Friday 5 August 2016

TIPS RANCANG KEWANGAN


DUIT OH DUIT

Sebut pasal duit, 
ada yang senyum, 
ada yang muka ketat,
ada yang garu kepala.

Besarnya pengaruh duit kan. Tapi, jangan sampai ada yang jadi hamba duit pulak ye.

Harini kak ja nak kongsikan sikit TIPS RANCANG KEWANGAN. Let's check it out.

💸 Terima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.
💸 Budget perbelanjaan harian & bulanan.
💸 Berbelanja yang perlu sahaja - jangan belanja ikut nafsu. Ini kang tengok jiran sebelah tukar lemari baru, kita pun nak tukar. Tak payah sibuk nak berlawan.
💸 SAY NO TO CREDIT CARD - kebanyakan orang bangga bila ada kredit kad. Berlagak macam banyak duit. Hakikatnya berhutang dengan bank. Lepas tu bila kena black list marahkan bank.
💸 Catit duit keluar masuk - kalau boleh simpan resit perbelanjaan. So, kita tau mana peginya duit kita tu. (Psstt..dalam purse kak ja memang banyak resit https://www.facebook.com/images/emoji.php/v5/ud0/1/16/1f602.png😂)
💸 Bayar hutang dulu - bila dapat gaji, langsaikan hutang dulu. Janganlah pulak ko sibuk berjoli sakan. Lepastu, bila dah tengah bulan baru ingat hutang tak bayar lagi.
💸 Elakkan makan di luar - sekali sekala boleh lah. Sebulan sekali ke kan. Eh..kalau masak sendiri, korang jimat 30-40% tau. So, rajin² lah masak ye.
💸 Rancang harta bila tiba ajal - ha..bab ni ramai yang tak ambil berat. Tolonglah wariskan harta korang yang menimbun² tu pada pihak yang betul. Jangan biarkan harta korang tu beku macam tu je bila korang dah takde nanti.
💸 Bersedekah - yang ni jangan lupa. Sebenarnya, bila bersedekah harta kita takkan berkurangan pun. Malah, kita akan rasa cukup walaupun sedikit
💸 Menabung - jangan lupa menabung setiap hari, setiap bulan. Sikit² lama² membukit. Kalau korang langsung tak menabung, mana nak datangnya simpanan.
💸 DISIPLIN - ni PALING PENTING. Kalau korang listkan 1001 tips pun, tapi diri sendiri tak boleh nak follow, takde disiplin..lupa kan lah. Memang ke laut lah jawabnya.

So, bolehlah korang cuba amalkan tips² tu perlahan² ye.

Ada yang nak tips produk/vitamin mana yang sesuai untuk korang?

Boleh hubungi kak ja.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.





No comments:

Post a Comment