Thursday 1 June 2017

Tips Atasi Masalah Senggugut

Siapa sini yang selalu alami senggugut?

Apa itu senggugut?


Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea (satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali datang period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Namun begitu, kak ja yakin kebanyakan kaum perempuan pernah alami senggugut ni kan? Dulu, masa zaman bujang memang selalu sangat lah datang senggugut ni. Pernah kak ja sampai tertonggeng-tonggeng, berguling-guling tahan sakit. Dengan rasa tak selesa nya lagi. Allah je lah yang tau.

Abah sampai bawak kak ja pergi farmasi beli ubat tahan sakit. Makan sebiji, adalah dalam 2 bulan tak kena senggugut. Tapi, bulan berikutnya senggugut datang balik.

Alhamdulillah, lepas kenal Shaklee, masalah senggugut tiada lagi.

Tapi, sebelum tu kak ja nak share sikit lah tips untuk atasi rasa sakit akibat senggugut. Mana tau, sedikit sebanyak boleh membantu korang kan.

1. Amalkan sikap positif dan bertenang
 Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

2. Awasi pengambilan garam dalam makanan 
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makan seperti ini beberapa hari sebelum haid.

3. Gunakan Pad Pemanas. 
Pad pemanas biasanya ada dijual di farmasi dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah dan sering diajar oleh mak-mak kita ialah tuam bahagian perut denga menggunakan botol berisi air suam. Korang juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

4. Minum Air Suam 
Elakkan minum ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.

5. Urutan 
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan lembut. Korang juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

Tips di atas adalah bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Tetapi untuk menghilangkan atau merawat senggugut, kita memang perlu mulakan dari dalam iaitu dengan pengambilan supplemen.

Produk Shaklee juga mencadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu untuk mengatasi masalah senggugut ini.

InsyaAllah. Kak ja akan share dengan kalian semua Set Senggugut Shaklee untuk entri akan dating.


Salam sayang,

Feiza Aziz


No comments:

Post a Comment