Wednesday 10 October 2018

Tips dan Ikhtiar Hamil


Pasangan mana yang tak nak anak. Semua pasangan yang sudah berumahtangga, pasti mahukan zuriat sendiri. Namun begitu, tak semua pasangan melaluinya dengan mudah.


Ada yang sebulan kahwin, dah disahkan hamil. Ada yang setahun kahwin, baru dikurniakan cahayamata. Malah, ada yang dah bertahun-tahun kahwin pun masih lagi belum dikurniakan rezeki anak.

Mungkin ada yang tersentuh hati dan tersentap bila ada orang sekeliling yang bertanya bila mahu dapat anak. Apa yang mampu dilakukan hanyalah tersenyum dan mendiamkan diri ataupun menjawab “belum ada rezeki,doakanlah ye”. Jangan khuatir dan jangan risau ye kalian. Kesabaran anda semua insha Allah sentiasa akan membuahkan hasil di kemudian hari kerana setiap yang terjadi adalah daripada rancangan Allah SWT dan Dia lah sebaik-baik perancang.

So, dalam entry kali ni kak ja kongsikan 10 cara ataupun ikhtiar yang boleh korang lakukan / usahakan untuk hamil :

1. Jaga pemakanan dan diet
Ini adalah ikhtiar cepat hamil yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Lebihkan makan buahan dan sayuran serta kurangkan gula, kafein dan makanan berlemak. Apabila badan sihat, fungsi-fungsi anggota kehamilan akan bertindak dengan baik.

2. Kawal berat badan


Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (overweight), mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau BMI anda kerana berat badan yang ideal adalah dengan mengukur BMI (normal).

3. Jangan stress
Kepada wanita yang berkerjaya, cuba elakkan stress. Walaupun stress itu sudah jadi kebiasaan dalam bekerja, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk bersama?

4. Catat jadual period


Sekarang terdapat banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat jadual period. Apps ni mempunyai fungsi untuk mengira waktu subur anda. Setiap kali datang waktu period, catatkan di dalam apps anda. Anda boleh merancang waktu untuk intercourse bersama suami apabila anda mengetahui waktu subur anda.

5. Lakukan hubungan intim sekerap mungkin sewaktu ovulasi


Waktu ovulasi adalah waktu yang paling penting untuk melakukan hubungan intim. Ovum hanya bertahan selama 1 hari sahaja dan jika tidak berjaya disenyawakan bersama sperma, ovum akan disingkirkan semasa period. Oleh sebab sperma mampu hidup selama 3 hari, cuba untuk rancang waktu hubungan intim yang sesuai dan lakukan sekerap mungkin.

6. Jumpa doktor pakar untuk check kesuburan
Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil ataupun sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan. Biasanya doktor akan melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan checkup juga. Insha Allah, setiap usaha akan membawa hasil.

7. Berurut


Kalau sudah membuat rawatan moden, apa kata kita cuba rawatan tradisional pula. Cuba la berurut dengan pakar urut. Kadang-kadang, sukar hamil mungkin berpunca daripada rahim terlalu tinggi. Berurut boleh membantu sistem peranakan kita supaya teratur.

8. Ambil makanan dan minuman sunnah
Makanan dan minuman sunnah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara ikhtiar untuk hamil. Contoh makanan sunnah adalah susu kambing, kurma, madu, dan buah delima. Makanan sunnah ini banyak khasiat yang diperlukan untuk badan kita. Kurma memberikan banyak tenaga dalam masa yang singkat selain mempunyai kandungan asid folid yang bagus untuk ibu mengandung.

9. Suplemen




Ya, ini juga membantu. Shaklee adalah supplemen yang membekalkan nutrien penting seperti vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin sihat badan, semakin senang untuk mengandung. Untuk ibu yang ingin hamil, digalakkan makan Vitamin B with Acid Folid dan GLA complex.

Bukan isteri sahaja, suami juga perlu mengambil vitamin untuk kesihatan mereka. Mineral Zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana, mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, prosuk tenusu dan boleh diambil dalam bentuk suplemen.

10. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT
Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah SWT. Amalkan doa untuk cepat mengandung dan sentiasa lah meminta kepada-Nya. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah SWT kerana Dia adalah Yang Maha Pencipta.

Jom ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Daftar ahli sekarang untuk harga lebih murah.



Feiza Aziz


ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




No comments:

Post a Comment