Kolestrol tinggi merupakan salah satu penyakit yang
sering dihadapi oleh masyarakat. Biasanya individu yang mempunyai berat badan yang
berlebihan, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kolestrol tinggi dan juga
mereka yang sedang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah
tinggi lebih berisiko untuk mengalami masalah ini. Tapi, ada juga individu yang
berbadan kurus pun mengalami masalah kolestrol tinggi ye. Semuanya bergantung
pada cara pemakanan dan aktiviti harian kita.
Punca Kolestrol Tinggi
Kolestrol adalah salah satu jenis lemak
yang dihasilkan dalam badan. Ia juga boleh berasal daripada makanan yang kita
makan.
Majoriti kenaikan kolestrol dalam badan
kita adalah disebabkan oleh gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang kita
ambil setiap hari. Pengambilan makanan yang mempunyai kolestrol hanya sedikit
mempengaruhi bacaan kolestrol dalam badan.
Tahap Normal Kolestrol Dalam Badan
Tahap kolesterol (total) yang normal
lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari
130 mg/dl.
Kolestrol terlalu rendah atau terlalu
tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolestrol
pada tahap yang sepatutnya.
Ini antara beberapa makanan yang perlu dikurangkan
untuk mengelakkan kolestrol jahat meningkat di dalam badan antaranya:
· Gula
dan makanan manis
· Ais
krim
· Majerin
· Butter
· Pastri
· Daging
merah
Korang tau tak yang gula putih tidak
mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil
daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk
menghasilkan tenaga. Jika ia tidak diguna oleh badan, ia akan ditukarkan samada
menjadi kolestrol ataupun lemak.
Manakala pengambilan lemak seperti lemak
trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolestrol dalam badan jika ia tidak
digunakan.
Tanda-tanda
Kolestrol Tinggi
1. Sering
berasa kebas-kebas pada kaki.
2. Timbul
bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau
leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
3. Mudah
letih, penat dan cepat mengantuk.
4. Sering
berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke
otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. Kaki
membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang
paling sedikit mendapat darah.
6. Senak
dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
Cara Mengawal Paras Kolestrol
·
Mengawal
Diet Harian
Kurangkan makan
makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi seperti makanan yang
diproses.
·
Lakukan
Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti
fizikal seperti berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya supaya
kolestrol jahat dapat dihapuskan.
·
Kawal
Berat Badan
Mereka yang
menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih
tinggi.Oleh itu, kawal berat badan agar anda tidak obesiti.
·
Hentikan
Rokok Dan Alkohol
Kedua perkara
ini memang tidak bagus untuk kesihatan seperti mana yang kita semua
tahu..
Set Kolestrol Shaklee Boleh Membantu
Anda
Pengambilan supplement Shaklee secara
konsisten akan dapat membantu anda. Namun, harus diingatkan bahawa suplemen
bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.
Kalau kita sendiri tak mengawal pemakanan, malas melakukan aktiviti
fizikal..makan ubat mujarab sekalipun takkan berkesan.
Set Penuh Kolestrol Shaklee
B Complex – Vitamin B3 yang membantu
menurunkan kadar kolesterol.
Garlic – Khasiat bawang putih
merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah.
Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan
kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
Vita-C – vitamn C menurunkan kadar
kolesterol dan menguatkan dinding arteri.
Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran
darah.
Vivix - Vivix melindungi salur darah
kita dari kerosakan.
Phytocol - Phytocol dirumus secara
klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol
di dalam tubuh
Pengambilan konsisten supplemen Shaklee dan
mengamalkan tips penggunaan yang betul akan membantu anda.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment