Saturday, 18 March 2017

Gout Dan Kesannya


Apa itu penyakit Gout?

Sejenis penyakit sendi yang terhasil dari asid uric yang berlebihan. Asid uric terbentuk secara semulajadi dalam darah yang merupakan serpihan dari pelbagai proses kimia dalam badan.




Bagaimana Penyakit Gout Terjadi?

Asid uric yang tak berguna perlu dibuang melalui buah pinggang dan keluar dari badan melalui proses perkumuhan. Bila terlalu banyak asid uric dalam badan dan tidak dibuang dari badan, maka berlakunya pengumpulan asid uric pada sendi.

Asid uric boleh berkumpul di sendi kaki (biasanya ibu jari), atau sendi tangan, lutut dan tumit.

Asid uric yang telalu tinggi dalam badan lama kelamaan akan jadi tepu dan terhasil seakan-akan pasir kecil macam kristal dalam lendiran sendi. Apabila lendiran sendi tak boleh pergi ke sendi lain atau tersekat dengan asid uric, bahagian tersebut mula bengkak dan rasa sakit.



Mana datangnya asid urik ni?

Asid urik merupakan bahan kumuh dari protein jenis purina. Protein ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.

Gout mula menyerang dari sendi kaki bila rasa sakit dan membengkak. Ada juga yang rasa panas macam pijar. Dan keadaan lebih teruk bila kita bergerak atau orang tersentuh tempat yang kena gout.

Bagaimana Gout Dikesan?

Gout boleh dikesan melalui dua cara :
1. Mengambil cairan sendi dan kesan kehadiran Kristal dalam asid uric.
2. Buat ujian darah bagi memastikan tahap asid uric dalam badan tinggi atau tidak.


Jika anda merupakan pesakit gout, di sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu :

1) Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
2) Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
3) Kekalkan berat badan yang sihat.
4) Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
5) Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.

Takde ke supplement yang sesuai untuk pesakit gout? Ada. InsyaAllah, kak ja akan kongsikan dalam entry berikutnya.

Jangan lupa jaga kesihatan.

Salam sayang penuh tulus ikhlas,

FEIZA AZIZ
Your Trusted SID



No comments:

Post a Comment