Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.
Monday, 17 July 2023
Kerja dari rumah beri pendapatan lumayan
Friday, 30 June 2023
Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan
JERAGAT
Bila sebut tentang jeragat, ini salah satu perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Sebabnya ianya sedikit sebanyak mengganggu penampilan orang perempuan. Jeragat ni juga seolah-olah menandakan yang seseorang tu sudah meningkat usia. Maka, berlumba-lumbalah mereka ni cari produk yang boleh hilangkan jeragat dengan cepat tanpa fikirkan kesan jangka panjang.
Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu jeragat, punca dan cara untuk mengatasinya.
Apa itu jeragat?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata
PUNCA JERAGAT BERLAKU
Bagaimana jeragat boleh berlaku? Ini antara punca timbulnya jeragat.
TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI
Jika anda jenis banyak berjemur di bawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.
2. PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA
Kulit anda juga akan mudah ditumbuhi jeragat jika tidak mengamalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Tak perlukan modal yang sangat besar. Tapi perlukan kerajinan. Apakah dia penjagaan asas kulit muka?
Setiap hari pastikan anda:
* Mencuci muka
* Memakai penyegar ( toner )
* Memakai pelembab
Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar kulit sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan minyak yang boleh mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.
3. FAKTOR USIA
Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh di muka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kak ja ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.
4. FAKTOR KETURUNAN
Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama.
5. PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah. Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.
Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.
6. PENGGUNAAN ALAT SOLEK DAN PRODUK KECANTIKAN
Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual di pasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat di wajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.
7. TEKANAN PERASAAN
Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan mengganggu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.
8. PERSEKITARAN YANG TERCEMAR
Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Pencemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.
Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.
Itulah dia antara punca jeragat yang ramai wanita tak perasan.
Bagaimana cara atau petua untuk atasi jeragat?
Ada pelbagai cara dan petua yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah jeragat. Di antaranya ialah :
1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH
Antara petua hilangkan jeragat ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sekurang-kutangnya sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, dengan mencuci muka dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci muka yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.
2. ALOE VERA
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-
- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Menghilangkan jeragat.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah. Campurkan lendir aloe vera dengan madu. Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
3. LEMON
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. Ia boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.
Caranya ialah:-
Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka). Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.
4. GUNAKAN SERBUK KUNYIT
Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang berjeragat. Kemudian, tunggu sehingga ia kering. Amalkan tips ini seminggu sekali dan anda akan dapat lihat perubahannya.
5. TEH HIJAU
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini bersifat antioksida yang juga boleh membantu menyelesaikan masalah jeragat.
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.
6. DIET PEMAKANAN SIHAT
Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.
Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat. Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah. Malah mengganggu penampilan kita dan menyebabkan kita rasa rendah diri.
7. PENGAMBILAN SUPLEMEN
Dan akhir sekali, petua hilangkan jeragat ialah dengan pengambilan set jeragat Shaklee dan set Youth Shaklee untuk hasil yang lebih berkesan. Ini kerana sebenarnya jeragat ni perlu ‘dirawat’ dari peringkat dalaman.
Bagi anda yang nak dapatkan produk Shaklee, jangan segan silu contact kak ja ye.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.
#NextLevelBlogging
Monday, 19 June 2023
Amalan Gaya Hidup Sihat
‘Amalkan gaya hidup sihat.’
Inilah ayat yang sering kita dengar.
Tahu tak korang? Amalan gaya hidup sihat ni sebenarnya harus
dimulakan dari awal untuk mencegah penyakit yang tidak diingini. Pengambilan
makanan secara tak terkawal, serta gaya hidup tidak sihat boleh memberi kesan
kepada kesihatan anda pada jangka masa panjang. Tinggi kolestrol dan kadar gula
dalam darah yang tinggi merupakan antara faktor utama masalah kesihatan. Malah
ini antara masalah kesihatan yang paling ‘popular’ di kalangan rakyat Malaysia.
Jadi, bagaimana untuk mencegahnya
dan memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang? Jom ikuti
beberapa tips mudah ini.
1. Amalkan
Makanan Yang Lengkap Nutrisi & Seimbang
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga
pemakanan seharian kita. Makan secara sihat adalah menjadi keutamaan semua orang.
Makanan seimbang yang bernutrisi lengkap dengan kuantiti suku-suku separuh elok
diamalkan untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan
badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung
dan kencing manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau
beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan
kuat. Malah membantu mengawal berat badan dan menjadikan tulang lebih kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui
peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah
mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.
3. Kurangkan
Makan Makanan Yang Tinggi Gula
Kebanyakan hidangan manis mengandungi lemak dan tinggi
kalori berbanding buah-buahan atau makanan berkarbohidrat yang lain. Jadi, ia
tidak elok diambil secara berlebihan sebab dah tentu ia adalah faktor penting
dalam meningkatkan paras gula dalam darah. Dalam erti kata lain, makin banyak
kita makan benda manis, makin tinggilah kadar gula dalam darah. Bak kata orang
melayu, kurangkan makanan makin tapi lebihkanlah manis dalam senyuman.
4. Dapatkan Tidur Atau Rehat Yang Cukup
Mendapatkan tidur yang cukup adalah penting bagi memastikan
kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Samalah seperti anda mendapatkan
rehat, jika tubuh dan otak asyik berkerja, mestilah boleh menjejaskan tahap
kesihatan anda.
5. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga
kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk
membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat
yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau
dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Sebenarnya bila kita berada dalam persekitaran yang bersih, secara tidak
langsung ianya mempengaruhi emosi dan mental kita.
6. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat
pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital
kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh
megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam
keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali setahun.
7. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Jauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum
arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang
mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh
menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada
kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan
kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan
mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.
8. Pengambilan Suplemen Atau Vitamin
Dan yang terakhir sekali, jangan lupa untuk ambil
suplemen sebagai pelengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya
pengambilan suplemen juga penting untuk tubuh badan kita. Ianya bagi memastikan
badan kita mendapat nutrisi yang cukup agar hidup lebih sihat dan ceria.
Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan
yang lebih baik di masa depan.
Sekiranya korang berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi kak ja.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.
Wednesday, 14 June 2023
Pengedar Shaklee Seremban, Senawang, Port Dickson
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua.
Bagi yang belum pernah menjejaki blog kak ja, pasti korang tertanya-tanya siapalah si empunya blog ni kan? Macam mana lah orangnya. Apa kerja dia?
Ha...mehlah sini. Kak ja nak perkenalkan diri.
Nama sebenar Kak Ja Nuur Feiza Naquieb binti Mohd Aziz. Kak ja merupakan isteri kepada seorang suami dan ibu kepada seorang anak dara yang comel. Kak ja merupakan Pengedar Shaklee bagi kawasan Seremban dan Senawang. Kadang-kadang lajak jugak ke Rembau dan Port Dickson. Kak ja dah join Shaklee ni sejak tahun 2013 lagi. Lepas lahirkan anak dara kak ja tulah kak ja mula kenal Shaklee. Dan sehingga sekarang kak ja masih aktif berbisnes Shaklee.
Sebenarnya seronok tau buat bisnes Shaklee. Dapat berjumpa dan berkawan dengan ramai orang. Dan yang paling penting dapat bantu orang lain hidup lebih sihat dan selamat dengan produk Shaklee. Boleh baca artikel ni nanti.
Customer kak ja pun tak lah terhad setakat kawasan Seremban dan Senawang je. Tapi seluruh Malaysia. Cumanya yang dekat ni boleh lah kak ja cod. Yang jauh kita guna perkhidmatan abam kurier. Ha..gitu.. Tak susah pun kan?
Dan kak ja memang biasanya ada ready stock untuk produk-produk tertentu. Maklumlah, bila nak cod ni customer pastinya nak cepat kan. So, bila ada ready stock ni memang untung sangat. Bantu mudahkan urusan customer kita.
Jadi, korang yang tengah cari produk Shaklee atau sedang cari bisnes yang sesuai untuk jana pendapatan, boleh lah cari kak ja pengedar Shaklee yang sah.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.