Friday 24 February 2023

Bestnya Blog Mega Shaklee 1.0

Alhamdulillah. 
Satu minggu yang lepas kak ja dapat join projek Blog Mega Shaklee 1.0. Korang tau tak? Pada mulanya kak ja sendiri rasa macam tak yakin tau boleh ke nak join program yang dianjurkan oleh Master Norita dan moderator hebat Master Salwa Zeyn. Almaklumlah, blog dah lah lama tak update. Lepastu kak ja ni bukan orang yang pandai sangat nak menulis. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau tak cuba kita tak tau kan. So, kak ja pun redah je lah.




Dapat pulak sparring partner yang sangat-sangat supportive. Walaupun tak pernah kenal dan bukan dari team yang sama, tapi kami saling beri pendapat dan bantu antara satu sama lain. Memang best sangat lah. Hadiah yang ditawarkan pun agak lumayan jugak tau.

Tapi bukan hadiah yang jadi ukuran. Bagi kak ja, sekiranya ada rezeki kak ja dah tertulis untuk menang, maka ada lah rezeki tu. Betul tak?

So, kak ja pun join lah projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni. Pada mulanya, memang lah nervous jugak. Mana taknya. Yang sertai projek ni ada dari kalangan Master2 hebat. Blogger² hebat. Tapi kak ja tetap yakin dengan diri sendiri. Buatnya pun santai² je. Tak perlu nak tergesa² sangat. Yang penting, task yang diberikan siap pada waktu yang ditetapkan. Dalam masa yang sama, blog kak ja pun ter'update'. Tak lah lagi bersawang 🤭.




Sebenarnya bila kita buat sesuatu secara berkumpulan, dia punya perasaan tu lain tau. Kita rasa bersemangat dan rasa ingin menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Sifat berlumba tu memang ada. Itu tak dinafikan.

Semua peserta beri kerjasama yang baik. Saling bantu membantu. Pihak moderator, pihak penganjur pun turut sama membantu. 

Kak ja memang bersyukur sangat sebab diberi peluang sertai projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni. Antara sebabnya, banyak idea yang datang mencurah-curah dan kak ja dikelilingi oleh leaders yang hebat dan very supportive. Dan banyak ilmu baru yang kak ja dapat tentang blog.

Terima kasih Allah atas izinNya.
Terima kasih pihak penganjur, Master Norita.
Terima kasih moderator, Master Salwa Zeyn.

Semoga ada rezeki kak ja untuk terus berada dalam projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula. Aaaminn...

Bagi korang yang tak pernah cuba produk Shaklee atau nak tau lebih lanjut tentang produk Shaklee, boleh cari kak ja.


                                       Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang





 


 

I

 






No comments:

Post a Comment