Thursday 22 October 2015

Set Hamil Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee.

Terlebih dahulu TAHIAH kerana anda sedang hamil. Ini adalah masa yang sangat menyeronokkan untuk pasangan suami isteri terutamanya yang telah lama menanti kehadiran cahayamata..





Anak itu adalah anugerah yang tidak ternilai, hadiah yang tidak boleh didapati dari mana-mana. Sebab itu, ibu-ibu perlu membelai dan menjaga mereka sejak dari dalam kandungan lagi.

Namun begitu, ibu hamil sering berasa lesu dan kurang bertenaga kesan daripada selera makan yang kurang dan sering loya di awal kehamilan. Pembentukan janin pada awal kehamilan amat penting untuk menentukan tahap kesihatan dan survival janin tersebut di akhir kehamilan. Ibu yang kurang bertenaga dan makan yang tidak terjaga akan mendapat nutrien yang kurang, dan ini boleh menjejaskan kesihatan janin dalam tubuh. Walaupun ibu kurang berselera sekalipun, ibu harus memastikan makan secukupnya supaya nutrien dapat disalurkan kepada janin. Namun, bukanlah mudah untuk melepasi fasa pertama kehamilan ini terutama ibu yang mengalami alahan yang teruk. Dan Alhamdulillah bagi mereka yang langsung tidak mengalami sebarang alahan.

Ibu yang bijak semestinya ingin memastikan diri terus kekal bertenaga dan berselera untuk kebaikan anak di dalam perut. Sebab itulah SET KEHAMILAN atau SET MENGANDUNG SHAKLEE didatangkan lengkap untuk memenuhi keprluan ibu dan anak dari kehamilan trimester 1 hingga 3.


Apakah Masalah Utama dihadapi Ibu Mengandung?

Walaupun tanda- tanda dan masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung tidak sama, simptom paling biasa ialah


1.                  Rasa mual dan pening luarbiasa di waktu pagi (Morning Sickness)
2.                  Alahan teruk seperti gatal gatal (pernah berlaku pada saya)
3.                  Kurang selera makan 
4.                  Kerap muntah dan loya menyebabkan badan tidak bermaya
5.                  Kekurangan sel darah merah atau Anemia. 
6.                  Kelihatan pucat lesi. Lebih diburukkan lagi dengan ketiadaan selera
7.                  Mudah rasa letih dan rasa malas
8.                  Cepat marah dan mudah menangis

Kenapa Ramai Ibu Jatuh Cinta Kali Kedua Dengan Set Mengandung ni?

Berkesan ke set mengandung shaklee
 ni?
Orang kata tak kenal  maka tak cinta kan? Aku dah makan banyak buah dan sayur. Tak perlulah vitamin ni semua. Buang duit je kan.

Ha…salah tu, vitamin dari sayur dan buah sebenarnya tak tahan lama. Sayur yang dimasak mudah kehilangan zatnya disebabkan api dan bahang. Buah yang dikupas kehilangan vitamin c hanya kerana terdedah dengan udara.


Lebih lebih lagi masa hamil, kita perlukan banyak vitamin dan nutrien yang penting untuk diri dan janin kita.


Makanan Terbaik Amalan Ibu Mengandung Untuk Bayi dalam Kandungan

Semasa mengandung, diet amalan ibu mengandung sangat-sangat penting.
Sekiranya kurang mengambil berat soal ini, akan timbul banyak komplikasi lain semasa tempoh kehamilan.

Malah lebih teruk lagi, ia akan berlarutan di luar fasa mengandung.


Apa Kebaikan Dan Kelebihan Set Mengandung Shaklee Amalan Ibu Mengandung ?

Semasa mengandung, perubahan hormon berlaku di dalam tubuh. Jadi antara kesannya ialah rasa loya yang menyebabkan morning sickness.


Jadi, pengambilan set mengandung shaklee semasa trimester 1,2 dan 3 akan membantu kita menikmati detik indah semasa mengandung.




Set mengandung shaklee ni adalah seperti dibawah

Bagi trimester 1 (Usia kandungan 1~3 bulan)

Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
B Complex (asid folik)
Vitamin C
Ostematrix (pil kalsium)

Bagi trimester 2 & 3 (Usia kandungan 4~9 bulan)
Vitalea ( multivitamin dengan zat besi)
B Complex (asid folik)
Vitamin C
Ostematrix (pil kalsium)
Omega Guard

Nak lagi best makan ESP sekali sebab membantu penyerapan semua zat dari vitamin ni.


Semua produk shaklee ini dalam bentuk yang mudah dimakan dan dihadam.

Namun begitu, ibu hamil perlu diingatkan bahawa perlu BERHENTI AMBIL OMEGA GUARD pada 2 minggu terakhir sebelum melahirkan anak. Ini kerana omega guard membantu mencairkan darah dan risiko tumpah darah boleh berlaku jika diambil 2 minggu sebelum tarikh due. 

Manfaat Setiap Item Dalam Set Hamil Shaklee

ESP Shaklee


1.                  Membekalkan protein untuk membina sel, tisum enzim dan otot ibu dan baby dalam kandungan.
2.                  Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan
3.                  Mengurangkan risiko janin menjadi cacat
4.                  Membantu penghasilan susu badan


Vitalea with iron (multivitamin) 120 biji

1.                  Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. Elakkan pitam dan anemia (kekurangan sel darah merah)
2.                  Wajah tidak kelihatan pucat 


Vitamin B Complex 120 biji

1.                  Membantu mengawal tekanan
2.                  Mengelakkan pigmentasi pada kulit
3.                  Membantu kelembapan kulit.
4.                  Membantu pembebasan tenaga dari makanan 
5.                  Penting untuk pembentukan darah dan hormon


Vitamin C 90 biji

1.                  Membantu bekalkan keperluan vitamin c harian tubuh
2.                  Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser
3.                  Tiada pengawet dan pewarna. 


Omega Guard 90biji

1.                  Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi
2.                  Membantu mengawal stress pada ibu
3.                  Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak.


Ostematrik 120 biji

1.                  Membekalkan kalsium untuk membina tulang dan sel bayi
2.                  Mengelakkan kekejangan otot dan  sakit badan
3.                  Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas
4.                  Menstabilkan denyutan jantung

Sekiranya ada keperluan khas, mungkin nak cuba beberapa supplement sahaja..boleh berbincang dengan saya mengikut budget anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

No comments:

Post a Comment