Wednesday 1 August 2018

Punca Gastrik Dan Cara Mengatasinya


Assalamualaikum semua.

Anda salah seorang penghidap gastrik? Mesti nak tau cara nak kurangkan gastrik kan? Kak ja pernah jugak kena gastrik suatu ketika dulu. Bila penyakit ni dating menyerang, memang lembik dibuatnya. Kepala rasa sakit je. Kadang-kadang sampai muntah dibuatnya.


Hanya terbaring sambil sapu minyak di perut. Tapi kalau sakit terlalu teruk, kak ja telan jugak pil yang hospital bagi. Erkk..rasanya memang tak sedap. Sebab kena gigit dulu pil tu sebelum telan. Penuh dalam mulut dengan serpihan pil gastrik tu. Haha…


Jom tonton video Puan Maisarah yang berjaya atasi masalah gastrik yang dihidapinya 16 tahun yang lalu dengan Set Gastrik Shaklee.









Apakah Gastrik Dan Punca Yang Menyebabkan Gastrik

Gastrisis ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:
1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.
2. Penyakit autoimmune.
3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.
4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.
5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.

Punca Jangkitan
Boleh disebabkan oleh:
·                     Bakteria (selalunya Helicobacter pylori)
·                     Virus (termasuk virus herpes simplex)
·                     Parasit
·                     Jangkitan kulat/ fungus





Punca Keradangan
Boleh disebabkan oleh:
·                     Penggunaan jangka panjang ubat non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve).
·                     Penggunaan alkohol.
·                     Menghisap rokok.
·                     Muntah kronik.
·                     Kopi dan minuman berasid.
·                     Terlalu banyak asid perut (antaranya berpunca daripada tekanan/ stress).
·                     Makan atau minum bahan peluntur atau pemusnah seperti racun.

Sebab lain yang jadi punca gastrik tapi jarang berlaku ialah:
Penyakit sistemik seperti penyakit Crohn’s
Sarcoidosis

Gastritis boleh berlaku secara mengejut (acute gastritis) ataupun secara berperingkat-peringkat (chronic gastritis). Dalam kebanyakan kes, gastritis tak merosakkan lapisan perut secara kekal.

Simptom-Simptom Dan Tanda-Tanda Serangan Gastrik

Antara simptom gastrik yang paling biasa dialami ialah ketidakselesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:


·                     Ketidakhadaman (dyspepsia)
·                     Sakit ulu hati
·                     Sakit bahagian abdomen
·                     Sendawa
·                     Hilang selera makan
·                     Rasa loya
·                     Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
·                     Najis berwarna gelap

Cara Kurangkan Sakit Akibat Gastrik

Bila kena gastrik, rasa pedih ulu hati, muntah-muntah dan perut rasa pedihnya.

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menghilangkan atau mengurangkan sakit gastrik ialah :

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut di sisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat mudah untuk di bawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawetseperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asiddi farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.



Kalau dah lama menghidap gastrik, kak ja rekomen sangat untuk cuba ESP, Ostematrix, B Complex dan Peppermint Ginger Plus Shaklee. Alhamdulillah ramai yang dapat kawal simptom dan serangan gastrik masing-masing. Ada yang dah lama tak sakit gastrik. Amalkan 13 cara yang kak ja kongsikan di atas di samping vitamin-vitamin untuk gastrik, InsyaAllah dapat bantu kurangkan sakit gastrik.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment