Wednesday, 1 February 2017

PROMOSI FEBRUARI 2017

Assalamulaikum
Dah 1hb Februari harini. Masuk je awal bulan, pasti korang pencinta Shaklee tertanya-tanya, tertunggu-tunggu promosi Shaklee kan.
So, bulan ni ada promosi Ostematrix, Vitalea For Children, Lecithin, Alfalfa dan yang HOT lagi kebaboomm…VIVIX.





1. Ostematrix
Suplemen kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral lain ini penting untuk kesihatan tulang, gigi dan otot, mencegah sembelit, melegakan sengal otot dan sakit pinggang dan belakang. Ia juga membantu tidur yang lebih berkualiti.
Ostematrix bulan ini boleh didapati dengan:
§  Beli 6 percuma 1
§  Beli 2 dengan 5% diskaun (twinpack)

2. Vitalea For Children
Vitalea FC adalah multivitamin lengkap berperisa anggur yang mudah dikunyah dan sesuai diberikan kepada anak-anak bagi memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.
Vitalea FC boleh didapati dengan beli 3 percuma 1

3. Item Clearance Untuk Produk Terpilih
Shaklee menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk 2 produk berikut. Item ini adalah untuk clearance disebabkan expiry date yang agak hampir.

a. Lecithin (Expiry Date: April 2017)
Agen pengemulsi semulajadi kegemaran ramai untuk membantu pengurusan berat badan, meningkatkan kecerdasan dan fungsi otak, melegakan masalah sembelit serta membantu masalah liang susu tersumbat di kalangan ibu menyusu.

b. Alfalfa Complex (Alfalfa S – Expiry Date Ogos 2017, Alfalfa L – Expiry Date June 2017)
Alfalfa digelar Raja Tumbuhan disebabkan kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Alfalfa telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi sebagai agen detoks, penggalak susu (milk booster), anti radang yang melegakan gout dan alahan, anti kulat bagi yang mengalami keputihan dan banyak lagi manfaat kepada kesihatan keseluruhan.


Untuk 2 bulan, Februari dan Mac, anda boleh dapatkan tawaran istimewa ini dengan setiap pembelian twin pack Vivix:
§  Mug Shaklee yang comel berharga rm10.60
§  2 paper bag “Creating Healthier Lives”
§  Keahlian PERCUMA bernilai rm68.90
§  Cash bonus bernilai rm34
§  Kos penghantaran percuma

JOM CEPAT SEMENTARA TENGAH HARGA PROMOSI NI.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 5 November 2016

Kenapa Pilih Shaklee?

Kalau tanya pasal suplemen, apa pendapat korang?

Mesti ada yang tertanya-tanya. Berkesan ke? Tak payah lah. Mesti mahal. Ubat hospital kan ada.

Itulah tanggapan kak ja suatu ketika dulu. Sebut je pasal suplemen, memang malas nak ambik tau. Takut buang duit, takut tak berkesan, takut tak selamat.

Tapi kan...itu kak ja yang dulu. Sekarang, persepsi tu semua memang meleset sama sekali lepas jumpa satu²nya produk makanan tambahan yang benar² meyakinkan.

Antara Produk Shaklee Yang Terawal Kak Ja Makan


Kak ja ni takde lah sakit yang serius pun. (Alhamdulillah, Allah beri kesihatan yang baik). Cuma dulu, kerap sangat selsema dan gatal² 1 badan.

Bab gatal² ni kan, bertahun² kak ja alami. Tiap² bulan wajib kena. Sampaikan rasa malu nak berdepan dengan orang bila kegatalan tu menular kat bahagian yang mudah nampak. Isk..rasa cam nak bertelekung je masa tu.https://www.facebook.com/images/emoji.php/v6/f51/1/16/1f603.png😃https://www.facebook.com/images/emoji.php/v6/f51/1/16/1f603.png😃

Kak ja sendiri tak tau apa puncanya. Bila datang je gatal² ni, memang ke hospital ambik ubat dan injection. Doktor kata, sebab darah 'kotor'.

Mungkin jugaklah kot. Sebab lepas kak ja kenal #alfalfa, konsisten makan berbulan² barulah gatal² ni beransur baik sikit-sikit. Tapi, sebelum tu memang mengadap lah healing crisis yang giler². Tapi, tak kisah. Janji sihat!

Selsema pun dah susah nak kena lepas konsisten vitamin c. Yang bestnya vitamin c ni, memang ohsem! Bukan setakat legakan selsema kak ja, tapi bonusnya dapat kulit yang licin, bersih dan cantik . Eh..https://www.facebook.com/images/emoji.php/v6/ffb/1/16/1f64a.png🙊.

Tapi, bukan lah makan harini esok terus ok. Kenalah konsisten setiap hari. Nama pun suplemen aka makanan tambahan. Bukannya ubat. So, kenalah jaga makan jugak, sabar, yakin dan rajin² lah berdoa semoga diberi kesihatan yang baik.

Alhamdulillah, sejak kenal #shaklee 3 tahun yang lepas, kak ja rasa lebih sihat. Dan yang bestnya bila family pun terjebak sama guna produk shaklee https://www.facebook.com/images/emoji.php/v6/f7f/1/16/1f60a.png😊.

Jom berubah untuk kehidupan yang lebih sihat.

Pilih produk yang SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#rakanshakleeanda
#wahm

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Tuesday, 9 August 2016

Set Menyusu Shaklee


Bila sebut set menyusu Shaklee, kebanyakan daripada kita pasti pernah dengar atau baca mengenainya. Dengan bantuan uncle Google, pelbagai info tentang set menyusu ni yang boleh kita dapat.

Set menyusu Shaklee diambil oleh ramai ibu-ibu menyusu seluruh malaysia bagi membantu kami menjayakan misi penyusuan susu ibu. Bagaimana set ini membantu ibu-ibu menyusu?



Kak Ja akan terangkan satu persatu set- set menyusu mengikut bajet dan keperluan ibu.

Set menyusu Shaklee terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Set Menyusu Dan Harganya.





Fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut:

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni protein. Kalau tengok carta piramid makananan, protein boleh didapati dari sumber tenusu atau daging dan makanan laut. Tapi cara kita memasak selalunya telah memusnahkan protein dalam makanan tersebut. Protein akan termusnah pada suhu melebihi 37 darjah celcius. Kalau minum ESP, nanti kita akan nampak susu badan menjadi lebih pekat. Bayi yang minum susu ibu pula akan kenyang lebih lama. Protein ESP membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik di samping memberi tenaga kepada ibu. Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi cerah dan gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP. ESP ni memang terkenal sebagai ejen yang membantu menambah dan memekatkan susu ibu di samping menjadikan ibu menyusu berasa kenyang.

Alfalfa

Alfalfa tergolong dalam kalangan galactagogue yakni herba yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan (milk booster). Selain alfalfa, halba dan adas juga tergolong sebagai galactogogue dan menjadi bahan dalam teh penambah susu badan yang terdapat di pasaran. Selain itu, alfalfa juga memberi tenaga kepada ibu.

Ostematrix

Ostematrix ni sebenarnya kalsium magnesium dan Vitamin D. Masa hamil, baby perlukan bekalan kalsium yang banyak untuk membentuk tulang. Jika ibu tak ambil kalsium yang cukup, kalsium dari tubuh ibu yakni dari tulang dan gigi akan diserap bagi membekalkan kalsium yang cukup kepada bayi. Begitu juga ibu menyusu. Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu yang kaya dengan kalsium dan zat lain. Oleh itu, ibu wajar ambil kalsium yang secukupnya untuk mengelak masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang akibat kalsium yang telah diserap. Kita berkobar-kobar nak beri yang terbaik untuk anak tapi tak naklah sampai rosakkan badan sendiri pula. Keluarga kita memerlukan seorang ibu dan isteri yang sihat untuk kesejahteraan kan? Pastikan Kalsium kita mencukupi ye.

Selain tu, kekurangan kalsium memberi kesan semasa PMS (Pra Menstrual Syndrome). Masa nak dekat datang bulan, susu akan menjadi kurang dengan tiba- tiba. Sebenarnya, masa ni kalsium dalam tubuh jadi kurang. Untuk elak masalah ni, ibu digalakkan ambil bekalan kalsium yang mencukupi. Kalsium juga elok dalam menangani masalah “period pain” iaitu kekejangan dan sakit di bahagian rahim semasa datang bulan.

Dan pengambilan ostematrix ni jugak bantu ibu2 dari mengalami masalah sembelit.

Vitalea, B Complex dan Vitamin C merupakan vitamin asas yang ada dalam apa juga set yang ditawarkan. Ianya merupakan gabungan vitamin yang bertindak seperti berikut:

Vitamin B Complex

B Complex berfungsi membantu ibu mengawal tekanan. Salah satu faktor mempengaruhi kuantiti susu ibu ialah emosi ibu sendiri. Ibu yang stress menyebabkan susu merudum manakala emosi gembira membuatkan susu lebih banyak terhasil. Nak bonus lagi? B is for beauty. Vitamin B Complex mengandungi unsur yang mempengaruhi warna kulit, memberikan tona kulit yang sekata buat ibu.

Vitamin C

Berfungsi meningkatkan imunisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi. Kesihatan ibu amat penting. Jika ibu demam atau sakit, susu akan merudum. Di samping itu, khasiat vitamin C ini juga disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dijangkiti penyakit. Ini diakui oleh ramai ibu menyusu yang mengambil vitamin C

Vitalea.

Merupakan multivitamin yang mengisi ruang2 kosong nutrisi yang diperoleh dari sumber makanan. Kajian menunjukkan individu yang konsistem mengambil vitalea sukar dijangkiti penyakit dalam setahun. Uniknya Vitalea, ianya diengkapi dengan Iron, supplemen yang membantu dalam penghasilan hemglobin darah dan mengelak masalah anemia.

Benarkah Set Menyusu Shaklee Boleh Tambah Susu Badan?

Konsep asas untuk tambah susu ibu ialah penawaran dan permintaan. Semakin kerap susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan terhasil. Dalam erti kata lain, semakin kerap bayi menyusu atau makin kerap susu di pam keluar, penghasilannya akan menjadi semakin banyak. Ini kerana, bila susu dikeluarkan dengan kerap, signal akan dihantar ke otak mengatakan susu tidak cukup. Oleh itu, otak akan mengarahkan kilang yang menghasilkan susu untuk mengeluarkan susu dengan lebih banyak. Harus diingat bahawa otak merupakan pusat kawalan tubuh kita. Jadi, bagaimana set menyusu Shaklee boleh membantu tambah susu badan?

Faktor- faktor berikut mempengaruhi jumlah susu ibu yang dihasilkan
1. Kekerapan susu dipam keluar/ bayi disusukan
2. Kestabilan hormon ibu
3. Kestabilan emosi ibu
4. Taraf kesihatan ibu
5. Pengambilan pil perancang atau ubat tertentu

Bagi ibu yang ada masalah SLE atau bayi yang ada prolonged jaundice, pengambilan alfalfa adalah tidak digalakkan.


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.



Friday, 5 August 2016

TIPS RANCANG KEWANGAN


DUIT OH DUIT

Sebut pasal duit, 
ada yang senyum, 
ada yang muka ketat,
ada yang garu kepala.

Besarnya pengaruh duit kan. Tapi, jangan sampai ada yang jadi hamba duit pulak ye.

Harini kak ja nak kongsikan sikit TIPS RANCANG KEWANGAN. Let's check it out.

💸 Terima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.
💸 Budget perbelanjaan harian & bulanan.
💸 Berbelanja yang perlu sahaja - jangan belanja ikut nafsu. Ini kang tengok jiran sebelah tukar lemari baru, kita pun nak tukar. Tak payah sibuk nak berlawan.
💸 SAY NO TO CREDIT CARD - kebanyakan orang bangga bila ada kredit kad. Berlagak macam banyak duit. Hakikatnya berhutang dengan bank. Lepas tu bila kena black list marahkan bank.
💸 Catit duit keluar masuk - kalau boleh simpan resit perbelanjaan. So, kita tau mana peginya duit kita tu. (Psstt..dalam purse kak ja memang banyak resit https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/ud0/1/16/1f602.png😂)
💸 Bayar hutang dulu - bila dapat gaji, langsaikan hutang dulu. Janganlah pulak ko sibuk berjoli sakan. Lepastu, bila dah tengah bulan baru ingat hutang tak bayar lagi.
💸 Elakkan makan di luar - sekali sekala boleh lah. Sebulan sekali ke kan. Eh..kalau masak sendiri, korang jimat 30-40% tau. So, rajin² lah masak ye.
💸 Rancang harta bila tiba ajal - ha..bab ni ramai yang tak ambil berat. Tolonglah wariskan harta korang yang menimbun² tu pada pihak yang betul. Jangan biarkan harta korang tu beku macam tu je bila korang dah takde nanti.
💸 Bersedekah - yang ni jangan lupa. Sebenarnya, bila bersedekah harta kita takkan berkurangan pun. Malah, kita akan rasa cukup walaupun sedikit
💸 Menabung - jangan lupa menabung setiap hari, setiap bulan. Sikit² lama² membukit. Kalau korang langsung tak menabung, mana nak datangnya simpanan.
💸 DISIPLIN - ni PALING PENTING. Kalau korang listkan 1001 tips pun, tapi diri sendiri tak boleh nak follow, takde disiplin..lupa kan lah. Memang ke laut lah jawabnya.

So, bolehlah korang cuba amalkan tips² tu perlahan² ye.

Ada yang nak tips produk/vitamin mana yang sesuai untuk korang?

Boleh hubungi kak ja.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.





Wednesday, 3 August 2016

TRIP SHAKLEE KE USA


Team Shaklee ke USA? Agak² korang apa perasaan kak ja?

Opkos lah rasa semangat dan berkobar² nak ke sana jugak. Tengok masing² hangkut bag..memang jeles beb. Muka semua ceria je. Aik…dapat trip free takkan nak bawak muka masam pulak kan? hehehe..

Sapa yang tak nak pegi? Segala²nya ditanggung. Siap dapat duit belanja lagi. Duduk pulak hotel 5 star. Makan sedap. Boleh bawak anak² pulak tu. 

Untungnya sapa yang berpeluang join trip ni kan. Tapi, bukan senang² nak dapat. Sapa yang usaha dia yang dapat. Jomlah sama2 kita berusaha ye.

Doakan kak ja dapat join next trip 2018.

Nak jugak rasa bercuti FREE. Sesiapa yang nak join kak ja, boleh hubungi kak ja ye.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.





Tuesday, 2 August 2016

HQ Shaklee Di Pleasanton, California


#tsunamishaklee

Nak cerita tentang  HQ Shaklee di US, tak dapatlah kak ja nak ceritakan secara detail. Sebab kak ja sendiri belum pernah sampai ke sana. 

Tapi geng-geng Shaklee yang dah pernah pegi sana..mesti tau macam mana bestnya kan? Ada yang teruja, ada yang tak nak balik ke Malaysia pun ada. Memang seronok sangat lah tu

Yang kak ja tau hasil pencarian bersama pakcik google, bangunan di sana direka khas oleh seorang arkitek terkenal dunia, Gensler. Ianya direka selari dengan konsep mesra bumi. Ini kerana, semua produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi semata-mata.

Selain tu, bahan² kayu dan pintu pula diambil dari kawasan hutan mampan. Permaidani nya pun dibuat dari bahan kitar semula. Wahh... memang mesra alam betul.

Dalam ofis Shaklee tu, semuanya guna sensor pergerakan. Bila takde orang, suis lampu akan tertutup sendiri. Jadi, memang jimat tenaga elektrik. Eh, kalau lah boleh apply kat rumah sendiri, memang jimat bil elektrik kan. Hihi..

Kalau tengok dalam gambar, nampak tanaman landskap yang dijaga rapi. Fuh..memang tenang dan segar je udara kat situ kan. Sejuk je mata memandang. Terbang segala tekanan dan masalah kerja.

Sebenarnya banyak lagi yang best tentang HQ Shaklee ni. Nantilah kak ja cite bila dah dapat join trip ke sana. Korang doakan kak ja tau.


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, 31 July 2016

Bestnya Ganjaran Dari Shaklee



#tsunamishaklee

Assalamualaikum korang.

Ok. Harini kak ja nak share sikit pasal reward dari Shaklee.
Shaklee bukan setakat bagi reward dalam bentuk cash bonus (dibayar pada setiap pertengahan bulan).

Tapi, yang bestnya shaklee ada tawarkan trip ke dalam dan luar negara. Segala2nya Shaklee sponsor. Korang tak payah susah payah nak keluar duit sesen pun. Best kan?

Tapi, Shaklee tak bagi ganjaran ni pada sebarangan orang. Ada terma dan syaratnya. Kena capai target, penuhi syarat yang ditetapkan... insyaAllah, dapatlah join trip Shaklee ni.

Memang best dan beruntung siapa yang dapat join trip ni. Dapat duduk hotel 5 star, makan sedap², melancong sana sini, shopping kat negara orang. Wahhhh...memang bestlah. Sapa yang tak nak kan? FREE tu.

Semoga satu hari nanti kak ja pun berpeluang join trip shaklee. Aminn.


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit