg bagi setiap tablet. Ini penting untuk sistem penyerapan berterusan iaitu membantu memastikan vitamin C akan dilepaskan sebanyak 100mg ke dalam badan, setiap jam. Ditambah dengan 120mg bioflavonoid ia dapat melindungi tablet vitamin C daripada aktiviti oksidasi dan seterusnya meningkatkan vitamin C.

9. Tingkatkan sistem imun

Sistem imun akan rendah disebabkan oleh kepekatan darah yang tinggi mengakibatkan pesakit diabetes yang sakit atau luka, sukar untuk sembuh. Dengan pengambilan Nutriferon, ia dapat menguatkan sistem imun anda dengan menggalakkan pengeluaran interferon secara semulajadi dalam badan.

Interferon umpama security guard dalam bank, interferon akan diaktifkan apabila sel diserang oleh virus atau bakteria. Interferon akan mewujudkan sistem imun untuk menghapuskan bakteria dan virus yang menyerang badan.


Kepada pembaca yang ingin mendapatkan set diabetes Shaklee, boleh lah terus hubungi kak ja.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 60196175288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang