Saturday, 7 July 2018

Cara Rawat HFMD Dengan Mudah


Assalamualaikum.


Harini kak ja nak share sikit lah pengalaman kak ja menjaga anak yang dijangkiti penyakit HFMD. Ni memang cara yang paling mudah nak rawat HFMD.

Mulanya kak ja memang tak sedar pun yang Maira (5 tahun) boleh terkena penyakit ni. Antara tanda-tanda awalnya, Maira mula demam (27/6). Tapi demamnya tak berapa tinggi dan on off. Jadi, esok harinya (28/6)  kak ja dah suruh dia bersekolah macam biasa.



Balik sekolah, dia tunjuk tapak kakinya yang merah-merah, kak ja sangkakan dia kena gigit nyamuk atau chicken pox. Tapi check kat tapak tangan dan seluruh badan, takde pulak bintik-bintik merah tu. Tapi dia mengadu sakit kepala, sakit perut dan sakit dalam mulut.


Bintik-bintik di kaki


Ada sehari tu Maira muntah sampai 3 kali. Tapi dia OK je. Tak lemah pun. Cuma kak ja risau bila dia mengadu sakit kepala. Terdetik juga dalam hati, apa pulak penyakit dia ni sampai sakit kepala. Time ni, kak ja sapukan je baby oil Shaklee kat perut dan kepala Maira. Alhamdulillah, dia rasa lega sikit.



Sabtu (30/6) kitorang ada jemputan kahwin kat Pagoh. Boleh sempat lagi pegi jemputan tu. Haha..Lagipun Maira nampak sihat je. Tak mengadu sakit pun. Ha..masa tu lah baru kak ja tau yang Maira kena HFMD. Itupun sebab anak buah husband yang bagitau. Sebab anak-anak dia semua kena. La…rupa-rupanya Maira ‘dapat’ penyakit tu masa balik kenduri kahwin kat Palong. Huhuhu…Terus hilang ceria haritu. Sikit-sikit kak ja check seluruh badan Maira. Risau cepat melaratnya.

Balik rumah, kak ja sapukan Maira dengan Herbal Blend Cream. Nasib baik Chew C masih ada stok kat rumah. So, bagi dia 2 biji sehari. Mandikan Maira dengan air campuran Basic H. Alhamdulillah, bintik-bintik tu tak naik banyak kat badan Maira. Cuma ulser kat tekak dia je yang lambat sikit nak baik. Pegi klinik untuk dapatkan MC. Nah..duduk lah bertapa kat rumah seminggu.

Surat MC

Basic H & Herbal Blend Cream

Chewable Vita C Plus


Syukur sangat2. Jumaat (6/7) Maira dah pegi sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Boring duduk rumah katanya.

Jadi,  bagi ibubapa yang ada bayi dan anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD Shaklee ini di rumah anda ye. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan utk merawat bayi dan anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat.




Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288

COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



Thursday, 5 July 2018

Omega Guard Legakan Hidung Berdarah


Pernah tak anak-anak mak semua sering selsema? Selalu batuk? Sukar bernafas?
Mungkin keadaan persekitaran yang menjadi faktor kepada masalah-masalah ni. Kali ni kak ja nak share testimoni seorang ibu yang mengamalkan Omega Guard untuk anak nya. Alhamdulillah, tiada lagi masalah lendir dan hidung berdarah.

[ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG DAN LENDIR BERDARAH]


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera.



Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan.

Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin.

Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu.

Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu berdarah. Kadang kala darah keluar dari hidung pada waktu malam ketika sedang tidur lena. Saya hanya perasan darah kering di pipi Adam dan cadar penuh dengan darah pada sebelah pagi. Pernah darah keluar banyak dan terdapat ketulan darah yang membimbangkan saya. Perkara ini berlarutan sehingga umur Adam 2 tahun 7 bulan.

Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, saya beritahu masalah hidung berdarah kepada doktor. Doktor maklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku apabila anak-anak selesema dan ketika suhu badan panas.
Pertengahan tahun 2017, Adam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan batuk selesema yang berpanjangan. Doktor mengesahkan Adam mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah.., betapa sedihnya saya ketika itu. Anak sekecil Adam terpaksa duduk dalam wad, menahan sakit jarum suntikan dan setiap kali perlu ambil darah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya setiap kali mendengar Adam meronta-ronta minta dilepaskan. 5 hari berkampung di hospital dan akhirnya Adam dibenarkan untuk pulang.

Doktor memberi temujanji untuk berjumpa pakar ENT di hospital berikutan masalah hidung Adam yang kerap berdarah. Pada hari temujanji, doktor pakar mengesahkan tiada apa-apa yang serius pada Adam. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Namun dalam hati bertekad untuk mencari alternatif lain untuk mencegah masalah batuk, selesema punca hidung Adam selalu berdarah daripada berulang.

2 bulan lepas setelah sekian lama saya menyepi daripada team Shaklee, Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati saya untuk aktif semula bersama team OMS. Saya kembali dengan semangat baru dan berazam untuk maju dalam kerjaya SID saya. 

Melalui kelas dan bimbingan yang saya perolehi daripada mentor-mentor group OMS, saya mencuba berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee. Untuk kanak-kanak sekecil Adam yang tidak boleh menelan kapsul vitamin, saya pecahkan sebiji Omega dan masukkan dalam bancuhan susu Adam dan bagi Adam minum setiap malam sebelum tidur.

Dan hasilnya.., Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan penyelesaian untuk segala ikhtiar saya selama ini. Hidung Adam dah tak berdarah lagi. Selesema yang menjadi rakan baik Adam sebelum ini dah pergi jauh-jauh. Batuk juga semakin berkurang. Tiada lagi insiden baju dan kusyen kereta kotor dengan muntah akibat batuk berpanjangan. Adam semakin ceria, membesar dengan sihat dan aktif.

Semoga Adam sentiasa sihat walafiat dan bebas dari batuk, kahak dan selesema penyebab hidung berdarah. Alhamdulillah, syukur sebab saya dipertemukan dengan Omega Guard.

Saya juga bersyukur kerana bukan setakat Adam semakin sihat, malah saya juga dapat menjana pendapatan dengan Shaklee. Alhamdulillah.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday, 27 June 2018

Simptom, Cara Mencegah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut


Assalamualaikum semua.

Sekarang ni tengah banyak kes berkaitan penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) . Apa itu HFMD?




Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda-tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

1.             Demam (suhu yang tak berapa tinggi)
2.             Sakit Tekak
3.             Ulser pada tekak, mulut dan lidah
4.             Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
5.             Sakit kepala
6.             Sakit perut
7.             Hilang selera makan
8.             Komplikasi
9.             Muntah-muntah
10.          
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.

Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

·         Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
·         Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
·         Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
·         Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
·         Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
·         Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Rujukan
1. Hand, Foot and Mouth disease (HFMD) Guidelines


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


Tuesday, 15 May 2018

Cara Rawat Asma/Semput/Lelah





Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit asma yang lain. Antara faktor-faktor penyebab ialah :


·         Bulu Binatang
·         Debu atau habuk
·         Perubahan cuaca
·         Senaman berlebihan
·         Merokok dan asap rokok
·         Debunga
·         Jangkitan saluran pernafasan
·         Makanan / Buah-buahan tertentu
·         Tekanan perasaan
·         Alat solek dan kelengkapan dandanan diri
·         Ubat tertentu

Gejala-gejala penyakit Asma
·         Batuk (terutama pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk)
·         Susah bernafas (sesak nafas)
·         Nafas berbunyi (wheezing)
·         Rasa ketegangan di dada
·         Pernafasan

Bagaimana Set Asma Shaklee bantu
merawat asma anda?

Omega Guard


Mengandungi sumber penting untuk asid lemak penting untuk menghasilkan anti keradangan (inflammasi)

Bcompleks


Penting  kerana mengandungi vitamin B5 (asid pantothenic) yang bertindak sebagai vitamin anti-stress

Suatained Release Vita C Plus



Pengambilan vitamin c yang dicadangkan adalah 1000-2000mg sehari. Ada 2 sebab mengapa vitamin C mampu membantu asma iaitu :
i. Vitamin c mampu untuk mengurangkan penghasilan histamine iaitu mengurangkan serangan asma,
ii. Antioksida yang terdapat dalam vitamin C mampu untuk menjaga saluran pernafasan dan paru-paru daripada radikal bebas yang terhasil daripada udara yang disedut daripada pencemaran udara. 

Ostematrix


Ostematrix Shaklee ada kalsium, magnesium dan vitamin D. Dicadangkan sehari magnesium diambil sebanyak 1000mg. Ramai pakar nutrisi mencadangkan bahawa pengambilan extra vitamin mampu untuk mengurangkan tahap asma yang kronik. 

Magnesium sangat diperlukan oleh otot-otot yamg berasa di sepanjang saluran ke paru-paru. Kerana ia bertindak sebagai melegakan ataupun untuk bagi relaks pada otot-otot tersebut. So boleh bernafas dengan lebih lancar dan tenang bagi pengidap asma.

Alfalfa Complex


Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ia kaya dengan sumber klorofil dan dapat membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat daripada ekzema, resdung (sinus), alergi (allergy), gegata (hives). Walaubagaimanapun pesakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.


  
Walaupun anda adalah pengidap asma yang teruk dan memang menyukarkan pengerakan ke sana sini, namun masih ada cara untuk membantu anda mengurangkan tahap kronik anda. Sekurang-kurang mampu membantu sedikit sebanyak untuk mengurangkan jika diambil secara konsisten.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




Sunday, 6 May 2018

Set Berpuasa Shaklee


Assalamualaikum.

Tak lama lagi bulan Ramadhan hampir menjelma. Korang dah buat persiapan untuk puasa belum?

Bagi korang yang tercari-cari produk atau suplemen yang boleh bantu korang cergas dan bertenaga sepanjang bulan puasa, Shaklee memang dah sediakan yang terbaik untuk pelanggan mereka yang tersayang.

Ni dia Set Berpuasa Shaklee yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems. 




Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dan jangan risau, set ini juga sesuai diambil oleh ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).

Kalau terlambat bangun sahur sekalipun, tak perlu risau. Bancuh je ketiga-tiga minuman ni. Pastinya tak rasa letih, dahaga atau lapar sepanjang hari.

Terdapat 3 jenis produk dlam set ini - Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink.

Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 asid amino yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi rasanya lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

Jangan lupa dapatkan Set Berpuasa Shaklee sekarang.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit