Wednesday, 5 April 2017

Kesalahan Berdiet Yang Mungkin Anda Lakukan

Assalamualaikum. 

Pernah tak korang cuba mengurangkan berat badan tetapi gagal?
Pernah tak dah berkali-kali diet tapi berat badan tak jugak turun?
Adakah mungkin cara yang anda lakukan itu salah?

Harini kak ja nak share dengan korang semua beberapa perkara yang mungkin menyebabkan usaha korang untuk turunkan berat badan GAGAL.

Mengambil Makanan Tiruan
Tak dapat dinafikan, produk mengurangkan berat badan seperti minuman shakes dan berprotein mudah didapati. Tetapi, ia tak mampu membantu mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang. Terdapat pilihan makanan yang lebih mengenyangkan dan menyihatkan serta rendah kalori yang boleh diambil. Sebagai contoh Energizing Soy Protein dan Cinch Shake Mix.

Berjaga Waktu Malam


Individu yang nak kurangkan berat badan perlu mempunyai tidur yang cukup. Kurang tidur dari 5 atau 6 jam boleh memperlahankan metabolism badan dan menyebabkan perubahan hormone yang boleh memberi kesan pada usaha mengurangkan berat badan. Kurang tidur boleh menyebabkan rasa letih. Rasa letih boleh juga menjadikan korang makan lebih banyak.

Terlalu Banyak Bersenam


Ramai yang salah anggap, bila banyak bersenam boleh turun berat badan dengan cepat. Bersenam memang penting. Tapi, kalau asyik focus pada senaman boleh sebabkan rasa kecewa jika berat badan tak turun. Hakikatnya, 80% masa dan tenaga berdiet perlu difokuskan pada nutrisi, dan 20% pada senaman.

Makan Terlalu Awal


Kebanyakan dari kita makan malam antara pukul 6 petang dan berjaga sampai pukul 11 malam ataupun tengah malam. Secara semulajadi, tubuh akan meminta makanan untuk menambah tenaga. Itu sebab mereka yang berjaga malam mulutnya sering mengunyah. Sepatutnya, makan 70% kalori sebelum waktu makan malam dan 30% peratus kalori pada waktu makan malam.

Kurang Minum Air


Menggantikan air kosong untuk minuman bergula dan jus buah-buahan boleh member perubahan besar dalam pengiraan kalori setiap hari. Minum air kosong secukupnya bantu mengawal selera makan.

Tidak Bersarapan


Ada yang mengganggap tak perlu ambil sarapan pagi sebab takut gemuk. Sebenarnya, mereka yang bersarapan lebih cenderung memiliki berat badan yang lebih sihat. Korang boleh je ambil sarapan pagi yang mudah seperti bijirin penuh kerana ia adalah antara pilihan sarapan terbaik untuk individu yang berdiet.

Dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, Shaklee turut menyediakan set yang sesuai untuk korang. So, jangan segan silu contact kak ja ye.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment