Friday, 3 August 2018

Set Menyusu Shaklee


Susu ibu memang kurniaannya, ada yang memang melimpah ruah susu badan. Tapi ada perlu ambil milk booster atau kena merangsang susu. Tidak salah mengambil milk booster atau set menyusu asalkan ibu memahami konsep demand dan supply.


Vitamin untuk ibu yang menyusukan anak bukan semata untuk memberikan hasil perahan yang melimpah ruah, tapi membantu memberikan badan si ibu lebih sihat dan bertenaga yang secara tidak langsung melancarkan proses penyusuan

Lebih kerap mengepam atau menyusukan anak, lebih banyak hasil yang akan diperolehi. 

Alfalfa  


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink

ESP – Energizing Soy Protein




Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, 2 August 2018

Set Kolestrol Tinggi Shaklee





Kolestrol  tinggi merupakan salah satu penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat. Biasanya individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kolestrol tinggi dan juga mereka yang sedang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi lebih berisiko untuk mengalami masalah ini. Tapi, ada juga individu yang berbadan kurus pun mengalami masalah kolestrol tinggi ye. Semuanya bergantung pada cara pemakanan dan aktiviti harian kita.

Punca Kolestrol Tinggi


Kolestrol adalah salah satu jenis lemak yang dihasilkan dalam badan. Ia juga boleh berasal daripada makanan yang kita makan.
Majoriti kenaikan kolestrol dalam badan kita adalah disebabkan oleh gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang kita ambil setiap hari. Pengambilan makanan yang mempunyai kolestrol hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolestrol dalam badan.

Tahap Normal Kolestrol Dalam Badan

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Kolestrol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolestrol pada tahap yang sepatutnya.

Ini antara beberapa makanan yang perlu dikurangkan untuk mengelakkan kolestrol jahat meningkat di dalam badan antaranya:
·      Gula dan makanan manis
·      Ais krim
·      Majerin
·      Butter
·      Pastri
·      Daging merah

Korang tau tak yang gula putih tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Jika ia tidak diguna oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.

Manakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolestrol dalam badan jika ia tidak digunakan.

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi




1.    Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
2.    Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
3.    Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
4.  Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5.    Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.  
6.  Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Cara Mengawal Paras Kolestrol

·                     Mengawal Diet Harian
Kurangkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi seperti makanan yang diproses. 
·                     Lakukan Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya supaya kolestrol jahat dapat dihapuskan.
·                     Kawal Berat Badan
Mereka yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.Oleh itu, kawal berat badan agar anda tidak obesiti.
·                     Hentikan Rokok Dan Alkohol
Kedua perkara ini memang tidak bagus untuk kesihatan seperti mana yang kita semua tahu.. 


Set Kolestrol Shaklee Boleh Membantu Anda

Pengambilan supplement Shaklee secara konsisten akan dapat membantu anda. Namun, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata. Kalau kita sendiri tak mengawal pemakanan, malas melakukan aktiviti fizikal..makan ubat mujarab sekalipun takkan berkesan.

Set Penuh Kolestrol Shaklee


B Complex – Vitamin B3 yang membantu menurunkan kadar kolesterol.


Garlic – Khasiat bawang putih merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah.


Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.


Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.


Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.


Vivix - Vivix melindungi salur darah kita dari kerosakan.



Phytocol - Phytocol dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Pengambilan konsisten supplemen Shaklee dan mengamalkan tips penggunaan yang betul akan membantu anda.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday, 1 August 2018

Punca Gastrik Dan Cara Mengatasinya


Assalamualaikum semua.

Anda salah seorang penghidap gastrik? Mesti nak tau cara nak kurangkan gastrik kan? Kak ja pernah jugak kena gastrik suatu ketika dulu. Bila penyakit ni dating menyerang, memang lembik dibuatnya. Kepala rasa sakit je. Kadang-kadang sampai muntah dibuatnya.


Hanya terbaring sambil sapu minyak di perut. Tapi kalau sakit terlalu teruk, kak ja telan jugak pil yang hospital bagi. Erkk..rasanya memang tak sedap. Sebab kena gigit dulu pil tu sebelum telan. Penuh dalam mulut dengan serpihan pil gastrik tu. Haha…


Jom tonton video Puan Maisarah yang berjaya atasi masalah gastrik yang dihidapinya 16 tahun yang lalu dengan Set Gastrik Shaklee.









Apakah Gastrik Dan Punca Yang Menyebabkan Gastrik

Gastrisis ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:
1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.
2. Penyakit autoimmune.
3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.
4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.
5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.

Punca Jangkitan
Boleh disebabkan oleh:
·                     Bakteria (selalunya Helicobacter pylori)
·                     Virus (termasuk virus herpes simplex)
·                     Parasit
·                     Jangkitan kulat/ fungus





Punca Keradangan
Boleh disebabkan oleh:
·                     Penggunaan jangka panjang ubat non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve).
·                     Penggunaan alkohol.
·                     Menghisap rokok.
·                     Muntah kronik.
·                     Kopi dan minuman berasid.
·                     Terlalu banyak asid perut (antaranya berpunca daripada tekanan/ stress).
·                     Makan atau minum bahan peluntur atau pemusnah seperti racun.

Sebab lain yang jadi punca gastrik tapi jarang berlaku ialah:
Penyakit sistemik seperti penyakit Crohn’s
Sarcoidosis

Gastritis boleh berlaku secara mengejut (acute gastritis) ataupun secara berperingkat-peringkat (chronic gastritis). Dalam kebanyakan kes, gastritis tak merosakkan lapisan perut secara kekal.

Simptom-Simptom Dan Tanda-Tanda Serangan Gastrik

Antara simptom gastrik yang paling biasa dialami ialah ketidakselesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:


·                     Ketidakhadaman (dyspepsia)
·                     Sakit ulu hati
·                     Sakit bahagian abdomen
·                     Sendawa
·                     Hilang selera makan
·                     Rasa loya
·                     Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
·                     Najis berwarna gelap

Cara Kurangkan Sakit Akibat Gastrik

Bila kena gastrik, rasa pedih ulu hati, muntah-muntah dan perut rasa pedihnya.

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menghilangkan atau mengurangkan sakit gastrik ialah :

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut di sisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat mudah untuk di bawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawetseperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asiddi farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.



Kalau dah lama menghidap gastrik, kak ja rekomen sangat untuk cuba ESP, Ostematrix, B Complex dan Peppermint Ginger Plus Shaklee. Alhamdulillah ramai yang dapat kawal simptom dan serangan gastrik masing-masing. Ada yang dah lama tak sakit gastrik. Amalkan 13 cara yang kak ja kongsikan di atas di samping vitamin-vitamin untuk gastrik, InsyaAllah dapat bantu kurangkan sakit gastrik.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit