Saturday, 3 June 2017

Gejala dan Tips Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum.

Dalam entri yang lepas, kak ja dah kongsikan secara terperinci tentang penyakit tekanan darah tinggi. Ok. Kali ini nak share pula tentang tekanan darah  rendah. Sebelum itu, mari kita rujuk kembali Carta Tekanan Darah di  bawah:-





“Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.

Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.”


Ketahui Faktor dan Penyebab Tekanan Darah Rendah

Apakah faktor yg menyebabkan tekanan darah rendah?



1.      Emosi
2.      Tahap tekanan
3.      Aktiviti fizikal
4.      Keadaan semasa (cth: demam)
5.      Saiz badan
6.      Posisi badan
7.      Makanan yang diambil
8.      Suhu persekitaran

Antara penyebab tekanan darah rendah adalah:-

Ø  kurang kuantiti darah: cecair yang mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh dikawal
Ø  dehidrasi: kandungan cecair dalam badan berkurang kerana muntah atau cirit-birit yang teruk
Ø  masalah jantung: denyutan jantung yang agak cepat/lambat dan keadaan otot yang lemah
Ø  keadaan semasa hamil: ibu yang mengalami tekanan darah rendah mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang
Ø  paras gula yang rendah
Ø  penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid
Ø  kesan sampingan daripada ubat-ubatan
Ø  faktor genetik

Tekanan darah rendah juga berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti:-

·         penyakit jantung koronari
·         lemah jantung
·         masalah injap jantung
·         penyakit buah pinggang
·         kencing manis yang tidak terkawal
·         paras gula rendah
·         penyakit berkaitan sistem endokrin seperti tiroid



Pesakit Darah Rendah Boleh Pitam atau Pengsan Sekiranya Bekalan Darah Ke Otak Tidak Mencukupi

“Tekanan darah rendah boleh menyebabkan organ-organ badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi.  Sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak, pesakit boleh pitam atau pengsan apabila otak tidak menerima bekalan darah yang diperlukan.

Apakah cara mengatasi/mengawal tekanan rendah?


ü  bangun dari duduk/baring secara perlahan
ü  tidak berdiri terlalu lama (terutamanya di bawah matahari)
ü  diet yang rendah karbohidrat
ü  banyakkan minum air masak
ü  elakkan minum beralkohol
ü  jika perlu, tambahkan pengambilan garam secara tidak berlebihan
ü  senaman secara teratur

Pernah ke korang terasa hendak pitam selepas duduk terlalu lama atau tundukkan kepala? Selain itu, pernah tak korang mengalami gejala seperti ini?

·         cepat lelah
·         pening kepala ketika posisi badan berubah
·         sukar untuk berkonsentrasi
·         mata berkunang-kunang
·         mual
·         kulit terasa dingin
·         pucat dan lembap
·         pernafasan cepat dan pendek
·         berpeluh sejuk
·         cepat haus

Kalau jawapannya adalah YA ini bermakna korang seorang penghidap hipotensi atau tekanan darah rendah.

Selain itu, Shaklee juga menawarkan set tekanan darah rendah khusus buat mereka yang menghidap masalah tekanan darah rendah.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh terus whatsapp kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


Friday, 2 June 2017

Suplemen Shaklee Bantu Legakan Masalah Senggugut

Assalamualaikum semua.

Jom kita sambung cerita semalam..tentang senggugut.

Produk Shaklee juga mencadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu untuk mengatasi masalah senggugut ini.

 
Set Senggugut Shaklee

So, nak tau kan bagaimana Set Senggugut Shaklee ini bertindak?

GLA Complex
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan sensitive pada payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis

Ostematrix
Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

B-complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan

Jadi, pada mereka yang selalu mengalami PMS ni, cepat dapatkan set ni dari kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Thursday, 1 June 2017

Tips Atasi Masalah Senggugut

Siapa sini yang selalu alami senggugut?

Apa itu senggugut?


Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea (satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali datang period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Namun begitu, kak ja yakin kebanyakan kaum perempuan pernah alami senggugut ni kan? Dulu, masa zaman bujang memang selalu sangat lah datang senggugut ni. Pernah kak ja sampai tertonggeng-tonggeng, berguling-guling tahan sakit. Dengan rasa tak selesa nya lagi. Allah je lah yang tau.

Abah sampai bawak kak ja pergi farmasi beli ubat tahan sakit. Makan sebiji, adalah dalam 2 bulan tak kena senggugut. Tapi, bulan berikutnya senggugut datang balik.

Alhamdulillah, lepas kenal Shaklee, masalah senggugut tiada lagi.

Tapi, sebelum tu kak ja nak share sikit lah tips untuk atasi rasa sakit akibat senggugut. Mana tau, sedikit sebanyak boleh membantu korang kan.

1. Amalkan sikap positif dan bertenang
 Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

2. Awasi pengambilan garam dalam makanan 
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makan seperti ini beberapa hari sebelum haid.

3. Gunakan Pad Pemanas. 
Pad pemanas biasanya ada dijual di farmasi dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah dan sering diajar oleh mak-mak kita ialah tuam bahagian perut denga menggunakan botol berisi air suam. Korang juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

4. Minum Air Suam 
Elakkan minum ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.

5. Urutan 
Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan lembut. Korang juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

Tips di atas adalah bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Tetapi untuk menghilangkan atau merawat senggugut, kita memang perlu mulakan dari dalam iaitu dengan pengambilan supplemen.

Produk Shaklee juga mencadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu untuk mengatasi masalah senggugut ini.

InsyaAllah. Kak ja akan share dengan kalian semua Set Senggugut Shaklee untuk entri akan dating.


Salam sayang,

Feiza Aziz


Wednesday, 31 May 2017

Masalah Batu Hempedu Hilang Selepas Amalkan Suplemen Shaklee






Pemakanan yang seimbang dan cukup kadar zat nutrisinya serta minum air yang cukup amat penting bagi ibu mengandung.

Sekiranya tidak jaga pemakanan, pelbagai masalah serta penyakit mungkin timbul menyerang ibu mengandung atau bayi yang dikandungnya. Antara serangan yang boleh terjadi adalah sakit batu karang dalam hempedu. Antara gejala serangan penyakit ini adalah seperti demam, sakit dibahagian atas abdomen, loya dan muntah-muntah, serta jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Begitulah masalah yang dihadapi oleh Pn Zeti Hafiza Zakaria, yang telah terkena masalah tersebut ketika mengandungkan anak ketiga beliau. 

Jom kita saksikan bagaimana beliau akhirnya berjaya sembuh dari gejala penyakit ini dan batu hempedu tersebut akhirnya hilang hanya dengan mengamalkan pengambilan produk Shaklee.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday, 26 May 2017

Atasi Masalah Gastrik Dengan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum.

Macam dah lama je tak update blog ni kan. Ada yang dah mula rindu ke dengan entri kak ja? He He He…

Oklah. Harini kak ja nak share dengan korang semua tentang penyakit GASTRIK.

Sapa ni yang sering kena gastrik? Kak ja pun ada kalanya kena gastrik jugak. Especially, bila langgar waktu makan. Kadang-kadang kalau arini makan awal, esok lewat sikit makan…maka mulalah gastrik datang menyerang.

APA PUNCA GASTRIK?




Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.


Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Sebenarnya, Shaklee ni sangat-sangat prihatin dengan masalah kesihatan manusia seantero dunia ni. Oleh sebab itu, terhasil lah jugak set gastrik Shaklee. Apa yang terkandung dalam set ni?

SET GASTRIK SHAKLEE

Energizing Soy Protein (ESP)



ESP ni dirumus khas untuk memulihkan dan membina sel-sel sihat dalam perut. Lepas minum ESP ni, memang terasa perut lega sikit. Bagi mereka yang tak suka minum susu, boleh ambil ESP sebagai minuman harian. Rasanya memang sedap ditambah dengan haruman perisa vanilla yang menyegarkan.

ESP ni boleh juga dibancuh dengan minuman kegemaran seperti tamar cocoa, minuman yogurt, jus buah-buahan, performance drink atau sebagainya. Tapi, jangan sesekali korang bancuh dengn minuman panas, berkarbonat atau berkafein pulak. Memang hilang lah khasiatnya. ESP ni memang sesuai untuk individu yang ada gastrik.

Alfalfa Complex



Alfalfa Complex bersifat alkali. Jadi, ia amat membantu mengembalikan kenormalan perut yang berasid. Korang tau kan antara punca gastrik terjadi adalah disebabkan rembesan Asid Hidroklorik yang dah menghakis dinding perut.

Jadi, Alfalfa akan membantu menyeimbangkan tahap pH dalam perut ke paras yang sihat. Asid Hidroklorik ni sangat berasid tau. Boleh sampai melarutkan besi! Haaa.. Bayangkanlah kalau asid ni menghakis dinding perut kita. Memang terasa sakit yang teramat sangat.

Peppermint-Ginger Plus



Kandungan Pudina dalam Peppermint-Ginger Plus bantu melegakan otot perut. Juga sebagai penenang. Ia juga bantu melegakan pedih ulu hati dan cirit-birit.
Kandungan Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
Kandungan Fennel (Jintan Putih) menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut dan membantu dalam masalah alahan pada saluran usus.
Kandungan Cekur Manis (Jintan Manis) melegakan masalah pencernaan

Biasanya lepas ambil Peppermint ni memang asyik buang angin je. Lepas tu, perut memang rasa lega yang teramat sangat.


Ostematrix



Membantu buang angin dalam badan, melegakan sakit gastric, sebagai penenang, ringankan stress, tidur malam lebih lena dan kurangkan sakit kepala


Bagi korang yang menghidap gastrik, boleh lah cuba set di atas.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, 20 April 2017

5 TIPS KEKAL KURUS LANGSING DI PAGI RAYA

Kekal kurus dan langsing di pagi raya.




Amboi, awalnya kak ja bercakap tentang raya kan? Hehe..bukan apa. Bila kita kongsikan awal, senang lah korang nak buat persediaan kan. Takdelah nanti terkejut di saat-saat akhir.

Kena pulak pagi raya kita dihidangkan dengan juadah yang enak. Memang banyak godaannya untuk menolak makanan yang terhidang. Pulak tu ramai yang buat rumah terbuka. Rasa rugi pulak kalau tak menikmati juadah tu kan? Kita boleh ambil peluang tersebut tetapi secara berhemah dan berhati-hati.

Semua makanan ni memang mempunyai kalori yang tinggi yang boleh menyebabkan kita semua mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3kg semasa hari raya..

So, harini kak ja nak share sikitlah dengan korang semua tips-tips untuk kekal langsing di pagi raya.

1. Kawal Nafsu.


Ini yang paling utama. Nafsu makan yang tak terkawal lah punca berat badan korang naik mendadak di Hari Raya. Elok-elok dah jadi duyung waktu Ramadhan, tiba-tiba di Hari Raya, bertukar jadi dugong pulak. Memang lah takdinafikan semua juadah raya ni tersangat lah sedap dan susah nak jumpa di hari lain, tapi, korang akan lagi stress bila lihat jarum penimbang bagai berpusing-pusing tak mahu berhenti.


2. Guna Pinggan Kecil.



Juadah raya buatkan kita rasa nak makan semua sekali sekaligus dalam satu round, betul? Kak ja pun maca tu jugak. Rasa rugi kalau tak try semua makanan.Tak perlu malu-malu. Hampir kesemua orang pun macam tu. Tak mengapa, kali ni, cuba ambil pinggan yang lebih kecil untuk isi makanan. Sebenarnya, selagi pinggan tak penuh, selagi tu lah kita isi. Bila guna pinggan kecil, cepat penuhnya. Psikologi! Kalau pun nak makan semua yang di hidang, habiskan dulu yang di pinggan. Tak baik membazir.

3. Kawal Portion Makanan.




Maksudnya, ambillah semua makanan yang korang suka, tapi dalam kuantiti yang kecil dan sederhana. Mungkin boleh ambil sedikit sayur lodeh, sedikit rendang, ketupat atau lemang, serta buah-buahan. Jangan rambang mata bila tengok makanan.

4. Berhenti Sebelum Kenyang.



Ini lagi satu habit di hari raya yang hampir kesemua orang tak mampu buat. Sebab utamanya, juadah sedap, tak jumpa di hari lain, dan tak nak kecewakan tuan rumah! Semua pun kita lihat sedap di mata dan di tekak. Sedangkan Rasulullah saw yang berpesan sebegini, mestilah ada kebaikannya kan? Ia juga boleh elakkan korang berasa senak dan sakit perut. Selain dari membolehkan korang tetap gagah nak round satu kampung beraya!


5. Pengambilan suplemen atau Set Slimming Shaklee 


Ok. Ni yang paling best.
Set ni dapat membantu korang untuk kekal slim dan sihat sekiranya diambil dengan betul dan konsisten.

1) ALFALFA / HERB LAX

Untuk detoks atau buang segala toksin di dalam badan supaya penyerapan vitamin lebih optimum. Selain itu, turut membantu dalam penyingkiran / pembuangan lemak di dalam badan.


2) LECITHIN / OMEGA GUARD

Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard atau kedua-duanya sekali.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. 

Sama juga dengan omega, tetapi omega mengandungi leptin di mana dapat mengawal selera makan. Kunci kejayaan mereka yang dapat mengurangkan berat badan adalah dapat mengawal nafsu makan. Jika omega hendak dibandingkan dengan Lecithin, ternyata Omega mempunyai kuasa membakar lebih pantas daripada Lecithin. 

Pengambilan omega secara konsisten juga boleh mengempis perut bagi mereka yang mengalami masalah perut buncit.

3) ENERGIZING SOY PROTEIN / CINCH SHAKE MIX

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake Mix kerana pembakaran kalori oleh Cinch lagi banyak berbanding ESP. Jika korang ibu yang menyusukan anak, ESP adalah protein terbaik untuk ibu yang menyusu. Tetapi tidak ada masalah jka ibu menyusu ingin turut mengambil Cinch Shake Mix.

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak dibuang daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit tidak kelihatan lembik dan menggeleber.

Suplemen ni memang kak ja ambil dan bawa ke mana sahaja kak ja pergi.

Jadi, pada korang yang nak kekal cantik dan langsing tu, rajin-rajinlah follow tips yang kak ja share kan tadi. Semoga bermanfaat.

Dan jangan lupa ambil suplemen Shaklee.

Semoga usaha korang Berjaya!

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit