Saturday, 2 March 2019

Punca Rambut Gugur Dan Cara Merawat


Rambut adalah mahkota bagi wanita. Malah seseorang lelaki juga akan kelihatan lebih kacak jika mempunyai rambut yang hitam dan lebat.



Menurut doktor, keguguran rambut adalah perkara biasa yang selalu berlaku. Akan tetapi, bila jumlah rambut yang gugur setiap hari melebihi 100 - 120 helai, maka itu boleh mendatangkan petaka terhadap kesihatan rambut Anda.

Rambut yang terus gugur lama kelamaan boleh menyebabkan keguguran. Ketika anda botak, pasti kepercayaan diri akan menurun. Untuk itu, penting sekali menjaga kesihatan rambut dari luar maupun dalam. Langkah mudah untuk merawat rambut gugur adalah dengan mengambil makanan sihat serta melaksanakan pola hidup sihat setiap hari.


APA PUNCA RAMBUT GUGUR?

1. Pengaruh Pengambilan Makanan
Pengambilan pemakanan yang tidak memenuhi standard juga menjadi punca rambut gugur dan tipis. Sekiranya anda sedang menjalankan program diet, jangan sampai ia menyebabkan keguguran rambut. Tetapkan pengambilan makanan tinggi gizi seperti zinc yang dapat menguatkan akar rambut.

2. Kesan Kemoterapi
Terapi kemo biasa ditujukan untuk pesakit kanser. Ada kesan dari kemoterapi iaitu rambut mudah gugur dan bahkan hingga mengalami keguguran. Sesungguhnya kesan daripada kemoterapi ini tidak hanya memberi kesan pada rambut di kulit kepala, tetapi juga pada wajah dan tubuh. Rambut baru akan tumbuh setelah beberapa bulan berhenti menjalani kemoterapi.

3. Kesan Ubat-ubatan
Ubat yang anda ambil juga mampu memberi kesan terhadap kesihatan rambut. Sebagai contoh ubat yang memberi reaksi positif terhadap jerawat, kemurungan, serta rasa sakit, akan tetapi kesan yang tak baik untuk rambut dan kulit kepala. Laporan ini telah dikeluarkan oleh para saintis di University of Melbourne.


4. Tekanan 
Tekanan psikologi boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan. Pada keadaan seperti ini biasanya pesakit akan mengalami penipisan rambut kepala tetapi tidak sampai menyebabkan keguguran. Elakkan tekanan psikologi dan fizikal dengan terus berfikir positif.

5. Melahirkan Anak
Adapun punca masalah rambut gugur yang pasti dialami kebanyakan perempuan adalah selepas menjalani proses bersalin. Biasanya rambut akan mengalami keguguran yang teruk pada masa enam bulan pertama selepas melahirkan anak. Masalah ini akan beransur pulih apabila kadar estrogen di dalam tubuhnya menjadi normal.

6. Kulit Kepala Tidak Sihat
Kulit kepala yang kotor dan tidak sihat, dengan mudah dijangkiti kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut. Oleh kerana itu, pastikan rambut dicuci dengan bersih selepas pemakaian.

7. Jarang Keramas
Rambut yang jarang dicuci akan berbau dan mudah gugur. Selain itu, jarang mencuci juga membuat rambut menjadi lembap dan berminyak. Keadaan rambut macam ini apabila terkena sinar matahari maka membuat rambut dalam keadaan berminyak sekaligus berpeluh. Peluh pada kulit kepala boleh diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan mengalami keguguran.

8. Hair Dryer
Sebaiknya elakkan pemakaian hair dryer (pengering rambut) setiap kali habis mandi. Alat ini akan memberi kesan rambut kering dan mudah patah. Sekaligus menyebabkan masalah rambut gugur.

9. Ikatan Rambut yang Terlalu Kuat


Rambut yang tidak memperoleh makanan seimbang boleh menjadi punca rambut gugur paling utama. Apabila akar rambut tidak cukup kuat, maka masalah remeh seperti mengikat rambut sedikit kuat sahaja boleh dengan mudah membuat rambut tertarik dan gugur.

10. Keturunan (Genetik)
Biasanya terjadi kepada kaum lelaki atau lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia. Rambut menjadi nipis dan berbentuk M. Lama kelamaan rambut akan menjadi semakin nipis dan mula menjadi botak.

11. Radikal Bebas
Punca rambut gugur terakhir yang perlu anda ketahui adalah disebabkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya penuaan awal. Biasanya radikal bebas dihadirkan oleh pencemaran udara dan bahan-bahan kimia. Radikal bebas juga memberi kesan terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.

12. Pemilihan Shampoo Yang Salah
Pemilihan shampoo yang salah akan menyebabkan rambut anda mudah gugur. Ini mungkin disebabkan bahan-bahan yang terkandung dalam shampoo. Jadi pemilihan shampoo yang betul dan sesuai perlu dititikberatkan.

13. Ketidakseimbangan Hormon
Ketidakseimbangan hormon estrogen di kalangan kaum wanita juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
Wanita yang menopaus juga kerap mengalami masalah keguguran rambut kerana hormon estrogen berkurangan.

14. Kekurangan Vitamin dan Zat Besi
Rambut yang kurang vitamin dan zat besi akan mudah dan cepat gugur. Zat besi sangat penting untuk peredaran oksigen ke folikel-folikel rambut. Kurangan protein akan menyebabkan akar rambut mudah rapuh manakala kekurangan zinc pula menyebabkan sel-sel rambut mudah rosak.

Jadi untuk menjaga dan
mengatasi masalah rambut gugur ini , boleh cuba ambil vitamin bagi lengkapkan keperluan rambut



·     Energizing Soy Protein
Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Ini kerana protein sangat penting dalam pembentukan dan penghasilan sel-sel baru dalam badan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 

·     B-complex
Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B-complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamin B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. Kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 

·     Zinc Complex
Diet yang mengandungi kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan shampoo untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.

Jom jaga dan rawat rambut sebelum terus BOTAK!



KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday, 1 March 2019

Cara Mudah Atasi Ruam Lampin


Apakah Itu Ruam dan Puncanya?


Ruam biasanya akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan merengsakan terutamanya di bahagian pelipat seperti di celah kelangkang, kemaluan, punggung, bahagian leher dan peha bayi.

Sekiranya dijangkiti kuman, kawasan ruam akan kelihatan sangat merah, diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok. Ruam ini dipenuhi bintil-bintil kecil pada bahagian yang dijangkiti.

Kebiasaannya ruam berlaku kepada kulit bayi yang sensitif terhadap:

Air kencing – Lampin dipakai terlalu lama. Bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan menyebabkan lapisan pelindungan kulit musnah. Oleh itu, kulit akan menjadi merah dan berlaku keradangan.
Najis – Najis bayi menjadi sedikit berasid bergantung kepada pemakanan bayi dan ubat ubatan tertentu.
Bahan Kimia – Sabun mandian dan sabun membasuh lampin mungkin mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kerengsaan kepada bayi. Oleh itu, gunakan sabun khas untuk bayi anda.

Macam mana mahu tahu bayi terkena Ruam Lampin?
Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Tips Penjagaan Kulit Bayi Yang Terkena Ruam

1. Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan kering.
Dedahkan bahagian terkena ruam pada udara terutamanya apabila ruam sudah kelihatan atau menjadi semakin teruk.
2. Kerap menukar lampin bayi.



Jangan biarkan air kencing terlalu lama sehingga lampin menjeruk. Tukar lampin dengan segera apabila lampin sudah kotor atau basah
3. Kurangkan penggunaan sabun
Jangan mencuci bahagian yang terkena ruam dengan kerap. Sebaiknya hanya menggunakan air suam untuk mencuci sisa kencing atau berak bayi.
4. Elakkan penggunaan bedak “TALKUM”
Bedak akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Sesetengah bedak memerangkap air termasuklah peluh bayi. Bedak dan peluh yang terkumpul di bahagia pelipat menyebabkan kulit merengsa. Anda boleh menggunakan bedak yang diperbuat daripada cornstarch.
5. Elakkan membasuh insert bagi cloth diapers dengan sabun pencuci
Khas untuk mereka yang menggunakan cloth diapers, elakkan penggunaan sabun pencuci yang berbau wangi dan pelembut pakaian. Cukup sekadar membuang sisa, rendam dengan air suam dan bilas beberapa kali.
6. Longgarkan lampin
Jangan pakaikan lampin pada bayi terlalu ketat. Pastikan bayi selesa untuk pergerakan dan kulit boleh bernafas.
7. Breastfeding
Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum. Ini secara tidak langsung menjadikan bayi anda lebih kuat dan kental.

Petua Merawat Ruam Agar Bayi Kembali Ceria

1.    Tepung Ubi
Hanya bancuhkan tepung ubi dan sapu pada bahagian ruam. Mudah dan selamat. Ia membantu masalah kulit termasuklah masalah melecet dan jerawat. Ia sejuk apabila disapukan pada kulit dan memberikan rasa selesa kepada bayi.
2.    Minyak Zaitun
Kaya dengan vitamin E dimana merawat ia membantu merawat kulit yang rosak dan mengurangkan rasa kerengsaan pada bayi.

3.    Penggunaan Nappy Rash Cream
Terdapat pelbagai krim untuk ruam bayi yang terdapat di pasaran. Sebagai ibu bapa, kita perlulah mencari yang bersesuaian dengan kulit bayi.

4.    Herbal Blend Multipurpose Cream Untuk Ruam Kulit Bayi



Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenis ubat untuk merawat ruam pada bayi di pasaran sekarang dan sesetengahnya mengandungi bahan steroid. Walaupun ia menyembuhkan ruam bayi,adakah anda pasti bahawa krim tersebut tidak menipiskan kulit bayi?

Kulit bayi sangat lembut dan sensitive. Sekiranya kulit bayi menipis, ia akan mengundang penyakit kulit yang lain pula. Oleh itu, jangan biarkan anak anda terus menderita dengan krim yang digunakan sekarang.

Apa Yang Istimewa Mengenai Herbal Bland Cream ini?

1.    Satu tube Herbal Bland 113g ini tahan lama dan berbaloi-baloi dengan harganya.
Hanya RM 37.50 sahaja. Cuma perlukan sapuan nipis sahaja pada kulit.
2. Herbal Blend Cream dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary.
3. BEBAS dari paraben dan juga bahan kimia berbahaya. Jadi, ianya selamat untuk bayi anda. Boleh disapu di muka, tangan, kaki, celah ketiak, mana-mana pun boleh kerana ianya selamat.


Pastikan setiap rumah ada sekurang-kurangnya 1 tiub Krim Herbal Blend ni.


KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Produk Shaklee Harga Murah


PROMOSI BULAN MAC 2019

Dah masuk bulan Mac harini kan.
Sekejap je masa berlalu.
Tau-tau je dah masuk bulan baru, dan dah ada promosi baru.

Apa promosi untuk bulan ni?

Produk WONDER WOMEN.


Mana-mana belian untuk produk berikut, LAYAK dapat e-voucher RM30.

Ø     4 botol GLA COMPLEX (RM365.00)
Ø     4 botol VITALEA IRON FORMULA (RM375.00)
Ø     5 botol OSTEMATRIX (RM306.25)


Kalau beli semua produk di atas, dapat lah evoucher RM90.

Promosi yang kedua pulak.

Ni untuk korang yang nak cuba produk YOUTH tapi tak nak beli set.

Boleh pilih mana-mana produk ni :





YOUTH BEAUTY TREATMENT

SET A
Youth Restoring Eye Treatment + Activating Serum (RM656.25)

SET B
Youth Restoring Eye Treatment + Radiance C+E (RM656.25)

Dan layak dapat e-voucher RM50

Tapi, korang boleh dapat harga lagi JIMAT dengan mendaftar AHLI dengan kak ja.

Jangan berhenti ikhtiar untuk kesihatan anda.




KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Rawatan Penyakit Talasemia


Talasemia merujuk kepada penyakit kecacatan darah. Talasemia ni boleh diwarisi dari ibu atau bapa kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.


Perbezaan antara darah normal dengan darah pesakit talasemia




Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen.

Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.


Jenis-jenis Talasemia.

Talasemia minor :
Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa
Talasemia major :
Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Tetapi mereka boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anak. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.

Peratusan risiko untuk setiap kehamilan; - 50% kemungkinan adalah pembawa dan 50% kemungkinan adalah normal - Tiada anak yang menghidap Thalassemia (talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, keadaan berikut boleh berlaku; -
25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia dan - 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa - dan 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)


Gambarajah berikut menunjukkan perinciannya bagaimana Talasemia diwarisi.






Apa itu Talasemia Major?

Pesakit Talasemia Major mengalami kekurangan darah yang serius. Mereka memerlukan penambahan darah sekali setiap bulan dari kecil sehingga sepanjang hayat mereka.

Penambahan darah mengakibatkan pengumpulan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan kerosakan jantung, hati dan boleh menyebabkan kencing manis. Pesakit juga berisiko meninggal dunia jika tidak mengambil ubat yang disyorkan.

Pesakit-pesakit ini perlu menyuntik ubat pembuangan zat besi sepanjang hayat untuk memastikan jangka hayat yang panjang.

Mereka ini boleh diubati dan sembuh dengan pemindahan sum-sum tulang

Apakah vitamin Shaklee yang dapat membantu anda lebih sihat dan cergas?

Vitamin B Complex - mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stress. Ianya juga membantu tubuh dalam melawan penyakit.

Vitamin E - diperlukan sebagai anti-oksidan yang tinggi serta bagi mencairkan darah. Tetapi, jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dapat dikurangkan.

Ostematrix - bersama Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan
denyutan jantung supaya seimbang.

Energizing Soy Protein - disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Zink complex - baik untuk penghidap Talasemia Minor SAHAJA kerana ianya membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh penghidap serta mengurangkan risiko high-density lipoproteins (menurut Dr. M Aroon Kamath dalam artikelnya di Doctors Lounge.)

Pesakit juga sangat digalakkan mengambil Vivix yang berfungsi sebagai agen antioksidan terbaik dan penjagaan imun pesakit. Pelbagai kajian klinikal yang dijalankan menunjukkan pengambilan supplemen yang mengandungi resveratrol seperti Vivix memberikan kesan yang yang lebih baik kepada pesakit  talasemia dan penderita anemia.

PERINGATAN!!  VITA-LEA & ALFALFA tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia.


Jangan berhenti ikhtiar untuk kesihatan anda.


KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit