Friday 28 July 2023

Tips Travel Yang Perlu Tahu

 

Bercerita tentang travel, pastinya ia suatu aktiviti yang menyeronokkan. Namun begitu, sebelum korang nak mulakan percutian, pastikan korang dah buat perancangan yang sewajarnya agar percutian korang tidak membosankan dan berbaloi.




Di sini, kak ja nak kongsikan sedikit tips travel untuk korang yang suka melancong samada dalam atau luar negara.

 

1. Rancang Perjalanan Anda

Dengan adanya jadual perjalanan, ia membolehkan korang menikmati percutian yang lebih selesa kerana korang tahu lokasi tumpuan yang ingin dituju atau jenis aktiviti yang akan dilakukan setiap hari.

Dalam erti kata lain, jadual perjalanan merupakan salah satu persediaan sebelum bercuti yang membolehkan korang mengawal pergerakan aktiviti, memudahkan urusan dan secara tidak langsung menjimatkan wang korang.

Korang juga disarankan untuk lakukan kajian mengenai destinasi percutian korang. Contohnya buat persediaan awal sebelum bercuti seperti mod pengangkutan, makanan, penginapan dan jangkaan kos perbelanjaan.

Selain itu, semak juga keadaan cuaca semasa tarikh percutian pilihan tu. Ini khusus untuk korang yang travel ke luar negara. Ini boleh membantu korang merancang aktiviti atau pakaian yang bersesuaian sepanjang percutian anda.

 

2. Tentukan Bajet Perbelanjaan

Biasanya, setiap percutian memang memerlukan duit atau perbelanjaan yang banyak. Oleh sebab itu, perancangan bajet penting untuk mengelakkan korang daripada berbelanja melebihi kemampuan atau peruntukan yang ditetapkan.

Tetapkan jumlah bajet yang perlu dilaburkan untuk percutian. Buat kira-kira tentang kos yang akan dikeluarkan sepanjang percutian tu nanti. Terutamanya kos penginapan, pengangkutan, makanan dan cenderamata,

 

3. Persediaan Sebelum Bercuti: Semak Pasport atau Dokumen Sokongan

Sebelum korang nak buat sebarang perancangan atau persediaan sebelum bercuti, pastikan semak dahulu tarikh tamat tempoh pasport korang. Secara asasnya, pasport yang dimiliki mestilah sah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan selepas memasuki negara lain.




Namun begitu, ada juga sesetengah negara yang membenarkan untuk memasuki negara mereka dengan tempoh sah pasport kurang daripada enam bulan. Jika tarikh tamat tempoh pasport hampir tamat, cepat-cepatlah perbaharui pasport tu ye. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa percutian korang tu nanti.

Selain itu, periksa sama ada negara yang korang nak lawati tu memerlukan visa pelancong atau tidak. Jika ya, ambil kira tempoh permohonan visa dan tarikh jangkaan siap untuk kutipan semula.

Ini kerana, proses permohonan atau tempoh masa yang diperlukan oleh setiap negara untuk memproses visa pelancong adalah berbeza-beza mengikut negara yang dikunjungi.

 

4. Bawa pakaian yang sesuai dan mencukupi.

Adakalanya kita ni tak ambil berat pun pasal pakaian  dan kasut yang nak dibawa. Sebenarnya ini pun perlu diambil kira juga. Bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca dan keadaan. Paling mudah bawa pakaian yang selesa dan memudahkan kita untuk bergerak ke sana sini. Sebabnya bila pergi travel, sudah tentu kita akan banyak berjalan dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi nak mudahkan pergerakan, pakailah pakaian yang simple dan selesa.

 

5. Bawa ubat-ubatan dan vitamin.




Jangan lupa untuk bawa vitamin dan ubat (bagi yang menghadapi masalah kesihatan). Kadangkala kita terlupa benda yang kecil tapi penting ni. Maklumlah, terlalu seronok nak pergi bercuti. Bila dah berada di tempat orang, kemungkinan kita akan menghadapi sedikit masalah kesihatan. Jadi, inilah perlunya vitamin dan ubat-ubatan tersebut.

 

5. Sediakan Wang yang Mencukupi

Sebelum ke luar negara, pastikan anda memaklumkan kepada pihak bank atau pembekal kad kredit anda mengenai tempoh keberadaan anda di luar negara. Ini kerana, pembekal kad kredit berkemungkinan akan membekukan kad anda sekiranya mengesan sebarang transaksi asing tanpa notis semasa anda berada di luar negara.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengaktifkan kad ATM anda untuk kegunaan luar negara sebagai persediaan sebelum bercuti. Ia bagi membolehkan anda menggunakan sistem perbankan yang ada di luar negara untuk proses pengeluaran wang tunai kelak.

Inilah serba sedikit tips yang dapat kak ja share dengan korang. Semoga ianya bermanfaat untuk korang. Selamat bercuti.


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 

No comments:

Post a Comment