Friday, 2 June 2023

Kata-kata Motivasi Diri

Perjalanan hidup ni tak semudah seperti yang kita sangkakan. Hidup ni macam roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. Adakalanya kita gembira, adakalanya kita berduka. Adakalanya kita sihat, ada kalanya kita sakit. Adakalanya kita berharta, adakalanya kita kesempitan. Inilah lumrah kehidupan. 


Namun, jangan sesekali kita menyalahkan takdir. Allah ciptakan kita sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini. Takkan kita masih nak bersangka buruk dengan Maha Pencipta kita.

Untuk berjaya dalam hidup, perlukan banyak pengorbanan. Kak ja ambil contoh diri kak ja sendiri. Kak ja dilahirkan dalam keluarga yang hidup dalam serba serbi sederhana. Ikutkan masa kak ja kecil dulu, kehidupan kami bukanlah senang mana pun. Dengan abah seorang yang bekerja. Gaji pulak masa tu besar mana kan? Dengan adik beradik 6 orang yang sedang membesar. Mak pula kadangkala buat kuih dan nasi lemak untuk dijual. Dapatlah bantu abah serba sedikit.

Tapi, kak ja memang salute betul dengan mak. Sedikit pun tak pernah mengeluh. Mak sangat sabar dan tabah. Walaupun mak hanya surirumah, tapi mak cukup berjimat cermat orangnya. Pandai atur keperluan rumah dengan baik.

Dan sekarang, Alhamdulillah mak abah dah boleh hidup selesa. Tapi itulah, jiwa orang bisnes ni lain. Masih tetap nak berjualan walaupun segala-galanya dah cukup. Itu sebab kak ja pun suka berbisnes. Sedikit sebanyak darah bisnes mengalir juga dalam diri ni.


Kak ja pernah bekerja sebelum ni. Tapi terpaksa lepaskan jawatan yang dipegang tu atas alasan tersendiri. Perlahan-lahan kak ja bantu suami berniaga. Sambil tu kak ja buat juga bisnes online yang lain. Macam-macam produk yang kak ja jual. Tapi tak lama mana pun. Give up. Memang ada rasa tu dalam diri. Kadang-kadang terfikir, kenapa perjalanan hidup aku tak semudah orang lain? Kenapa aku perlu hadap semua ni?

Sehinggalah akhirnya kak ja serius nak buat bisnes Shaklee. Dan sehingga ke harini kak ja masih setia dengan Shaklee sambil meneruskan perniagaan hakiki. Berniaga ni bukan mudah. Banyak modal yang diperlukan. Kena rajin. Bila kita usaha lebih, maka lebihlah ganjaran yang kita bakal dapat. Jika tidak, sebaliknya. 


Satu je..apa pun yang kita lakukan kena SABAR dan RAJIN. Yakinlah, bahawa setiap apa yang berlaku, semua dengan izin Allah. Tiada satu pun di atas muka bumi ini yang bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dariNya.

Ingat! Allah dah susun jalan hidup kita dengan begitu cantik sekali. Jangan pernah berputus asa. Teruskan melangkah walaupun pernah jatuh banyak kali. Cari individu yang boleh memberikan kata-kata motivasi. Yang boleh menaikkan semangat. Yakin! Allah sentiasa bersama kita.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023





1 comment:

  1. Hidup indah bila dikelilingi orang-orang dan kata-kata yang baik, Tq share Kak Ja :)

    ReplyDelete