Tuesday 18 July 2023

Tips Bisnes Online

Zaman sekarang ni berlumba-lumba orang buat bisnes online. Maklumlah, sekarang ni zaman ekonomi mencabar. Segala-galanya perlukan duit. Jadi nak taknak kenalah cari income tambahan. Nak harapkan gaji yang ada memang tak cukup. Ramai yang mula membuat kerja tambahan seperti menjadi penghantar pesanan, buat e-hailing dan yang paling popular ialah bisnes secara online.

Cerita bab bisnes online ni, kak ja rasa kebanyakan orang terutama surirumah ramai yang terjebak dengan bisnes online. Sebabnya bisnes online mudah sangat nak dibuat tanpa perlu mengabaikan anak dan keluarga. Sambil jaga anak, bisnes online tetap ON. Rumahtangga bahagia...poket pun penuh. Ha...gituuuu

Tapi bila cerita bisnes online ni, kenalah berhati-hati ye. Sebab scammer sentiasa memerhatikan anda. Hahaha...

So, kak ja nak share sikitlah tips bisnes online.


Mungkin boleh jadi panduan untuk korang di luar sana.

Sebelum nak mulakan bisnes online, korang kena rajin study dulu bisnes yang ditawarkan. Zaman sekarang ni serba canggih dah. Boleh je terus Google untuk pastikan syarikat atau bisnes tu benar-benar wujud. 

Lepastu, kenalah ambik tau jugak tentang pulangan yang bakal diterima nanti. Pastikan pelaburan yang dibuat mampu beri pulangan yang berbaloi. Jangan mudah sangat terpedaya dengan janji-janji yang ditawarkan.

Kadang-kadang kita ni bila dijanjikan pulangan lumayan dalam masa tak sampai sebulan, mulalah teruja. Tunggu punya tunggu, modal hilang keuntungan entah ke mana. Akhirnya sendiri berputih mata. 

Lagi satu, cuba buat research sikit tentang produk yang ditawarkan. Adakah ianya sesuai dengan keperluan sekarang? Atau ianya hanya produk bermusim sahaja. Sebab biasanya kalau produk bermusim ni, memang sementara sahaja lah. Lepastu terus lenyap di telan masa. Rugi pulak kalau stok yang ada tak dapat nak dijual sepenuhnya.

Bila nak buat bisnes online ni, kenalah pandai bahagikan masa antara keluarga dan bisnes. Faham..semua orang berusaha nak bantu tingkatkan ekonomi keluarga. Tapi jangan lah sampai keluarga sendiri terabai. Plan kerja sebaik-baiknya.

So, kepada korang yang tercari-cari bisnes online yang diyakini selamat dan terbukti berjaya, cubalah buat bisnes Shaklee. 


Nak tau caranya? Cepat-cepat contact kak ja ye. Kita buat sampai berjaya.

Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



 

No comments:

Post a Comment