Sunday 26 February 2023

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Sebelum terjebak dengan dunia Shaklee ni, kak ja dah pernah buat macam-macam bisnes. Jual pakaian, jual makanan, jual tudung, jual perfume dan macam-macam lagi lah. Tapi semuanya tak kekal lama pun. Buat sekejap, lepastu cuba bisnes lain pulak. Modal jangan cakaplah. Memang banyak lebur macam tu je.

Maklumlah, orang dah biasa bekerja dan ada gaji setiap bulan. Bila tiada income, rasa macam kusut sangat fikiran ni. Bila jumpa kawan-kawan, rasa down je. 

Sampailah kak ja diperkenalkan dengan Shaklee oleh sepupu sendiri. Tapi kak ja tak terus buat bisnes masa tu. Kak ja jadi pengguna dulu. Bila dah rasa serasi, dah dapat kesan yang baik, barulah kak ja perlahan-lahan buat bisnes Shaklee. Itupun kak ja ambil masa bertahun tau baru cuba buat bisnes Shaklee ni. 

Tapi dalam banyak-banyak bisnes yang kak ja pernah buat, inilah bisnes yang paling best. Yang paling kak ja suka. Yang paling kak ja jatuh cinta. Sebab apa? Banyak sebabnya. Antaranya...

1. Bisnes Shaklee ni sangat adil dan telus. Sebab apa kak ja cakap macam tu? Ok..teruskan membaca ye. 
Dalam bisnes Shaklee ni, sifirnya mudah je. Siapa yang buat bersungguh-sungguh dia yang akan dapat hasilnya. Tiada istilah orang bawah kerja keras, orang atas goyang kaki dapat hasil. Kalau orang atas tidur, hasil yang akan dia dapat setaraf dengan 'usaha'nya tu. Tak mustahil untuk downline rank up awal bila dia usaha bersungguh-sungguh berbanding upline mereka. Malah, bonus yang Shaklee bayar sangatlah lumayan tanpa ada limit. Best ke best?

2. Komuniti bisnes Shaklee ni sangatlah best sebab kita bergerak secara berkumpulan. Bila sesuatu perkara tu dibuat secara berkumpulan, semangat tu lebih berkobar-kobar.




3. Dapat merapatkan ukhwah silaturrahim. Selama ni bila buat bisnes lain atau bekerja, kak ja lebih banyak menyendiri. Konon-kononnya untuk lebih fokus pada kerja. Tapi ternyata salah. 

4. Komuniti bisnes Shaklee ni best sebab kita dikelilingi para pemimpin perniagaan yang sangat hebat dari seluruh Malaysia. Mereka inilah yang banyak membantu beri semangat, berkongsi cerita motivasi dan berkongsi ilmu tanpa mengira pangkat dan dari team mana.




5. Dalam komuniti bisnes Shaklee ni, kami memang terapkan sikap saling bantu membantu bila menyertai apa-apa program atau projek. Kalau ikutkan kami ni dari team yang berbeza. Tapi perkara itu semua bukan halangan untuk kami untuk saling bekerjasama.

6. Walaupun buat bisnes yang sama (Shaklee), tetapi tiada sedikit pun rasa iri hati pada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Malah, kami saling menyokong antara satu sama lain. Kami membantu bukan untuk kepentingan individu semata-mata.

7. Di dalam komuniti bisnes Shaklee ni juga, kami tidak beratkan pada bisnes semata-mata. Tapi saling mengingatkan tentang keseimbangan dunia dan akhirat juga.




8. Pihak Shaklee juga sering mengadakan kelas, event dan program untuk semua pengedar dan pemimpin Shaklee. Masa ini lah kami dapat berkumpul beramai-ramai bersama pemimpin-pemimpin teratas dan pihak pengurusan. Seronoknya tak terkata sebab kami seolah-olah seperti satu keluarga yang besar yang tidak ada batasan dalam berkongsi ilmu dan pendapat.



9. Dan yang paling best, Shaklee tak pernah terlepas menghadiahkan trip percuma (fully sponsored) pada pengedar Shaklee yang layak. Bayangkan betapa seronoknya bila dapat sertai trip percuma ni. Segala-galanya percuma tau.

Jadi, kalau korang rasa bisnes Shaklee adalah bisnes semata-mata, korang silap. Sertai team kami dan rasailah pengalaman yang berharga bersama-sama. 

Jom sekarang!







Friday 24 February 2023

Bestnya Blog Mega Shaklee 1.0

Alhamdulillah. 
Satu minggu yang lepas kak ja dapat join projek Blog Mega Shaklee 1.0. Korang tau tak? Pada mulanya kak ja sendiri rasa macam tak yakin tau boleh ke nak join program yang dianjurkan oleh Master Norita dan moderator hebat Master Salwa Zeyn. Almaklumlah, blog dah lah lama tak update. Lepastu kak ja ni bukan orang yang pandai sangat nak menulis. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau tak cuba kita tak tau kan. So, kak ja pun redah je lah.




Dapat pulak sparring partner yang sangat-sangat supportive. Walaupun tak pernah kenal dan bukan dari team yang sama, tapi kami saling beri pendapat dan bantu antara satu sama lain. Memang best sangat lah. Hadiah yang ditawarkan pun agak lumayan jugak tau.

Tapi bukan hadiah yang jadi ukuran. Bagi kak ja, sekiranya ada rezeki kak ja dah tertulis untuk menang, maka ada lah rezeki tu. Betul tak?

So, kak ja pun join lah projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni. Pada mulanya, memang lah nervous jugak. Mana taknya. Yang sertai projek ni ada dari kalangan Master2 hebat. Blogger² hebat. Tapi kak ja tetap yakin dengan diri sendiri. Buatnya pun santai² je. Tak perlu nak tergesa² sangat. Yang penting, task yang diberikan siap pada waktu yang ditetapkan. Dalam masa yang sama, blog kak ja pun ter'update'. Tak lah lagi bersawang 🤭.




Sebenarnya bila kita buat sesuatu secara berkumpulan, dia punya perasaan tu lain tau. Kita rasa bersemangat dan rasa ingin menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Sifat berlumba tu memang ada. Itu tak dinafikan.

Semua peserta beri kerjasama yang baik. Saling bantu membantu. Pihak moderator, pihak penganjur pun turut sama membantu. 

Kak ja memang bersyukur sangat sebab diberi peluang sertai projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni. Antara sebabnya, banyak idea yang datang mencurah-curah dan kak ja dikelilingi oleh leaders yang hebat dan very supportive. Dan banyak ilmu baru yang kak ja dapat tentang blog.

Terima kasih Allah atas izinNya.
Terima kasih pihak penganjur, Master Norita.
Terima kasih moderator, Master Salwa Zeyn.

Semoga ada rezeki kak ja untuk terus berada dalam projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula. Aaaminn...

Bagi korang yang tak pernah cuba produk Shaklee atau nak tau lebih lanjut tentang produk Shaklee, boleh cari kak ja.


                                       Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang





 


 

I

 






Tuesday 14 February 2023

Set Kurus Shaklee Paling Laris

 Kalau sebut pasal kurus, inilah topik yang paling best. Pastinya semua individu suka. Mana ada orang yang tak suka kurus. Banyak kebaikan dan kelebihan bila kurus ni, nak cari saiz pakaian senang. Nak lakukan apa-apa aktiviti pun tiada masalah. Kurang masalah kesihatan. Dan yang penting cantik mata memandang. 

 

 

 




 

Jadi, apa yang mereka lakukan bila nak turunkan berat badan ni? Kaedah paling popular adalah dengan kaedah diet. Diet pun ada macam-macam jenis diet. Ada diet Intermittent Fasting. Ada diet keto. Ada diet suku-suku separuh. Ada diet detoks. Dan ada juga yang buat puasa sunat sahaja.

 

Namun begitu, lain individu lain pulak cara mereka untuk turunkan berat badan. Ada yang ambil suplemen dan ada juga yang mengambil pil kurus untuk dapatkan kesan yang cepat. Tetapi, pastikan suplemen yang diambil itu selamat dan tidak berbahaya pada tubuh badan. Tidak semestinya dapat hasil yang cepat dan berkesan, ianya selamat pada si pengguna. Semak dahulu kandungan yang terdapat dalam suplemen tu. 

 

Pengambilan suplemen semasa tempoh diet amat penting bagi memastikan nutrien cukup dalam badan. Maklumlah, bila kita diet ni ada sahaja makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dikurangkan kuantitinya. Jadi, kak ja nak cadangkan pada anda semua set kurus shaklee yang semakin popular sekarang ni.

 

 





Ini dia SET KURUS SHAKLEE.

Apa kebaikan setiap produk ni?

Jom teruskan membaca. Kak ja terangkan satu persatu.

 

1.             CINCH CHOCOLATE

 - Kaya dengan protein dan kalsium.

 - Mengandungi 24vitamin dan mineral yang perlu untuk badan

 - Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian.

  - Makanan tanpa kolesterol.

 - Rendah Indeks Glisemik (GI).

 - Rasanya yang lazat dan berkhasiat.

 - Tinggi leucine (bantu bina otot yang lebih tegap).

 



2.             OMEGA GUARD

- Membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega 3 tulen.

- Melalui penyulingan molekul berganda

- Meningkatkan kadar metabolisma.


 

3.             HERB-LAX

- Membantu proses penyingkiran lemak.

 

4.             LECITHIN

- Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi.

- Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga.

 

APA LAGI YANG BEST PASAL SET KURUS SHAKLEE NI?

      

Menguruskan berat badan dengan cara yang lebih sihat.

 

Dan untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kak ja sarankan untuk tambah VIVIX di dalam set kurus shaklee.

 

 



 

Ini kerana vivix mengandungi Polifenol yang membantu mengawal paras gula dan membantu mengurangkan ‘sugar craving’.

Dan sekiranya korang nak baca lebih lanjut lagi tentang set kurus shaklee boleh layari blog ni. 

 

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

 

 

 

Thursday 9 February 2023

DIET KURUS DAN SIHAT DENGAN INTERMITTENT FASTING (IF)

 

 

Pernah dengar diet IF? Mestilah pernah kan.

Sekarang ni Intermittent Fasting (IF) ni merupakan salah satu diet yang semakin mendapat perhatian di Malaysia tau. Bukan setakat kita yang golongan marhaen ni je yang buat IF. Golongan selebriti pun mencuba juga IF ni. Dan kak ja sendiri pernah cuba buat diet IF ni. Hasilnya? Alhamdulillah, memang memuaskan.

 

APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF)?


Intermittent fasting (IF) adalah satu kaedah diet di mana kita perlu ‘berpuasa’ dan hanya makan pada tempoh masa tertentu. Ha..macam mana pulak tu?

 

 







 

Dengan cara yang lebih mudah faham, Intermittent Fasting (IF) ni lebih menumpukan bila waktu untuk kita makan dalam tempoh yang terhad. Jadi dengan cara ini,dapat merehatkan perut, hati dan usus kita dalam tempoh masa kita ‘berpuasa’.


Intermittent Fasting ni bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi juga turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh ber'puasa'.


Cumanya, Intermittent Fasting (IF) ni sangat best sebab kita masih dibolehkan untuk minum pada tempoh waktu ‘berpuasa’ bagi mengelakkan dehidrasi. Berbeza tau dengan puasa sebenar. Di mana kita tak boleh langsung makan dan minum pada waktu berpuasa. Best kan?

 

 

BAGAIMANA NAK MULAKAN INTERMITTENT FASTING?

 

Ok, bagi yang nak cuba buat Intermittent Fasting ni, sebenarnya ada banyak cadangan jadual IF yang boleh kita ikuti. Antara kaedahnya :

Puasa 12 jam, makan 12jam

Puasa 16 jam, makan 8 jam

Puasa 20 jam, makan 4 jam

 





Tapi untuk yang baru nak mula berjinak-jinak dengan Intermittent Fasting (IF) ni, kak ja cadangkan buatlah 12:12 dahulu. Iaitu puasa 12 jam, makan 12 jam. Ini jadual yang sesuai untuk ‘beginner’. Maknanya kalau kali terakhir kita makan pukul 8.00 malam, esok jam 8.00 pagi barulah kita ambil sarapan. Sebenarnya kan, semasa kita tidur malam, itu dah tempoh kita ‘berpuasa’ sebab kita tidak makan. Jadinya, tempoh kita makan memang dah kurang. Tau-tau je dah tinggal 3 jam je kita ‘berpuasa’. Tetapi semasa tempoh ‘berpuasa’ tu, boleh je minum macam biasa. Tapi pastikan minuman yang tidak mengandungi gula atau susu. Paling senang, minum lah air masak je.


Bila dah biasa dan rasa sesuai dengan tempoh 12:12, bolehlah lebihkan masa berpuasa kepada 16jam. Sebenarnya, lagi lama kita ‘berpuasa’, lagi bagus dan lagi cepat untuk kita mendapat hasil yang terbaik.


Tetapi kena ingat, dalam tempoh makan perlulah juga kita jaga pemakanan. Tidaklah bermaksud boleh makan apa sahaja tanpa mengambil kira keperluan kalori kita. Kalau macam tu, tak menjadi lah Intermittnet Fasting kita tu. Kena kurangkan pengambilan makanan yang bergula, makanan berproses dan makanan yang berminyak. Digalakkan sangat untuk ambil makanan yang 0 kalori. Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi sumber protein dan sayur-sayuran. Jadi, ini akan mengurangkan rasa lapar pada pengamal. Atau korang boleh juga amalkan teh hijau. Sebab teh hijau ni sangat-sangat membantu mengurangkan rasa ‘craving’.

 

Tapi…walaupun mengamalkan diet Intermittent Fasting, janganlah lupa untuk buat sedikit senaman. Sebab dengan senaman juga membantu proses pembakaran lemak dengan cepat. Baru lah cepat dapat capai target yang diidamkan.

 

Walau bagaimanapun, Intermittent Fasting ni tidak semestinya berkesan untuk semua orang kerana masing-masing mempunyai jenis badan yang berbeza. Nak lagi best, cubalah buat secara berkumpulan. Cari group support atau partner yang dapat buat bersama-sama.  Kerana bila sesuatu kita lakukan secara berkumpulan, insyaAllah hasilnya lagi mantap.

 

Kalau nak dapatkan info lebih lanjut tentang Inttermittent Fasting ni, boleh juga baca artikel di sini.

 

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeseremban
#pengedarshakleesenawang
 

                                                                     


ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

 



 

Tuesday 7 February 2023

Tips diet sihat








Pagi² kak ja suka sangat bancuh ESP + Life Shake Matcha.

Kak ja suka bancuh sejuk2.

Sedap je bila teguk air sihat ni 😋.

Kenyang pun kenyang tau.


Lagi 1, bila dah minum ESP Matcha ni, perut pun rasa kenyang je.

Sebab kedua²nya ni tinggi dengan sumber protein non GMO.

So, takde lah craving sangat.

Maklumlah, makhluk bernama perempuan dengan makanan berpisah tiada 😂.


Jadi, korang yang tak tau nak sarapan apa...shake² je ESP dan life shake ni.





Kurus dapat.

Sihat dapat.

Cantik pun dapat 😍.


#blogmegashaklee 

#shakleethrive2023 

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleeseremban 

#pengedarshakleesenawang 

#readystock


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Monday 6 February 2023

Pengedar Shaklee Seremban

 Assalamualaikum semua.

Tak tau mana nak cari produk Shaklee?

Jangan segan silu untuk hubungi kak ja.