Tuesday 21 February 2017

KETAHUI PUNCA JERAGAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti juga jerawat, jeragat antara masalah yang mengganggu dan meresahkan kaum wanita. Ini kerana kedua-dua masalah ini sangat-sangat mengganggu penampilan mereka.

Punca Terjadinya Jeragat


Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit berpendapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

1. Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.






2. Kehamilan
Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Oleh itu, ibu mengandung disarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga yang mengalami jeragat yang berterusan.

3. Ubat- ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan jeragat baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.

4. Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka. Selain itu, penggunaan barangan make-up yang tidak berkualiti dan bermutu rendah juga dikatakan menyumbang kepada masalah jeragat.


5. Keturunan
Akibat daripada genetik.


Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk merawat jeragat. Antaranya :

ü  Biasakan diri menggunakan krimSPF sebelum keluar rumah untuk lindungi kulit dari sinar UV.
ü  Gunakan produk dan alatan make-up yang bermutu dan lakukan urutan muka yang boleh melancarkan peredaran darah.
ü  Elakkan penggunaan skincare yang mengandungi hidrokinon, jangan mengunakan produk pengelupasan dan pemutihan kulit muka kerana ianya akan menghakiskan kulit dan menyebabkan kulit makin menipis dan jadi lebih sensitif.
ü  Kecantikan bermula dari dalam, amalkan pemakanan sihat, tinggi antioksidan dan memenuhi diet makanan yang baik seperti viamin, mineral dan protein. Elak makanan berminyak, kolesterol tinggi dan garam berlebihan.
ü  Amalkan minum air masak secukupnya dalam sehari.

Namun begitu, terdapat juga produk Shaklee yang khusus untuk masalah jeragat.

InsyaAllah, kak ja akan kongsikan dalam entri yang seterusnya ye.

Salam tulus penuh kasih sayang,


Feiza Aziz
Pengedar Shaklee Seremban, Senawang & Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment