Sunday, 26 February 2023

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Sebelum terjebak dengan dunia Shaklee ni, kak ja dah pernah buat macam-macam bisnes. Jual pakaian, jual makanan, jual tudung, jual perfume dan macam-macam lagi lah. Tapi semuanya tak kekal lama pun. Buat sekejap, lepastu cuba bisnes lain pulak. Modal jangan cakaplah. Memang banyak lebur macam tu je.

Maklumlah, orang dah biasa bekerja dan ada gaji setiap bulan. Bila tiada income, rasa macam kusut sangat fikiran ni. Bila jumpa kawan-kawan, rasa down je. 

Sampailah kak ja diperkenalkan dengan Shaklee oleh sepupu sendiri. Tapi kak ja tak terus buat bisnes masa tu. Kak ja jadi pengguna dulu. Bila dah rasa serasi, dah dapat kesan yang baik, barulah kak ja perlahan-lahan buat bisnes Shaklee. Itupun kak ja ambil masa bertahun tau baru cuba buat bisnes Shaklee ni. 

Tapi dalam banyak-banyak bisnes yang kak ja pernah buat, inilah bisnes yang paling best. Yang paling kak ja suka. Yang paling kak ja jatuh cinta. Sebab apa? Banyak sebabnya. Antaranya...

1. Bisnes Shaklee ni sangat adil dan telus. Sebab apa kak ja cakap macam tu? Ok..teruskan membaca ye. 
Dalam bisnes Shaklee ni, sifirnya mudah je. Siapa yang buat bersungguh-sungguh dia yang akan dapat hasilnya. Tiada istilah orang bawah kerja keras, orang atas goyang kaki dapat hasil. Kalau orang atas tidur, hasil yang akan dia dapat setaraf dengan 'usaha'nya tu. Tak mustahil untuk downline rank up awal bila dia usaha bersungguh-sungguh berbanding upline mereka. Malah, bonus yang Shaklee bayar sangatlah lumayan tanpa ada limit. Best ke best?

2. Komuniti bisnes Shaklee ni sangatlah best sebab kita bergerak secara berkumpulan. Bila sesuatu perkara tu dibuat secara berkumpulan, semangat tu lebih berkobar-kobar.




3. Dapat merapatkan ukhwah silaturrahim. Selama ni bila buat bisnes lain atau bekerja, kak ja lebih banyak menyendiri. Konon-kononnya untuk lebih fokus pada kerja. Tapi ternyata salah. 

4. Komuniti bisnes Shaklee ni best sebab kita dikelilingi para pemimpin perniagaan yang sangat hebat dari seluruh Malaysia. Mereka inilah yang banyak membantu beri semangat, berkongsi cerita motivasi dan berkongsi ilmu tanpa mengira pangkat dan dari team mana.




5. Dalam komuniti bisnes Shaklee ni, kami memang terapkan sikap saling bantu membantu bila menyertai apa-apa program atau projek. Kalau ikutkan kami ni dari team yang berbeza. Tapi perkara itu semua bukan halangan untuk kami untuk saling bekerjasama.

6. Walaupun buat bisnes yang sama (Shaklee), tetapi tiada sedikit pun rasa iri hati pada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Malah, kami saling menyokong antara satu sama lain. Kami membantu bukan untuk kepentingan individu semata-mata.

7. Di dalam komuniti bisnes Shaklee ni juga, kami tidak beratkan pada bisnes semata-mata. Tapi saling mengingatkan tentang keseimbangan dunia dan akhirat juga.




8. Pihak Shaklee juga sering mengadakan kelas, event dan program untuk semua pengedar dan pemimpin Shaklee. Masa ini lah kami dapat berkumpul beramai-ramai bersama pemimpin-pemimpin teratas dan pihak pengurusan. Seronoknya tak terkata sebab kami seolah-olah seperti satu keluarga yang besar yang tidak ada batasan dalam berkongsi ilmu dan pendapat.



9. Dan yang paling best, Shaklee tak pernah terlepas menghadiahkan trip percuma (fully sponsored) pada pengedar Shaklee yang layak. Bayangkan betapa seronoknya bila dapat sertai trip percuma ni. Segala-galanya percuma tau.

Jadi, kalau korang rasa bisnes Shaklee adalah bisnes semata-mata, korang silap. Sertai team kami dan rasailah pengalaman yang berharga bersama-sama. 

Jom sekarang!







No comments:

Post a Comment