Tuesday 4 December 2018

Cara Mudah Atasi Resdung


RESDUNG/ALERGI

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.





Perbandingan antara sinus yang sihat dan tidak sihat


TANDA-TANDA SESEORANG MENGALAMI MASALAH RESDUNG

ü Hidung selalu tersumbat
ü Terdapat lendir dari hidung dan tekak
ü Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
ü Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
ü Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
ü Gejala alahan hidung seperti selalu bersin, gatal hidung dan sebagainya
ü Sangat sensitif dengan habuk dan bulu binatang
ü Kawasan sekitar mata dan muka membengkak apabila resdung semakin teruk
ü Keluar jerawat yang banyak di muka(hanya orang2 tertentu ada simptom macam ni)

Terdapat dua jenis resdung…
1.      akut dan
2.      kronik.

Gejala biasa masalah resdung termasuklah kesesakan hidung, hidung berair, sakit kepala sinus, dan batuk. Resdung akut boleh menyebabkan kehilangan pendengaran berkaitan resdung. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak akan membawa kepada pekak kekal.


Walaupun resdung akut sembuh, pendengaran takkan kembali menjadi normal. Sebaliknya, sinusitis kronik biasanya menyebabkan kehilangan pendengaran sementara yang boleh berkembang menjadi keadaan kekal. Ini berlaku apabila resdung kronik membawa kepada komplikasi lain seperti jangkitan telinga.

Kehilangan pendengaran akibat resdung boleh berlaku apabila jangkitan merebak ke telinga. Pendengaran akan terjejas apabila gegendang telinga mendapat tekanan yang disebabkan oleh keradangan sinus. Tekanan terbentuk disebabkan oleh pengeluran cecair dari bahagian yang berlainan, termasuklah sinus.



ANTARA PUNCA RESDUNG

1.         ALAHAN

Alahan terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

Semasa anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tersekat.  Apabila udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dalam rongga hidung.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..


2.         KECEDERAAN

Mungkin sebelum ini anda tiada masalah resdung, tetapi tiba2 saja anda mempunyai simptom resdung setelah mengalami kecederaan pada hidung.

Apabila struktur hidung menjadi tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan, ia boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.


3.                  JANGKITAN KUMAN DARI GIGI

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas juga boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. Dalam beberapa kes, mencabut gigi atau prosedur pergigian yang tertentu juga boleh menyebabkan resdung.


4.                  TERDEDAH PERSEKITARAN TERCEMAR

Kajian menunjukkan tabiat menyelam dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini. Memang berisiko besar dan anda mungkin ada masalah resdung!!

Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan.


Bagaimana untuk mencegah resdung?
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencegah masalah resdung.
Antaranya…

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3. Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah sebab karpet sangat mudah memerangkap habuk.
4. Jika ingin mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7. Jika anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan mengambilnya)
8. Mengambil suplemen atau makanan tambahan

Shaklee juga ada menyediakan produk untuk membantu mengatasi masalah ini. Set ini juga membantu mengatasi masalah alergi atau gatal-gatal di seluruh badan.





ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

Rawat resdung anda sebelum ia menjadi lebih teruk.

Jom ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee.



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz



ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang






DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment