Saturday, 10 June 2023

Testimoni Shaklee Saya

Assalamualaikum semua.
Terima kasih sebab korang masih sudi melayari blog kak ja. Bagi yang baru pertama kali menjejaki blog kak ja ni, rajin-rajinlah cari info yang bermanfaat ye.

Oklah. Kali ni kak ja nak kongsikan dengan korang semua pengalaman kak ja kena chicken pox. Tapi bukan kak ja sorang. Kena pulak berjemaah dengan anak dara kak ja yang berumur 10tahun. 


Dan kak ja rasa inilah testimoni Shaklee kak ja yang paling best abad ni.

Ceritanya macam ni. Bulan 5 haritu, kitorang ni dah beberapa hari asyik demam je. Dah tu demamnya on off pulak tu. Pagi demam, ambil panadol, ambil suplemen...deman kebah. Lepastu malam demam balik. Begitulah selama hampir 3 hari. Selera makan pun hilang. Apa sahaja yang lalu kat tekak, semuanya takde rasa. Kak ja bancuh ESP 

campur dengan performance drink untuk hilangkan rasa payau kat tekak. Oklah...rasa segar sikit.

Masuk hari ketiga demam, naik macam jerawat besar kat bahagian hidung kak ja. Maira pulak bagitau kat badan dia naik bintik-bintik berair. Kak ja siap cakap, mungkin badan terlalu panas kot. Eh...rupa-rupanya kat badan kak ja pun naik bintik berair tu dan agak besar. Cuma kak ja je yang tak perasan sebelum ni. Kitorang siap pecahkan tau bintik berair tu. Dan yang bestnya, kitorang boleh pergi 2 kenduri kahwin tau. Masa tu badan dah rasa tak selesa sebenarnya. Tapi kuatkan diri jugak. Sebab dah lama tak pergi jemputan kahwin. Hahaha...

Esok paginya tu bangun tidur, nah! Naik bintik-bintik besar kat hampir seluruh muka. Macam nak nangis bila tengok muka sendiri kat depan cermin. Lepastu kak ja perasan kat tangan naik gelembung air. Terus bagitau suami, mintak tolong bawa pergi klinik. Rasa down sangat masa tu. Masa tu tak terpikir lagi yang kak ja dan anak kena chicken pox. Masih cuba mengatakan yang kak ja allergic ubat rasanya. Hahaha....

Sampai klinik, Alhamdulillah. Proses pendaftaran, jumpa doktor dan ambil ubat sangat cepat. Rupa-rupanya sah dan nyata yang kami kena chicken pox. Maklumlah seumur hidup kak ja tak pernah kena. Tu yang tak tau tu. Umur dah nak masuk 43tahun baru chicken pox datang menyapa 😂. Apalagi, kuarantin lah kami dua beranak. Oklah, ada juga peneman kan.

Sepanjang tempoh kuarantin, kak ja tak tinggalkan ubat dan suplemen. Sebab ada ubat yang kak ja perlu ambil untuk elakkan ianya jadi lebih teruk. So, pandai-pandailah adjust waktu makan ubat dan suplemen. Alhamdulillah, anak kak ja ni pun jenis yang 'kuat' dan senang telan ubat. So, kerja kak ja jadi lebih mudah.

Setiap hari, kitorang memang sangat-sangat jaga pemakanan dan suplemen. Nak cepat sihat kan. Kena lah disiplinkan diri. Kak ja ikut juga petua orang dulu-dulu. Air kelapa minum setiap hari. Elakkan kena hujan, sebab katanya nanti chicken pox tu boleh bernanah. Bila tengah tak sihat, tekak memang rasa payau. Bancuh ESP dan performance drink. Kak ja memang suka bancuh dengan air sejuk. Minum lah dengan anak dara kak ja. Perut pun kenyang. Lagipun nak cepat hilangkan parut chicken pox ni, kenalah rajin minum ESP.

Vitamin c kak ja ambil 3 biji sehari. Pagi, petang dan malam. Anak kak ja ambil sebiji vitamin c dàn 3 biji hero kiddo. Vitamin c dengan hero kiddo ni bagus lah untuk mantapkan imun badan. Kak ja topup lagi dengan Vivix, Alfalfa, Dtx Complex, Vita-Lea Iron dan Ostenutrix. 

Alfalfa dan Dtx tu kak ja ambil untuk detoks. Lagi satu, bila kak ja ambil dua² vitamin ni, kak ja perasan chicken pox kak ja ni cepat je keluar dan 'matang'. Vita-Lea tu untuk cover balik nutrisi yang tak cukup dalam badan. Maklumlah, bila tak sihat ni makan pun tak menentu. Lepastu waktu malam, kami dua beranak ambil ostenutrix sebelum tidur. Korang pun tau kan. Bila kena chicken pox ni, gatalnya tak boleh nak cakap. Kalau terjaga, mesti rasa nak garu. Tapi bila dah telan ostenutrix, lena lah sikit tidur tu.

Oh ye. Lagi satu, kitorang memang sapu krim herbal blend untuk sapu seluruh muka dan badan. Sebab krim herbal blend ni bebas paraben. Jadinya memang selamat nak sapu kat kulit terutama bahagian muka. Bila sapu tu, rasa sejuk dan kurang lah sikit rasa gatal tu. Kak ja tak cari pun daun semambu sebab tak tau nak cari kat mana. Nasib baik ada krim ni sebagai penyelamat. Tengoklah tu. 


Habis bekas krim tu kak ja potong. Guna sampai licin. Sepanjang kena chicken pox ni, kak ja guna 2 tiub krim. Memang puas hati lah.

Alhamdulillah, masuk hari keempat chicken pox makin baik. Gatal-gatal pun dah kurang. Chicken pox dah makin kering. Syukur sangat. Dan yang paling best, parut yang ditinggalkan taklah terlalu teruk. Boleh tengok gambar yang kak ja share ni.



Anak dara kak ja, memang laju minum ESP setiap hari. Sampai sekarang, memang dia tak skip. Katanya nak kulit lebih cantik dari sebelum kena chicken pox 😆.

Syukur sangat sebab kak ja kenal Shaklee dah lama. Kalau tak, jenuh jugak nak hilangkan parut chicken pox ni. Semoga perkongsian testimoni Shaklee kak ja ni sedikit sebanyak dapat beri manfaat pada pembaca semua. Dan semoga ada rezeki kak ja untuk dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com .

Korang yang nak dapatkan produk Shaklee, nak jana pendapatan degan Shaklee, jangan lupa roger kak ja ye.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Tuesday, 6 June 2023

Multivitamin Kini Berwajah Baru

Nama asal Vitalea ialah Vitalized Mineral. Ia diperkenalkan pada tahun 1915 oleh Dr Forest C Shaklee. Masa tu Vita-Lea ni didatangkan dalam bentuk cecair.


Vita-Lea ni adalah produk yang paling lama berada di pasaran iaitu lebih 100 tahun. Ianya juga dikenali sebagai multivitamin shaklee. Dan formulasinya telah melalui beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kalau nak tau, Vita-Lea ni antara produk yang paling laris dan paling disukai oleh pengguna. Dan kini Vita-Lea telah melalui pertukaran nama buat kali keempat selepas 100 tahun. Kini ianya dikenali sebagai VITALIZE.


Vitalize adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Manfaat Kandungan Vitamin Dan Mineral Dalam Vitalize.


1. Magnesium
Membantu kesihatan tulang serta memelihara sistem saraf dan fungsi otot.

2. Vitamin A
Untuk kesihatan mata.

3. Iodin
Untuk pertumbuhan hormon yang sihat.

4. Vitamin B
Untuk perkembangan otak, meningkatkan konsentrasi, dan fokus serta membekalkan tenaga.

5. Zat Besi
Membantu penghasilan sel darah merah.

6. Vitamin C
Untuk gusi, kuku dan kulit yang sihat.

7. Zinc
Membantu meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

8. Kalsium dan Vitamin D
Membantu perkembangan dan kesihatan tulang.

Vitalize banyak manfaat nya. Antaranya :


1. memberi tenaga, mencergaskan tubuh badan dan memberi kekuatan mental dalam membantu sistem memori dan fokus yang penting dalam proses belajar dan juga aktiviti harian.
2. membantu melengkapkan nutrisi penting yang terkurang akibat daripada amalan diet yang tidak seimbang seperti vegetarian dan penghidap anemia.
3. meningkat keupayaan sistem produktif yang penting kepada kanak-kanak dan remaja.
4. membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melambatkan proses penuaan.
membantu kesihatan rambut, kulit, kuku, otot dan hormon.
5. menjaga kesihatan tiroid (tidak disarankan untuk penghidap hyperthyroidism)
6. melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Siapa Perlukan Vitalize?


1. Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang.
2. Individu yang tidak lengkap diet hariannya.
3. Individu yang ingin meningkatkan sistem imun.
4. Remaja yang sedang membesar.
5. Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka.
6. Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki.
7. Individu yang mengalami menopous.
8. Wanita yang baru bersalin.
9. Wanita hamil.
10. Wanita yang pentingkan kecantikan.
Individu yang mempunyai tekanan darah rendah.
11. Individu yang ingin stabilkan BMI.
12. Individu berkerjaya.

Vitalize telah dipilih oleh Centre for Science di USA sebagai the best multi-vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Tak sabar ni nak tunggu kehadiran vitalize berwajah baru. Dengar kata dalam bulan Jun ni akan masuk. Tunggu...

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Friday, 2 June 2023

Kata-kata Motivasi Diri

Perjalanan hidup ni tak semudah seperti yang kita sangkakan. Hidup ni macam roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. Adakalanya kita gembira, adakalanya kita berduka. Adakalanya kita sihat, ada kalanya kita sakit. Adakalanya kita berharta, adakalanya kita kesempitan. Inilah lumrah kehidupan. 


Namun, jangan sesekali kita menyalahkan takdir. Allah ciptakan kita sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini. Takkan kita masih nak bersangka buruk dengan Maha Pencipta kita.

Untuk berjaya dalam hidup, perlukan banyak pengorbanan. Kak ja ambil contoh diri kak ja sendiri. Kak ja dilahirkan dalam keluarga yang hidup dalam serba serbi sederhana. Ikutkan masa kak ja kecil dulu, kehidupan kami bukanlah senang mana pun. Dengan abah seorang yang bekerja. Gaji pulak masa tu besar mana kan? Dengan adik beradik 6 orang yang sedang membesar. Mak pula kadangkala buat kuih dan nasi lemak untuk dijual. Dapatlah bantu abah serba sedikit.

Tapi, kak ja memang salute betul dengan mak. Sedikit pun tak pernah mengeluh. Mak sangat sabar dan tabah. Walaupun mak hanya surirumah, tapi mak cukup berjimat cermat orangnya. Pandai atur keperluan rumah dengan baik.

Dan sekarang, Alhamdulillah mak abah dah boleh hidup selesa. Tapi itulah, jiwa orang bisnes ni lain. Masih tetap nak berjualan walaupun segala-galanya dah cukup. Itu sebab kak ja pun suka berbisnes. Sedikit sebanyak darah bisnes mengalir juga dalam diri ni.


Kak ja pernah bekerja sebelum ni. Tapi terpaksa lepaskan jawatan yang dipegang tu atas alasan tersendiri. Perlahan-lahan kak ja bantu suami berniaga. Sambil tu kak ja buat juga bisnes online yang lain. Macam-macam produk yang kak ja jual. Tapi tak lama mana pun. Give up. Memang ada rasa tu dalam diri. Kadang-kadang terfikir, kenapa perjalanan hidup aku tak semudah orang lain? Kenapa aku perlu hadap semua ni?

Sehinggalah akhirnya kak ja serius nak buat bisnes Shaklee. Dan sehingga ke harini kak ja masih setia dengan Shaklee sambil meneruskan perniagaan hakiki. Berniaga ni bukan mudah. Banyak modal yang diperlukan. Kena rajin. Bila kita usaha lebih, maka lebihlah ganjaran yang kita bakal dapat. Jika tidak, sebaliknya. 


Satu je..apa pun yang kita lakukan kena SABAR dan RAJIN. Yakinlah, bahawa setiap apa yang berlaku, semua dengan izin Allah. Tiada satu pun di atas muka bumi ini yang bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dariNya.

Ingat! Allah dah susun jalan hidup kita dengan begitu cantik sekali. Jangan pernah berputus asa. Teruskan melangkah walaupun pernah jatuh banyak kali. Cari individu yang boleh memberikan kata-kata motivasi. Yang boleh menaikkan semangat. Yakin! Allah sentiasa bersama kita.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023





Friday, 26 May 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

"Kak, kalau daftar ahli mahal tak?"
"Kak, keahlian ni kena renew ke setiap tahun?"
"Sis, macam mana nak renew membership?"

Ni antara soalan-soalan favourite yang kami selalu dapat. Tapi bagi kami SID Shaklee, ini soalan biasa je. Small matter bak kata orang kampung kak ja 😁.

Biasanya expired date satu² keahlian mesti ikut tarikh pendaftaran kan? Tapi biasanya, kita memang selalu lupa tarikh expired. Tau² je bila nak gunakan keahlian tu, dah expired. Masa tu lah baru terhegeh-hegeh nak renew. Kalau nak renew tu caranya mudah, takpelah jugak. Ni yang memang tak pernah ambil tau, memang haru jugak dibuatnya.

Tapi kan, Shaklee ni bagus sangat. Expired date bagi semua keahlian SID Shaklee sama dengan tarikh lahir masing-masing. Ha...senang kan? 
Ingat tarikh lahir, ingatlah nak renew road tax, ingatlah nak renew membership Shaklee.

Tapi yang bestnya, tak perlu nak tunggu sampai tarikh lahir. Kalau SID ada buat belian secara terus melalui website Shaklee sekurang²nya 3 bulan sebelum tarikh lahir, automatik keahlian diperbaharui. Mudah kan? 

Kadang-kadang Shaklee buat promosi yang membolehkan SID terus renew keahlian masing2 secara automatik bila cukup syarat yang ditetapkan. Sebagai contoh : belian produk dengan UV melebihi 30, automatik keahlian diperbaharui.


Ataupun kalau tak nak buat apa2 belian, boleh je terus buat bayaran sebanyak RM35 untuk renewal Shaklee. 

Semuanya boleh dilakukan sendiri di website Shaklee. Kalau ada di kalangan SID yang tak tau cara nak renew keahlian, biasanya mereka akan rujuk terus pada upline masing-masing.

Dan jangan lupa. Untuk bulan ni masih ada lagi promosi 'free membership'. 
Nak dapatkan info lebih lanjut, jangan lupa hubungi kak ja.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Wednesday, 24 May 2023

Cara Nak Dapatkan Vitamin Percuma

Zaman sekarang ni zaman orang sibuk cari duit. Segala-galanya perlukan duit. Petrol nak kena isi, barang dapur nak kena beli, utiliti bil nak kena bayar. Tu belum lagi kira komitmen bulanan yang lain. Pecah kepala dibuatnya. Sebab tu ramai yang cari income tambahan.



Kadang-kadang tu terpaksa 'cut' perbelanjaan yang lain sebab tak nak belum sampai hujung bulan, duit gaji dah habis. Tapi kak ja pelik jugak dengan sikap sesetengah individu ni. Sanggup berhabis duit beli barang yang tak perlu. Tapi bila kita ajak invest untuk kesihatan...tup tup katanya takde duit lah. Tak perlulah. Tak makan lah. Takut rosak buah pinggang lah. Alahai....Korang tau tak? Kak ja ni dah banyak kali dapat makan vitamin percuma.


Ha...mesti korang teruja nak tau kan dari mana pulak datangnya percuma tu? Siapa pulak lah yang baik hati nak bagi tu kan. Ke kak ja yang pandai-pandai buat cerita je ni. 

Korang kalau nak tau, teruskan lah membaca ye.

Setiap bulan kak ja tak pernah missed order vitamin Shaklee ni. Samada untuk makan sendiri atau untuk consumer lain. Ala..zaman sekarang ni serba canggih. Tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter. Segalanya bermula dan selesai di hujung jari anda. Ha...gitu tau. Harini order, esok sampai. Esok order, tulat sampai. Cepat dan mudah. 

Itu baru bab order. Sabarrrr....kak ja tau korang tak sabar nak tau macam mana dapat makan vitamin percuma kan?

Pergi pulak bab offer bulanan. 
Shaklee ni tiap-tiap bulan mesti buat offer untuk semua pengedar Shaklee. Ada jugak offer untuk yang belum daftar ahli. Contohnya set Hello New YOU. 


Beli Set Hello New You dapat PERCUMA 1 canister cinch shake. Dah dapat makan vitamin percuma.

Nanti....Ada lagi.
Bulan ni masih lagi dilanjutkan promosi Set Rahmah. Kalau ikutkan dengan harga RM99 tu, cuma dapat beli sebotol vitamin c sahaja.


Tapi bila ada offer macam ni, dapatlah sebotol vitamin c dan 1 canister ESP. Kiranya ESP tu dapat percuma.

Belum lagi bila Shaklee buat offer belian 2 botol dengan diskaun 50%. Atau beli 1 percuma 1. So, nampak kan cara macam mana nak dapat vitamin percuma?

Tapi yang paling best, setiap bulan kak ja terima cash bonus dari Shaklee. Tapi tulah...Shaklee janji masuk bonus 15hb setiap bulan. Tapi 14hb dah dapat bonus. Kadang-kadang tu 13hb tau-tau je dah masuk. Lagi surprise bila 12hb tengok bank akaun makin bertambah dengan bonus Shaklee. Seolah-olah macam kak ja tak keluarkan duit pun masa beli vitamin Shaklee tu kan? Sebab Shaklee 'bayar semula' dengan CASH REBATE.

BEST TAK?

Sudah tentulah best kan? Rugi sangat kalau korang tak bertindak sekarang.

Nak join team kak ja?
Jangan lupa contact kak ja tau.
Kita buat sampai jadi.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Tuesday, 16 May 2023

Turun Berat Badan Dengan Mudah Dengan Set Hello New You

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera.
Terima kasih sebab korang sudi follow blog kak ja.

Entri yang lepas kak ja banyak share pasal open house, menu hari raya, makan-makan bagai. Fuh! Raya² ni memang puas lah asyik makan je kan. Macam-macam hidangan boleh kita jumpa. Tapi tulah, asyik makan je jangan sampai kesihatan pun terabai.

Sama²lah jaga kesihatan diri tu. Kang tak pasal² macam-macam penyakit pulak datang. Yang darah tinggi naik, kencing manis datang bertandang, kolesterol meningkat. Siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susah.

Nahhh, bulan ni ada promosi special untuk korang!



Jom try promo set Hello New You Shaklee ni. Sangat complete!! Sangat best!! Dan ianya berkesan!

Antara set yang PALINGGGG LARISSSS bulan ni, almaklumlah dah penghujung raya kan..

Mcm mana Set Hello New You ni akan membantu korang untuk diet? 

Apa yang ada dalam Set Hello New You ni?


✅Cinch Shake 
-membantu turun berat badan tanpa susut otot sebab mengandungi LEUCINE. Jadi badan takkan menggelebeh atau berat rebound. 

✅Lecithin
-Membantu EMULSI LEMAK aka memecahkan lemak supaya lemak lebih mudah terbakar.

✅Omega Guard 
-Membantu cepatkan proses pembakaran lemak.

✅Herblax
-Bantu detoks dan bersihkan usus, singkirkan kotoran yang jadi sisa atau kerak najis di dinding usus yang merupakan salah satu punca perut buncit.

Bila konsisten amalkan, lepas exercise pun badan tak rasa cepat letih, tak rasa lemau. Malah korang akan rasa lebih fit & cergas berbanding masa dulu.

Ni antara testimoni yang dah berjaya dengan SET HELLO NEW YOU.

Testimoni #1

Testimoni #2
Ok jom saya guide sampai korang dapat berat ideal  😊😊.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023












Monday, 15 May 2023

Menu Open House Hari Raya

Pejam celik...pejam celik...dah nak sampai kita ke penghujung Syawal. Seronok betul berhari raya sampai tak sedar masa yang kian pantas berlalu.

Mana taknya. Ini lah masanya kita nak ziarah sanak saudara, berkunjung ke rumah kawan-kawan, buat open house, terima undangan open house. Fuh! Meriah betul raya kali ni ye.


Kak ja macam biasa, setiap kali raya akan balik ke rumah mak abah. Tapi tahun ni mak abah tak buat pun open house Hari Raya. Sebab setiap kali raya memang rumah kami selalu terbuka untuk tetamu. Raya kedua dan ketiga memang tak berhenti rumah mak abah dikunjungi saudara mara. 


Biasanya kami hidangkan Mi Bandung. Tapi tahun ni kami hidangkan ketupat, masak lodeh, kuah kacang, rendang daging, kway teow goreng basah, dan kuih raya. Tapi menu pun biasanya berubah-ubah ikut situasi dan keadaan.

Seronok tau bila tengok makanan habis dimakan. Puas hati sangat bila tetamu pulang dengan perut kenyang 😂.

Kitorang pun tak lepaskan peluang untuk ziarah sanak saudara yang lain. Dapatlah kitorang konvoi ke Muar dan Melaka pergi beraya rumah makcik dan pakcik. Rumah pertama kami dihidangkan dengan nasi putih, kari ayam, ikan goreng, sambal belacan dan air sirap. Masa ni memang masing-masing berselera makan. Maklumlah rumah pertama dan kebetulan pulak kami sampai pada waktu tengahari. Memang ngam lah untuk isi perut 🤭.

Pergi rumah kedua masih lagi dengan hidangan yang berat. Laksa dan mi kari. Tapi kak ja cuma jamah sikit laksa yang dikongsi dengan anak dara kak ja.

Masuk rumah ketiga, kak ja surrender dah. Tak larat dah nak makan. Lebih banyak minum air je sebab cuaca pun panas sangat. Tapi bila pergi rumah keempat, kak ja jamah juga nasi impit dan kuah lontong. Kira macam makan malam lah.

Alhamdulillah, yang penting dapat berjumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Semoga dengan sambutan raya tahun ni, menjadikan kita insan yang lebih baik dalam menyantuni tetamu tak kira usia.

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023