Monday, 17 April 2017

Status Halal Produk Shaklee

Assalamualaikum.

Selamat tengahari.  Sihat ke semua harini?

Harini kak ja nak share tentang SIJIL HALAL. Eh..bukan kak ja punya sijil halal. Tapi, Shaklee punya.

Ramai jugak customer kak ja yang tanya.

Produk Shaklee ni halal ke?
Ada Sijil Halal tak Shaklee ni?

Maklumlah, produk US kan. Diimport dari luar negara. Jadi, dah tentu ramai yang meragui status halal produk tersebut. Kak ja pun pernah alami dilema ni dulu.

Alhamdulillah umat ISLAM hari ni memang bagus, alert dan sensitif dengan kepentingan mendapatkan makanan yang halal menurut syarak yang disahkan melalui Sijil Halal oleh jabatan agama.

Tapi, tak usahlah korang rasa ragu-ragu lagi ye. Produk Shaklee ni memang 100% selamat dan HALAL.

Status Halal Shaklee



Ini sijil HALAL Shaklee. Buat makluman korang semua, Produk Shaklee disahkan halal dan sijil halal dikeluarkan oleh ISA yang merupakan badan halal antarabangsa yang diiktiraf pihak JAKIM. Sijil Halal Shaklee akan diperbaharui pada setiap tahun. Bagusnya Shaklee sebab menjaga kualiti dan status halal untuk setiap produk Shaklee.

Yang ni pulak senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh PIHAK JAKIM di mana ISA (Islamic Services of America) turut tersenarai.




So, lepas ni tak perlu lah rasa was-was terhadap produk Shaklee yang memang ternyata Halal.

Berminat nak order Shaklee? Direct whatsapp kak ja 60196175288

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Friday, 14 April 2017

Set Jantung Sihat

Assalamualaikum,

Seperti yang kak ja janjikan sebelum ni, kak ja nak kongsikan dengan korang semua tentang set kesihatan jantung Shaklee.

Set ni bukan ubat yang boleh merawat penyakit jantung tau. Tapi, hanyalah suplemen atau makanan tambahan yang boleh mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

InsyaAllah,  gabungan “Set Jantung Sihat” (Phytocol-ST, OmegaGuard dan Vivix) membantu menghilangkan ‘clot’ di salur darah yang tersumbat itu secara semulajadi.

3 Langkah Set Jantung Sihat




1.      Phytocol-ST – Mencegah penyerapan kolesterol.
2.      OmegaGuard – Menurunkan LDL, meningkatkan HDL.
3.      Vivix – Melindungi jantung.


“Set Jantung Sihat” ini hanyalah sebagai usaha, dan dengan pengambilan yang konsisten, Insya Allah boleh membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan jantung seperti serangan sakit jantung dan salur darah tersumbat.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 13 April 2017

Abai Gejala Serangan Jantung, Punca Kematian Mengejut.





Sejak akhir-akhir ini, banyak kematian mengejut dilaporkan. Sebahagian besarnya adalah berpunca daripada masalah jantung. Ia merupakan salah satu punca kematian UTAMA di Malaysia. Dan yang lebih membimbangkan, serangan jantung menyerang tidak mengira usia apabila jumlah golongan muda yang menjadi mangsa serangan jantung makin meningkat.

Serangan jantung adalah satu kecemasan yang memerlukan bantuan perubatan segera. Jika tidak ia boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke jantung. Saluran menjadi sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Plak-plak yang tidak stabil ini boleh pecah dan seterusnya membentuk darah beku yang akan menghalang saluran darah secara keseluruhan.

Tau tak? Di Malaysia, kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun dan menyebabkan kira-kira 7% kematian di hospital.

Apa Puncanya?

Antara faktor-faktor serangan jantung yang utama adalah :

1. Jantina, di mana lelaki lebih berisiko berbanding wanita.
2. Individu yang berusia lebih 45 tahun juga berisiko tinggi.
3. Individu yang menghidap penyakit diabetes.
4. Pesakit darah tinggi.
5. Perokok tegar.
6. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.
7. Obesiti.
8. Individu yang mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Simpom-simptom penyakit jantung

Simptom utama serangan jantung adalah sakit dada seperti dihempap objek berat atau seperti tekanan. Ia mungkin diiringi dengan rasa kebas di sepanjang lengan kiri dan leher, loya serta muntah-muntah. Bagaimanapun, tak semua pesakit akan mengalami symptom ni. Kalau ada keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat perubatan.

Kebanyakan individu tidak mengendahkan symptom seperti menganggap sakit dada adalah masalah kesihatan biasa. Jika tidak segera ditangani ia boleh mengakibatkan kerosakan jantung atau mengalami komplikasi seterusnya seperti kegagalan fungsi jantung. Kebiasaannya, mereka akan mengadu sesak nafas ketika melakukan senaman atau sedang berehat.

Rawatan

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis serangan jantung.
1. Infark Miokardium beserta peningkatan segmen ST (STEMI).
2. Infark Miokardium tidak beserta peningkatan segmen ST (Bukan STEMI).
3. Agina tidak stabil.

ST yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada segmen ST yang dirakam di ECG. ECH yang normal mempunyai gelombang P, kompleks QRS dan gelombang T. Salah satu cara mengklasifikasikan serangan jantung adalah dengan perubahan kepada segmen ST dalam ECG.

Kebiasannya sejurus tiba di hospital berdasarkan jenis serangan jantung (melalui pemeriksaan ECG dan ujian darah) doctor yang merawat akan menentukan rawatan yang sesuai untuk pesakit. Ia mungkin dengan pemberian ubat-ubatan berasaskan prosedur seperti angioplasy (pembedahan nyah halangan salur darah) selepas pesakit stabil di jabatan kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan pemerhatian lanjut.

Terdapat situasi kronik di mana serangan jantung disusuli dengan terhentinya degupan jantung sebelum pesakit sempat tiba di hospital. Oleh itu, sangat penting bagi mereka yang berada di sekeliling pesakit ketika serangan terjadi, untuk melakukan CPR (cardio-pulmonary resuscitation). Tindakan ini meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup.

Pesakit yang pernah mengalami serangan jantung perlu mengambil ubat yang ditetapkan. Kebanyakan ubat-ubatan ini perlu diambil sepanjang hayat kerana sifatnya untuk menstabilkan bukan merawat jantung.Pesakit perlu mendapatkan nasihat doctor sebelum berhnti mengambil ubat-ubatan. Kegagalan berbuat demikian mungkin boleh membawa bahaya atau maut.

Dalam entri seterusnya, kak ja akan berkongsi supplement Shaklee yang sesuai untuk pesakit jantung. Terus setia dengan kak ja tau.

Salam penuh kasih sayang,

Feiza Aziz
Your Trusted SID.
Pengedar Shaklee Anda




Thursday, 6 April 2017

Tips Mudah Tingkatkan Kesihatan Pencernaan



Assalamualaikum.

Harini kak ja nak share dengan korang semua tips mudah untuk kesihatan pencernaan. Kesihatan pencernaan sebenarnya dipengaruhi secara langsung oleh jenis makanan yang diambil selain amalan gaya hidup yang dipraktikkan. Kena tau, 1001 penyakit berpunca dari perut tau. Jadi, tolong jangan abaikan pengambilan makanan dan minuman harian korang.

Dengan mengikuti beberapa tip ini, system pencernaan korang pasti mampu berfungsi dengan lebih efisien sekaligus menjadikan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Makanan Tinggi Serat.



Pernah dengar tak makanan yang tinggi serat? Antaranya, makanan yang kaya dengan biji-bijian, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan yang mana semua ini mampu meningkatkan kesihatan pencernaan. Kumpulan pemakanan ini juga dipercayai mampu mengelakkan sembelit.

Hadkan Makanan Tinggi Lemak


Kalau nak tau, makanan yang tinggi kandungan lemak jugak boleh melambatkan proses pencernaan sekaligus menyukarkan buang air besar. Sebab itu, makanan seperti itu perlu dielakkan bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Pengambilan Probiotik Dalam Makanan


Sebenarnya, probiotik adalah sejenis bakteria sihat yang terdapat dalam saluran pencernaan. Ia berfungsi untuk menjaga tubuh badan agar tetap sihat sekaligus melawan kesan daripada amalan pemakanan yang kurang sihat, antiobiotik dan stress. Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan nutrisi, memecah Laktosa, menguatkan system imun badan dan mengubati sindrom iritasi di bahagian usus besar. Antara probiotik yang disyorkan ialah yogurt rendah lemak.

Minum Air Putih


Ramai yang dah tahu manfaat air putih. Di samping bagus untuk kesihatan, air putih juga berupaya melarutkan lemak dan serat ke dalam tubuh.

Elak Tabiat Buruk


Ha…part ni mungkin ramai yang kurang bersetuju. Dan mungkin ada juga yang tak nak mengaku mempunyai tabiat buruk. Pengambilan alcohol, minuman berkafein, dan merokok sebenarnya mengganggu fungsi system pencernaan. Seterusnya boleh akibatkan penyakit gastric. Oleh itu, cuba elakkan diri daripada melakukan tabiat buruk tersebut.

Senaman Secara Teratur


Ramai yang tahu bahawa senaman yang dilakukan secara teratur dikatakan mampu mengawal kenaikan berat badan. Ini kerana, berat badan yang sesuai dan ideal mempengaruhi kesihatan pencernaan.

Kena ingat tau. Kesihatan pencernaan mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan keseluruhan tubuh badan. Oleh itu, jangan sekali-kali memandang rendah dan mengabaikan kesihatan pencernaan anda.


Shaklee juga turut menyediakan supplement yang sesuai untuk system pencernaan. 


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 5 April 2017

Kesalahan Berdiet Yang Mungkin Anda Lakukan

Assalamualaikum. 

Pernah tak korang cuba mengurangkan berat badan tetapi gagal?
Pernah tak dah berkali-kali diet tapi berat badan tak jugak turun?
Adakah mungkin cara yang anda lakukan itu salah?

Harini kak ja nak share dengan korang semua beberapa perkara yang mungkin menyebabkan usaha korang untuk turunkan berat badan GAGAL.

Mengambil Makanan Tiruan
Tak dapat dinafikan, produk mengurangkan berat badan seperti minuman shakes dan berprotein mudah didapati. Tetapi, ia tak mampu membantu mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang. Terdapat pilihan makanan yang lebih mengenyangkan dan menyihatkan serta rendah kalori yang boleh diambil. Sebagai contoh Energizing Soy Protein dan Cinch Shake Mix.

Berjaga Waktu Malam


Individu yang nak kurangkan berat badan perlu mempunyai tidur yang cukup. Kurang tidur dari 5 atau 6 jam boleh memperlahankan metabolism badan dan menyebabkan perubahan hormone yang boleh memberi kesan pada usaha mengurangkan berat badan. Kurang tidur boleh menyebabkan rasa letih. Rasa letih boleh juga menjadikan korang makan lebih banyak.

Terlalu Banyak Bersenam


Ramai yang salah anggap, bila banyak bersenam boleh turun berat badan dengan cepat. Bersenam memang penting. Tapi, kalau asyik focus pada senaman boleh sebabkan rasa kecewa jika berat badan tak turun. Hakikatnya, 80% masa dan tenaga berdiet perlu difokuskan pada nutrisi, dan 20% pada senaman.

Makan Terlalu Awal


Kebanyakan dari kita makan malam antara pukul 6 petang dan berjaga sampai pukul 11 malam ataupun tengah malam. Secara semulajadi, tubuh akan meminta makanan untuk menambah tenaga. Itu sebab mereka yang berjaga malam mulutnya sering mengunyah. Sepatutnya, makan 70% kalori sebelum waktu makan malam dan 30% peratus kalori pada waktu makan malam.

Kurang Minum Air


Menggantikan air kosong untuk minuman bergula dan jus buah-buahan boleh member perubahan besar dalam pengiraan kalori setiap hari. Minum air kosong secukupnya bantu mengawal selera makan.

Tidak Bersarapan


Ada yang mengganggap tak perlu ambil sarapan pagi sebab takut gemuk. Sebenarnya, mereka yang bersarapan lebih cenderung memiliki berat badan yang lebih sihat. Korang boleh je ambil sarapan pagi yang mudah seperti bijirin penuh kerana ia adalah antara pilihan sarapan terbaik untuk individu yang berdiet.

Dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, Shaklee turut menyediakan set yang sesuai untuk korang. So, jangan segan silu contact kak ja ye.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, 20 March 2017

Set Gout SHaklee



Ok. Harini kak ja nak sambung sikit lagi info tentang penyakit gout dan supplement yang sesuai untuk pesakit gout.

Gout terbahagi kepada 4 ;

1.  Asimptomatik
Tak rasa atau tak nampak symptom gout yang kronik.

2.  Akut Simptom gout
Gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba. Biasanya menyerang tisu lembut pada sendi.

3. Interkritikal
Merupakan gout kronik. Biasanya pesakit akan kena gout berulang-ulang, seminggu 2 kali. Pesakit berasa sangat sakit dan kaki menjadi bengkak. Pesakit juga akan demam dan merasa tidak sedap badan.

4. Tofus
Gout yang berlaku apabila terdapat pembentukan benjolan kecil pada kulit. Tofus apabila terlalu besar boleh pecah dan mengeluarkan serpihan pasir macam kristal.

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout.


1. Makanan laut – ikan, kerang, ikan bilis.
2. Makanan yang tinggi kandungan purine (ie :kangkung, daun ubi, kacang buncis, asparagus, cauliflower, bayam)
3. Organ dalam binatang
4. Makanan yang ada yis (ie : donut, roti)
5. Pisang
6. kekacang seperti soya, kacang tanah, kacang hijau, tauge, tempe, tauhu
7. Makanan diawet.

Siapa yang berisiko kena gout?

1. Lelaki atau perempuan yang berusia 40 – 50 tahun ke atas.
2. Keturunan ada gout.
3. Individu yang tak jaga pemakanan.
4. Wanita putus haid.
5. Individu yang ambil ubat diabetes, ubat tahan sakit, ubat sakit jantung.

Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat…. Anda boleh mencuba Suplemen Shaklee untuk membantu anda mengurangkan serangan gout yang berfokus kepada penyingkiran asid urik daripada badan anda. 

Vitamin Shaklee untuk penyakit gout :




Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.


Memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.


Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan…Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


Membantu meningkatkan keselesaan sendi supaya kuat dan flexible serta menyokong pergerakan.


Ostematrix

Menjaga ketumpatan, kekuatan dan kesihatan tulang.



PERINGATAN
Pesakit gout boleh mengambil vitamin C, tetapi jangan berlebihan. Kerana Vitamin C adalah asid askorbik yang mana kalau diambil secara berlebihan, air kencing akan jadi lebih berasid dan peratus untuk pesakit hidap batu karang lebih tinggi.

  Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.