Thursday 6 April 2017

Tips Mudah Tingkatkan Kesihatan Pencernaan



Assalamualaikum.

Harini kak ja nak share dengan korang semua tips mudah untuk kesihatan pencernaan. Kesihatan pencernaan sebenarnya dipengaruhi secara langsung oleh jenis makanan yang diambil selain amalan gaya hidup yang dipraktikkan. Kena tau, 1001 penyakit berpunca dari perut tau. Jadi, tolong jangan abaikan pengambilan makanan dan minuman harian korang.

Dengan mengikuti beberapa tip ini, system pencernaan korang pasti mampu berfungsi dengan lebih efisien sekaligus menjadikan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Makanan Tinggi Serat.



Pernah dengar tak makanan yang tinggi serat? Antaranya, makanan yang kaya dengan biji-bijian, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan yang mana semua ini mampu meningkatkan kesihatan pencernaan. Kumpulan pemakanan ini juga dipercayai mampu mengelakkan sembelit.

Hadkan Makanan Tinggi Lemak


Kalau nak tau, makanan yang tinggi kandungan lemak jugak boleh melambatkan proses pencernaan sekaligus menyukarkan buang air besar. Sebab itu, makanan seperti itu perlu dielakkan bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Pengambilan Probiotik Dalam Makanan


Sebenarnya, probiotik adalah sejenis bakteria sihat yang terdapat dalam saluran pencernaan. Ia berfungsi untuk menjaga tubuh badan agar tetap sihat sekaligus melawan kesan daripada amalan pemakanan yang kurang sihat, antiobiotik dan stress. Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan nutrisi, memecah Laktosa, menguatkan system imun badan dan mengubati sindrom iritasi di bahagian usus besar. Antara probiotik yang disyorkan ialah yogurt rendah lemak.

Minum Air Putih


Ramai yang dah tahu manfaat air putih. Di samping bagus untuk kesihatan, air putih juga berupaya melarutkan lemak dan serat ke dalam tubuh.

Elak Tabiat Buruk


Ha…part ni mungkin ramai yang kurang bersetuju. Dan mungkin ada juga yang tak nak mengaku mempunyai tabiat buruk. Pengambilan alcohol, minuman berkafein, dan merokok sebenarnya mengganggu fungsi system pencernaan. Seterusnya boleh akibatkan penyakit gastric. Oleh itu, cuba elakkan diri daripada melakukan tabiat buruk tersebut.

Senaman Secara Teratur


Ramai yang tahu bahawa senaman yang dilakukan secara teratur dikatakan mampu mengawal kenaikan berat badan. Ini kerana, berat badan yang sesuai dan ideal mempengaruhi kesihatan pencernaan.

Kena ingat tau. Kesihatan pencernaan mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan keseluruhan tubuh badan. Oleh itu, jangan sekali-kali memandang rendah dan mengabaikan kesihatan pencernaan anda.


Shaklee juga turut menyediakan supplement yang sesuai untuk system pencernaan. 


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment