Friday 1 March 2019

Cara Mudah Atasi Ruam Lampin


Apakah Itu Ruam dan Puncanya?


Ruam biasanya akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan merengsakan terutamanya di bahagian pelipat seperti di celah kelangkang, kemaluan, punggung, bahagian leher dan peha bayi.

Sekiranya dijangkiti kuman, kawasan ruam akan kelihatan sangat merah, diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok. Ruam ini dipenuhi bintil-bintil kecil pada bahagian yang dijangkiti.

Kebiasaannya ruam berlaku kepada kulit bayi yang sensitif terhadap:

Air kencing – Lampin dipakai terlalu lama. Bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan menyebabkan lapisan pelindungan kulit musnah. Oleh itu, kulit akan menjadi merah dan berlaku keradangan.
Najis – Najis bayi menjadi sedikit berasid bergantung kepada pemakanan bayi dan ubat ubatan tertentu.
Bahan Kimia – Sabun mandian dan sabun membasuh lampin mungkin mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kerengsaan kepada bayi. Oleh itu, gunakan sabun khas untuk bayi anda.

Macam mana mahu tahu bayi terkena Ruam Lampin?
Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Tips Penjagaan Kulit Bayi Yang Terkena Ruam

1. Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan kering.
Dedahkan bahagian terkena ruam pada udara terutamanya apabila ruam sudah kelihatan atau menjadi semakin teruk.
2. Kerap menukar lampin bayi.



Jangan biarkan air kencing terlalu lama sehingga lampin menjeruk. Tukar lampin dengan segera apabila lampin sudah kotor atau basah
3. Kurangkan penggunaan sabun
Jangan mencuci bahagian yang terkena ruam dengan kerap. Sebaiknya hanya menggunakan air suam untuk mencuci sisa kencing atau berak bayi.
4. Elakkan penggunaan bedak “TALKUM”
Bedak akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Sesetengah bedak memerangkap air termasuklah peluh bayi. Bedak dan peluh yang terkumpul di bahagia pelipat menyebabkan kulit merengsa. Anda boleh menggunakan bedak yang diperbuat daripada cornstarch.
5. Elakkan membasuh insert bagi cloth diapers dengan sabun pencuci
Khas untuk mereka yang menggunakan cloth diapers, elakkan penggunaan sabun pencuci yang berbau wangi dan pelembut pakaian. Cukup sekadar membuang sisa, rendam dengan air suam dan bilas beberapa kali.
6. Longgarkan lampin
Jangan pakaikan lampin pada bayi terlalu ketat. Pastikan bayi selesa untuk pergerakan dan kulit boleh bernafas.
7. Breastfeding
Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum. Ini secara tidak langsung menjadikan bayi anda lebih kuat dan kental.

Petua Merawat Ruam Agar Bayi Kembali Ceria

1.    Tepung Ubi
Hanya bancuhkan tepung ubi dan sapu pada bahagian ruam. Mudah dan selamat. Ia membantu masalah kulit termasuklah masalah melecet dan jerawat. Ia sejuk apabila disapukan pada kulit dan memberikan rasa selesa kepada bayi.
2.    Minyak Zaitun
Kaya dengan vitamin E dimana merawat ia membantu merawat kulit yang rosak dan mengurangkan rasa kerengsaan pada bayi.

3.    Penggunaan Nappy Rash Cream
Terdapat pelbagai krim untuk ruam bayi yang terdapat di pasaran. Sebagai ibu bapa, kita perlulah mencari yang bersesuaian dengan kulit bayi.

4.    Herbal Blend Multipurpose Cream Untuk Ruam Kulit Bayi



Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenis ubat untuk merawat ruam pada bayi di pasaran sekarang dan sesetengahnya mengandungi bahan steroid. Walaupun ia menyembuhkan ruam bayi,adakah anda pasti bahawa krim tersebut tidak menipiskan kulit bayi?

Kulit bayi sangat lembut dan sensitive. Sekiranya kulit bayi menipis, ia akan mengundang penyakit kulit yang lain pula. Oleh itu, jangan biarkan anak anda terus menderita dengan krim yang digunakan sekarang.

Apa Yang Istimewa Mengenai Herbal Bland Cream ini?

1.    Satu tube Herbal Bland 113g ini tahan lama dan berbaloi-baloi dengan harganya.
Hanya RM 37.50 sahaja. Cuma perlukan sapuan nipis sahaja pada kulit.
2. Herbal Blend Cream dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary.
3. BEBAS dari paraben dan juga bahan kimia berbahaya. Jadi, ianya selamat untuk bayi anda. Boleh disapu di muka, tangan, kaki, celah ketiak, mana-mana pun boleh kerana ianya selamat.


Pastikan setiap rumah ada sekurang-kurangnya 1 tiub Krim Herbal Blend ni.


KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment