Thursday, 6 September 2018

Kesan Anemia Pada Ibu Hamil



Bila mengandung, kebanyakan ibu hamil mengalami hb rendah atau anemia. Hb yang rendah boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi untuk memastikan bilangan sel darah merah kita berada pada paras yang mencukupi, adalah penting untuk kita ketahui apakah punca, simptom, kesan dan rawatan anemia ini. Dengan ini kita boleh mengambil langkah pencegahan agar tidak terjadi anemia semasa mengandung.



Masa mengandung dulu pun, kak ja pernah alami bacaan Hb  rendah. Puas lah jugak kena bebel dengan nurse. Nurse siap pesan makan kerang, bayam, hati ayam dan jangan lupa tinggikan kaki masa duduk. Ikut lah segala nasihat nurse sebab masa tu memang tak kenal Shaklee lagi. Alhamdulillah, bacaan HB kembali naik lepas puas berusaha. Lega. Kalau tak letih jugak kena bebel je kan.

Jom baca sikit apa punca anemia semasa hamil, simptom, kesan dan cara mengatasi yang paling selamat.

Apakah Anemia?


Anemia adalah keadaan di mana darah dalam badan ibu hamil tidak mengandungi sel darah merah yang sihat dan mencukupi untuk mengangkut oksigen kepada sel tisu dalam badan dan bayi dalam kandungan. Semasa mengandung, badan ibu menghasilkan lebih banyak darah tambahan untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim. Jika ibu tidak mendapat zat besi ataupun nutrien penting tertentu yang secukupnya, badan ibu tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk darah tambahan ini.

Memang biasa kalau ibu hamil alami anemia ringan semasa mengandung. Tapi ibu juga boleh mengalami anemia serius akibat kekurangan zat besi, kekurangan vitamin, ataupun atas sebab yang lain. Anemia menyebabkan ibu berasa letih dan lemah. Kalau tidak dirawat terutamanya bagi kes anemia serius, mungkin boleh menyebabkan komplikasi serius kepada bayi dalam kandungan contohnya kelahiran pra matang.

Faktor-Faktor Penyebab Anemia

Semua ibu hamil berisiko mengalami anemia kerana masa mengandung mereka memerlukan lebih Asid Folik dan zat besi berbanding sebelum mengandung. Tapi ada ibu hamil yang lebih berisiko mengalami anemia disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

ü Mengandung anak kembar (lebih daripada seorang)
ü Mengandung pada jarak terlalu rapat antara anak-anak sebelumnya
ü Muntah dengan banyak atau terlalu kerap disebabkan morning sickness
ü Mengandung pada usia remaja
ü Tak mengambil makanan yang kaya zat besi
ü Telah mengalami anemia sejak sebelum mengandung

Sebab-sebab kenapa terjadinya anemia.

1.                  Anemia kerana kekurangan zat besi. Anemia ini berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jika kekurangan zat besi maka darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan.

Kekurangan zat besi adalah punca anemia yang paling biasa semasa kehamilan.

2.                  Anemia kerana kekurangan folat. Folat, juga dikenali sebagai asid folik, adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.

Ketika mengandung, wanita perlu folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak boleh menghasilkan cukup sel-sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan. Sebab tu kalau kita pregnant, doktor akan suruh kita amik asid folik.

Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti kecacatan tiub neural (spina bifida) dan baby yang kurang berat.

3.                  Anemia kerana kekurangan vitamin B12. Badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Wanita mengandung jika tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanan, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu, telur dan mempunyai risiko yang lebih besar untuk membangunkan kekurangan vitamin B12, yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang.


Simptom-Simptom Anemia Semasa Mengandung

Antara simptom-simptom anemia yang biasa dan kerap dialami ibu hamil ialah:

·                     Kulit, bibir, kuku yang pucat
·                     Berasa penat dan lemah
·                     Rasa pening-pening
·                     Rasa tak cukup nafas atau nafas pendek
·                     Degupan jantung yang laju
·                     Terlalu fokus

Oleh itu, adalah penting untuk menjalani ujian darah sepanjang tempoh kehamilan untuk pastikan tak terlepas pandang sekiranya ibu mengalami anemia dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.


Cadangan Supplement Untuk Membantu Mencegah Anemia Pada Ibu Mengandung

Untuk membantu mencegah anemia, ada beberapa supplement semulajadi dan selamat yang bagus diambil oleh ibu mengandung untuk mengekalkan paras hemoglobin pada tahap normal. Antaranya ialah:


1.    Vita-Lea Iron Formula – Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi dan membekalkan jumlah Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung setiap hari. Juga bertindak sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga segera.  Menggalakkan pemulihan sel tubuh. Membantu melancarkan fungsi sistem dalaman badan. Menguatkan sistem imun dll.

2.    B-Complex – Membekalkan kumpulan lengkap Vitamin B iaitu 8 jenis Vitamin B yang diperlukan untuk kerja penyelenggaraan dan pemulihan badan. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid Folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.

3. Sustained Release Vitamin C – Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan yang diperlukan tubuh. Ia membantu menyokong kesihatan tulang, gigi, gusi, darah, jantung dan sebagainya.


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday, 5 September 2018

Ostematrix Untuk Ibu Hamil


Pengambilan kalsium yang cukup sangat penting dalam diet harian kita.


Tau tak? Ibu-ibu hamil memerlukan antara 1200 – 1400mg kalsium dalam diet harian mereka. Semasa mengandung, janin dalam rahim ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan otot yang kuat di samping mengurangkan risiko osteoporosis. Kalsium adalah penting untuk memastikan kadar jantung stabil dan saraf berfungsi dengan sempurna.

 Antara manfaat kalsium:

ü  Untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat.
ü  Memudahkan peredaran darah dan mengekalkan kestabilan degupan jantung.
ü  Bentuk otot dan saraf berfungsi dengan sempurna.
ü  Mencegah risiko osteoporosis pada ibu.
ü  Mengurangkan risiko komplikasi semasa kehamilan.
ü  Kurangkan kekejangan dan sakit pinggang sepanjang kehamilan
ü  Mengelakkan sembelit sepanjang tempoh hamil



Pengambilan 4 biji ostematrix dapat membantu melengkapkan keperluan kalsium dalam badan. Jadi, pastikan ibu-ibu mendapat kalsium yang cukup untuk kebaikan ibu dan bayi.

Jangan lupa dapatkan Ostematrix dari kak ja sekarang.


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday, 4 September 2018

Cara Mencegah dan Merawat Bartholin Cyst


Pernah dengar tentang Bartholin Cyst?

Kak ja sendiri pun baru tahu tentang Bartholin Cyst ni bila ada customer yang wasap kak ja tanya tentang suplemen yang sesuai untuk penyakit ni. Mula-mula tu macam pelik juga. Penyakit apa pulak ni ye. Maka rajinkan lah diri google sana sini. Masuk web kesihatan untuk cari lebih info tentang penyakit ni.

Gambar sebelah kiri menunjukkan kelenjar bartholin yang dah jadi cyst.  

Pembengkakan kelenjar bartholin atau lebih dikenali sebagai bartholin cyst ini kerap berlaku kepada wanita yang berada dalam lingkungan umur yang sedang subur iaitu 20-an. Pembengkakan yang berlaku ini biasanya berhampiran dengan permukaan vagina.

Kelenjar bartholin (bartholin gland duct) berperanan dalam membekalkan mukus dan kelembapan kepada kawasan vagina. Duktus yang menyambungkan kelenjar bartholin dengan bukaan vagina wanita berukuran 1 inci panjang dan jika ia tersumbat ia boleh menyebabkan pembengkakan pada kelenjar bartholin.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari mereka ada Bartholin Cyst sehingga mereka berasa sakit dan tidak selesa. Rupa-rupanya penyakit ini bukan sesuatu yang remeh, tapi perlu diberi perhatian serius jika kita mengalaminya.

Tanda-Tanda Bartholin Cyst.

1. Tanda-tanda jangkitan dan pembengkakan kelenjar bartholin dapat dirasai apabila pesakit merasakan kesakitan pada bahagian vagina dan kebiasaannya penghidap bartholin cyst yang bernanah ini hanya boleh duduk di atas sebelah punggung sahaja.

2. Pesakit akan mengalami demam, bahagian vagina yang membengkak, kemerahan dan berasa sakit. Macam kita kena bisul. Bila semakin membengkak dan bernanah kita akan rasa sangat sakit dan tidak selesa. Biasanya ramai yang tidak perasan dengan kehadiran cyst ini kecuali setelah membuat pemeriksaan dengan doktor.

Cyst yang membesar lebih daripada 1 inci diameter akan membuatkan pesakit tidak selesa, terutamanya ketika duduk, berjalan dan ketika melakukan hubungan seksual. Ini kerana kelenjar bartholin lah yang menyediakan cecair untuk peliciran semasa hubungan seksual, dan jika salur ini tersumbat, maka ia akan membesar dan dipenuhi lendir.

Dan itulah yang dikenali sebagai cyst. Cyst itu boleh membesar daripada saiz kacang ke saiz bola golf malah lebih besar dari itu. Itu sebab penting untuk segera mendapatkan rawatan bartholin cyst.

Punca Berlaku Bartholin Cyst 

1. Jangkitan bakteria
Jangkitan disebabkan oleh faktor kebersihan yang tidak dititik beratkan. Antara penyebabnya ialah bakteria E.Coli

2. Penyakit kelamin
Penyakit kelamin disebabkan selalu bertukar pasangan. Adalah dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan penyakit kelamin seperti Gonorhea dan sifilis yang sememangnya mendatangkan kemudaratan.

3. Faktor umur
Bertambahnya umur seseorang wanita, semakin bertambah risiko untuk mendapat Bartholin cyst ini.

4. Keputihan
Keputihan yang kronik menjadi punca kepada penyakit ini. Ramai wanita memandang remeh tentang keputhan yang dialami. Sedangkan ia menjadi tempat bakteria membiak.


Suplemen Untuk Mereka Yang Mengalami Bartholin Cyst
1.    GLA COMPLEX


ü membantu mengecutkan cyst / fibroid dengan cepat
ü membantu penghasilan prostaglandin
ü mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan
ü menghalang salur darah tersumbat
ü menstabilkan hormon wanita

2 : SR VITA C PLUS


ü mempercepatkan penyembuhan cyst / fibroid
ü meningkatkan daya imun tubuh melawan penyakit
ü memusnahkan sel yang tidak normal ( cyst / fibroid )

3. VIVIX



Resveratrol membantu memperbaiki sel yang tidak normal. Diketahui vivix mempunyai antioksidan yang tinggi. Boleh membantu sel sihat daripada terus rosak.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit





Saturday, 1 September 2018

Promosi September 2018


Promosi apa pulak sepanjang September ni?

Let’s check it out.
Promosi Shaklee sepanjang bulan September 2018

1. SET KECANTIKAN YOUTH

Atas permintaan dan sambutan yang amat menggalakkan, maka promosi ni dilanjutkan sampai hujung bulan September ni.



Setiap pembelian korang layak dapat :
·                     Keahlian PERCUMA
·                     Pos PERCUMA
·                     Facial Cleanse & Firm Device percuma
·                     CASH bonus



2. PROMOSI OSTEMATRIX
Untuk bulan September ini Shaklee bagi Promosi Ostematrix. Beli 3 botol dapat Diskaun 5%!


Ostematrix adalah suplemen kalsium dan lengkap dengan kandungan vitamin D, magnesium dan mineral lain yang baik untuk tulang kita.

Siapa yang perlukan Ostematrix?

1.    Untuk sakit sendi
2.    Untuk sakit pinggang
3.    Untuk orang sembelit
4.    Untuk legakan migrain
5.    Untuk legakan senggugut
6.    Untuk kebas,kejang @ cramp
7.    Untuk sakit tumit 
8.    Untuk ibu yang menyusu 
9.    Untuk ibu hamil (kalsium penting utk tulang ibu & bayi)
10.Untuk bantu tidur lena, senang bangun pagi 
11.Untuk yang aktif bersukan/hiking
12.Untuk lenguh-lenguh badan
13.Untuk individu yang tak suka minum susu.

3. PROMOSI SHAKLEE BABY




Promo penghabisan stok! Memang betul-betul JIMAT beli bulan ni. Beli 1 set Percuma 1 set! Sangat berbaloi.

Apa yang ada dalam Shaklee Baby Set ni?

1- Gentle Wash atau Mandian Bayi Shaklee
Mengandungi chamomile organik, lavender dan berasaskan lidah buaya yang sangat baik untuk kulit. Juga mengandungi ekstrak oat dan minyak zaitun untuk membersihkan kulit dengan lembut.

2- Massage Oil atau Minyak Urutan Shaklee Baby
Diperbuat daripada minyak matahari organik, lavender dan chamomile untuk melembapkan kulit bayi. Minyak urut Shaklee Baby adalah 99% semulajadi dan mengandungi 99% bahan organik.

3- Shaklee Baby Soothing Lotion
Memastikan kulit bayi kekal lembut dan lembap. Ia telah diuji sesuai untuk kulit sensitif. Lidah buaya dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan Kelapa membantu melembapkan kulit dan membajai nutrien kulit. Bila kulit lembap, ia dapat kurangkan kegatalan kulit akibat kulit kering.


4. SET BERPANTANG SHAKLEE


Set Berpantang Shaklee, pilihan ramai wanita moden masa kini. Sebab apa?



KELEBIHAN FULL SET BERPANTANG

🔺ENERGIZING SOY PROTEIN : Membantu menguatkan rahim, utk cepatkan luka cantum, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik.

🔺SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS: Kuatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus.

🔺OSTEMATRIX: Sumber kalsium, juga ada magnesium, vitamin D, zink, mangan & fosforus yang baik untuk tulang, milk booster, bantu mudah lawas, bantu elakkan sakit kaki, lutut, pinggang & cegah kena cramp.

🔺B-COMPLEX: Mengandungi asid folik. Vitamin B juga penting dalam membantu menghasilkan sel darah merah dan anti stress vitamin.

🔺VITA LEA: Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan. Zinc dalam VITA LEA membantu merawat dan mengeringkan luka bersalin lebih cepat.

🔺OMEGA GUARD: EPA DHA utk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit.

Untuk lebih penjimatan, kak ja syorkan korang daftar ahli dengan bayaran RM75 sahaja.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit