Monday 8 October 2018

Sakit badan Hilang Dengan Suplemen Shaklee


Assalamualaikum.

Pernah ambil atau sedang ambil ubat perancang keluarga? Kak ja pernah ambil 3 tahun yang lepas. Tapi bukan suntikan, sebab memang sejenis yag takut jarum. Haha.. Jadi kak ja ambil pil je.

Alhamdulillah. Selama kak ja ambil pil perancang, tak pernah kak ja alami sebarang kesan sampingan. Cuma bila stop pengambilan ubat tu,berat badan naik mendadak. Tak pastilah plak sebab pil atau sebab nafsu makan yang melampau-lampau. Haha..

Tapi, bagi individu yang ambil suntikan, mungkin ada yang mengalami sedikit kesan sampingan seperti sakit badan, lenguh, sakit lutut dan kitaran haid yang tak teratur. Jangan ambil ringan perkara ni sebab ia boleh mengganggu rutin harian kita.

Jom baca kisah PUAN SITI LAILATUL QADR bagaimana beliau mengatasi masalah tersebut.


******************************************************************************


TESTIMONI PUAN SITI LAILATUL QADR
.

[KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA (DEPO) HILANG SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]






Assalamualaikum. Nama saya Siti Lailatul Qadr. Saya merupakan seorang pekerja swasta. Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang mengalami beberapa kesan sampingan selepas mengamalkan suntikan perancang keluarga.
.

Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah kerana diberikan Allah nikmat melahirkan anak secara normal (anak pertama) dan kaedah pembedahan (anak kedua). Walaupon kebanyakan wanita akan berasa gerun dengan perkataan ‘czer’, tetapi saya menganggap ianya adalah rezeki buat saya kerana dapat melalui kedua-dua pengalaman bersalin yang sangat berharga.
.

Oleh kerana saya telah melahirkan anak kedua secara pembedahan (czer), saya dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil suntikan perancang keluarga atau lebih dikenali sebagai
suntikan DEPO. Suntikan ini sangat terkenal di kalangan wanita yang ingin merancang kehamilan dan ianya dilakukan 3bulan sekali.
.

Saya mendapatkan suntikan depo yang pertama di klinik kesihatan sekitar April 2017. Setelah beberapa minggu, saya mendapati diri saya kerap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut secara tiba-tiba. Pada mulanya saya menganggap ianya adalah sakit badan yang biasa-biasa memandangkan saya perlu bekerja dan menguruskan hal rumah tangga setiap hari. 
.

Kemudian, saya meneruskan dengan suntikan depo yang kedua sekitar Julai 2017. Keadaan yang sama berlaku terhadap diri saya. Masalah sengal-sengal badan dan sakit lutut yang kerap berlaku menyebabkan saya
stress. Suami juga pelik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengadu sakit-sakit badan kepadanya. Saya juga mengalami gangguan haid sepanjang saya menggunakan suntikan depo. Saya bertambah stress.
.

Setelah berbincang, saya dan suami memutuskan untuk tidak meneruskan lagi suntikan depo yang ketiga. Saya tahu bahawa masalah yang saya hadapi seperti sengal-sengal badan, sakit lutut dan haid terganggu merupakan kesan sampingan akibat suntikan depo yang saya ambil. Suntikan tersebut telah menyebabkan hormon saya menjadi tidak stabil dan saya nekad untuk berhenti daripada mengambil suntikan depo lagi.
.

Sebulan lebih berlalu, selepas berhenti mengambil suntikan depo saya beranggapan semuanya akan kembali normal, tetapi malangnya anggapan saya salah. Saya tetap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut. Haid juga masih tidak datang hampir 8 bulan! Saya mula mencari alternatif lain seprti berurut tetapi kesannya masih sama. Akhirnya, saya sedar semua yang terjadi berpunca dari hormon yang tidak stabil dalam badan dan saya nekad untuk detoks badan saya.
.

Memandangkan saya merupakan seorang ahli Shaklee yang sah, saya faham setiap fungsi produk dan kebaikannya. Saya mula minum Vivix dan makan Alfafa untuk detoks badan saya memandangkan kedua-dua produk ini ialah agen detoks terbaik. Kemudian, saya teruskan dengan GLA Complex untuk stabilkan kembali hormon dalam badan. Saya juga mengamalkan BComplex, Omega Guard dan Ostemetrix setiap hari untuk bantu mengurangkan sengal-sengal badan dan sakit lutut yang saya alami.
.

Setelah dua bulan konsisten mengamalkan supplemen Shaklee ini, alhamdulillah badan saya kembali cergas. Saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan paling menggembirakan haid saya kembali normal. Saya tahu setiap perancang keluarga mempunyai kesan sampingan berbeza bergantung pada tahap keupayaan badan seseorang. Saya sangat bersyukur kerana telah berjumpa penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi dengan izin Allah jua. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee.

Jom ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Suplemen Shaklee.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment