Monday, 19 June 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat

 

‘Amalkan gaya hidup sihat.’

Inilah ayat yang sering kita dengar.




Tahu tak korang? Amalan gaya hidup sihat ni sebenarnya harus dimulakan dari awal untuk mencegah penyakit yang tidak diingini. Pengambilan makanan secara tak terkawal, serta gaya hidup tidak sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan anda pada jangka masa panjang. Tinggi kolestrol dan kadar gula dalam darah yang tinggi merupakan antara faktor utama masalah kesihatan. Malah ini antara masalah kesihatan yang paling ‘popular’ di kalangan rakyat Malaysia.

Jadi, bagaimana untuk mencegahnya dan memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang? Jom ikuti beberapa tips mudah ini.

 

1.  Amalkan Makanan Yang Lengkap Nutrisi & Seimbang




Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Makan secara sihat adalah menjadi keutamaan semua orang. Makanan seimbang yang bernutrisi lengkap dengan kuantiti suku-suku separuh elok diamalkan untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

 

2.  Bersenam atau Beriadah




Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Malah membantu mengawal berat badan dan menjadikan tulang lebih kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

 

3.  Kurangkan Makan Makanan Yang Tinggi Gula

Kebanyakan hidangan manis mengandungi lemak dan tinggi kalori berbanding buah-buahan atau makanan berkarbohidrat yang lain. Jadi, ia tidak elok diambil secara berlebihan sebab dah tentu ia adalah faktor penting dalam meningkatkan paras gula dalam darah. Dalam erti kata lain, makin banyak kita makan benda manis, makin tinggilah kadar gula dalam darah. Bak kata orang melayu, kurangkan makanan makin tapi lebihkanlah manis dalam senyuman.

 

4.  Dapatkan Tidur Atau Rehat Yang Cukup 

Mendapatkan tidur yang cukup adalah penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Samalah seperti anda mendapatkan rehat, jika tubuh dan otak asyik berkerja, mestilah boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.

 

5.  Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sebenarnya bila kita berada dalam persekitaran yang bersih, secara tidak langsung ianya mempengaruhi emosi dan mental kita.

 

6.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali setahun.

 

7.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

Jauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.

 

8. Pengambilan Suplemen Atau Vitamin

Dan yang terakhir sekali, jangan lupa untuk ambil suplemen sebagai pelengkap nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya pengambilan suplemen juga penting untuk tubuh badan kita. Ianya bagi memastikan badan kita mendapat nutrisi yang cukup agar hidup lebih sihat dan ceria.



Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih baik di masa depan.

Sekiranya korang berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi kak ja.



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

 

 

No comments:

Post a Comment