Saturday 31 October 2015

Jom Jadi Peniaga Online Yang Bijak.


Berniaga Online sememangnya menjadi kegilaan @ trend masa kini. Dan jika anda menceburi bidang ini, pastinya ada cabaran dan persaingan yang kadangkala boleh buat diri kita rasa tergugat atau rasa seolah-olah tidak mahu meneruskan biz tersebut lagi.
Bagi anda yang sedang menjalankan atau baru ingin berjinak2 dalam biz Online ni, saya kongsikan di sini beberapa tip untuk anda agar mampu bertahan dan kekal success dalam biz online anda.







TIP 1 : KUMPUL DATABASE PROSPEK
Prospek ialah mereka yang mempunyai potensi untuk menjadi bakal pembeli produk anda samada produk lama atau produk baru yang bakal anda lancarkan.
Sebagai contoh, untuk mengumpul ramai prospek, anda boleh menawarkan pemberian percuma kepada para pelawat laman web jualan anda. Jika anda menjual produk ubat kurus, anda boleh menawarkan laporan atau promosi semasa secara percuma kepada prospek melalui nama dan email yang mereka tinggalkan.
Lebih ramai prospek yang anda berjaya kumpul, lebih besar ruang untuk berlaku pembelian. Jika ditanya kepada usahawan-usahawan internet yang berjaya, mereka selalunya mempunyai lebih dari 20,000 senarai database di dalam mailing list mereka.


TIP 2 : MENDAHULUKAN PERKONGSIAN
Penjual yang bijak tidak akan terus menerpa seseorang dan terus menawarkan kepada orang tersebut produk-produk jualan mereka. Kebiasannya mereka akan memulakan perbualan terlebih dahulu atau bertanya beberapa perkara kepada pelanggan.
Anda digalakkan untuk menghantar email atau sms berbentuk informasi dan tip secara percuma  terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk membina perhubungan dan kepercayaan antara prospek dengan anda.


TIP 3 : FOKUS UNTUK MEMBANTU
Apa sekalipun tujuan anda membina empayar perniagaan internet, usahakan mempunyai niat untuk membantu orang ramai. Jika anda hanya melihat tujuan utama adalah untuk mengaut keuntungan, maka ia tidak akan berpanjangan.


TIP 4 : MEMBINA JARINGAN NETWORK
Ini adalah tip yang terpenting jika mahu perniagaan anda terus kekal lama. Cuba jalinkan kerjasama dengan mereka yang sudah berpengalaman dan mempunyai tapak yang kukuh dalam perniagaan online. Dengan mengadakan ikatan networking dengan mereka seperti ini, anda mampi menaikkan bisnes anda ke peringkat yang lebih tinggi.


TIP 5 : SENTIASA TAMBAH ILMU
Teknik pemasaran yang 2.. 3.. tahun lalu yang sangat berkesan, kini mungkin tidak lagi efektif. Jika dulu untuk mendapatkan kedudukan TOP 10 di Google adalah sangat mudah. Tetapi hari ini dengan kewujudan beribu-ribu pesaing, ia menjadi semakin sukar. Macam tu juga dengan Facebook. Kalau dulu, dengan mengumpul beribu-ribu ‘LIKE’ pada fanpage, anda dah boleh dapat ribuan ringgit. Tapi, sekarang ni belum tentu lagi.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa kemas kini ilmu tentang produk dan ilmu dalam menjalankan biz online.


TIP 6 : KEKALKAN MOMENTUM MOTIVASI
Ada masanya motivasi akan kekal menegak dan adakalanya akan merudum. Jika motivasi dah mula tenggelam timbul, cari sedikit kelainan dengan berehat, membaca buku, melakukan hobi dan menikmati percutian. Tapi ingat, jangan berehat terlalu lama (lebih dari 3 hari), takut nanti hilang terus motivasi diri.
Setelah segalanya pulih, teruskan berusaha untuk memastikan kejayaan menjadi milik anda


TIP 7 : BEKERJA SEPENUH JIWA
Apabila bekerja dengan sepenuh jiwa raga, anda tidak akan berkira dengan jumlah jam kerja. Jadikan pejabat di rumah sebagai satu tempat terapi minda yang menyeronokkan. Apabila anda rasa seronok di tempat kerja, secara tidak langsung ada mampu focus dan kekal konsisten bekerja.


TIP 8 : SOKONGAN & KRITIKAN KEKALKAN MOTIVASI
Jangan mudah marah atau kecil hati apabila mendapat kritikan atau teguran yang adakalanya tidak munasabah. Cuba buat analisa kepada setiap kritikan yang diterima. Lakukan perubahan jika terima kritikan yang bernas. Jangan sesekali patah semangat apabila menerima teguran yang menyakitkan hati.

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita semua untuk lebih success dalam perniagaan kita.

Selamat beramal!





No comments:

Post a Comment