Saturday 3 June 2017

Gejala dan Tips Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum.

Dalam entri yang lepas, kak ja dah kongsikan secara terperinci tentang penyakit tekanan darah tinggi. Ok. Kali ini nak share pula tentang tekanan darah  rendah. Sebelum itu, mari kita rujuk kembali Carta Tekanan Darah di  bawah:-





“Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.

Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.”


Ketahui Faktor dan Penyebab Tekanan Darah Rendah

Apakah faktor yg menyebabkan tekanan darah rendah?



1.      Emosi
2.      Tahap tekanan
3.      Aktiviti fizikal
4.      Keadaan semasa (cth: demam)
5.      Saiz badan
6.      Posisi badan
7.      Makanan yang diambil
8.      Suhu persekitaran

Antara penyebab tekanan darah rendah adalah:-

Ø  kurang kuantiti darah: cecair yang mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh dikawal
Ø  dehidrasi: kandungan cecair dalam badan berkurang kerana muntah atau cirit-birit yang teruk
Ø  masalah jantung: denyutan jantung yang agak cepat/lambat dan keadaan otot yang lemah
Ø  keadaan semasa hamil: ibu yang mengalami tekanan darah rendah mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang
Ø  paras gula yang rendah
Ø  penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid
Ø  kesan sampingan daripada ubat-ubatan
Ø  faktor genetik

Tekanan darah rendah juga berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti:-

·         penyakit jantung koronari
·         lemah jantung
·         masalah injap jantung
·         penyakit buah pinggang
·         kencing manis yang tidak terkawal
·         paras gula rendah
·         penyakit berkaitan sistem endokrin seperti tiroid



Pesakit Darah Rendah Boleh Pitam atau Pengsan Sekiranya Bekalan Darah Ke Otak Tidak Mencukupi

“Tekanan darah rendah boleh menyebabkan organ-organ badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi.  Sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak, pesakit boleh pitam atau pengsan apabila otak tidak menerima bekalan darah yang diperlukan.

Apakah cara mengatasi/mengawal tekanan rendah?


ü  bangun dari duduk/baring secara perlahan
ü  tidak berdiri terlalu lama (terutamanya di bawah matahari)
ü  diet yang rendah karbohidrat
ü  banyakkan minum air masak
ü  elakkan minum beralkohol
ü  jika perlu, tambahkan pengambilan garam secara tidak berlebihan
ü  senaman secara teratur

Pernah ke korang terasa hendak pitam selepas duduk terlalu lama atau tundukkan kepala? Selain itu, pernah tak korang mengalami gejala seperti ini?

·         cepat lelah
·         pening kepala ketika posisi badan berubah
·         sukar untuk berkonsentrasi
·         mata berkunang-kunang
·         mual
·         kulit terasa dingin
·         pucat dan lembap
·         pernafasan cepat dan pendek
·         berpeluh sejuk
·         cepat haus

Kalau jawapannya adalah YA ini bermakna korang seorang penghidap hipotensi atau tekanan darah rendah.

Selain itu, Shaklee juga menawarkan set tekanan darah rendah khusus buat mereka yang menghidap masalah tekanan darah rendah.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh terus whatsapp kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


No comments:

Post a Comment